BIOCHO Herbal Pomade | Rumusan Mudah Cuci dan Menyihatkan Rambut Seharian

Assalamualaikum

BIOCHO Herbal Pomade | Rumusan Mudah Cuci dan Menyihatkan Rambut Seharian | Pomade atau minyak rambut lelaki tidak asing lagi bagi kita. Kini, lebih ramai kaum lelaki yang mengambil berat terhadap penjagaan rambut semasa diluar rumah supaya nampak lebih bergaya dan kemas. Bukan sahaja yang dewasa. Kanak-kanak seawal 9 tahun pun dah mula 'layan' pomade untuk nampak lebih stylish. Ha...bukan kata wanita je nak syantek...lelaki juga menjaga penampilan mereka. Kalau kat sekolah Marsha tengok pelajar-pelajar lelaki menggunakan pomade untuk nampak lebih kemas dan yakin bila ke sekolah. Dah tak ada pelajar yang serabai macam zaman Marsha sekolah tahun 90-an dah.

BIOCHO Herbal Pomade | Rumusan Mudah Cuci dan Menyihatkan Rambut Seharian 



Kalau dalam set penjagaan lelaki ni memang pomade adalah produk terpenting. Apa itu pomade? Walaupun pomade semakin menjadi perhatian, namun ramai yang belum mengetahui apa itu pomade? Kebanyakannya tahu pomade itu adalah minyak rambut secara umum sahaja. Berbeza dengan gel dan wax, pomade adalah produk penjagaan dan penggayaan rambut yang diformulasikan dari lilin lebah (beeswax) , minyak atau bahan air. Pomade menjadi pilihan pada masa kini kerana ia lebih tahan lama untuk mengekalkan kekemasan dan menyihatkan rambut kerana ia diperbuat daripada bahan semula jadi yang sangat selamat. 


Walaupun pada masa kini pomade menjadi pilihan, namun tak semua pomade elok dan sesuai dipakai dalam jangkamasa panjang disebabkan kandungan yang ada dalam pomade itu sendiri. Pomade pun ada beberapa jenis tau. Ada 4 jenis pomade yang ada di pasaran sekarang ni.




Sekarang ni korang dah tau kan 4 jenis pomade yang ada dipasaran. TETAPI kesemuanya tidak sesuai dipakai setiap hari dalam jangkamasa yang panjang. Ada yang mudah dibentuk, mudah digayakan  dan senang cuci TETAPI mengakibatkan kekeringan rambut yang melampau, dermatitis kulit serta menyebabkan keguguran rambut seperti pomade jenis gel,  pomade jenis orthodox dan pomade jenis unorthodox. Ada yang diformulasikan dengan bahan natural seperti Beeswax, lilin petroleum dan minyak tumbuhan semulajadi atau minyak mineral. Tidak mengandungi bahan kimia dan baik untuk kulit kepala dan rambut. TETAPI  ianya sukar dibasuh rambut dan boleh menyebabkan kulit kepala berminyak dan liang tersumbat seperti pomade berasaskan minyak

Jadi, dari beberapa faktor kelemahan yang ada pada 4 jenis pomade yang ada dipasaran, pihak RenoSkin International Sdn Bhd sebuah syarikat yang mengeluarkan produk yang berasaskan bahan semula jadi telah menghasilkan BIOCHO Pomade - Rumusan Mudah Cuci dan Menyihatkan Rambut Seharian

Untuk pengetahuan korang , pengasas RenoSkin ni memang ada kelayakan dalam bidang kimia dari UMP untuk menghasilkan produk yang selamat. Jadi memang pengasas RenoSkin pakar dalam bidang pembuatan pomade ni. Jadi, tak perlu nak ragu-ragu nak beli atau mencuba produk di bawah syarikat RenoSkin.




Biocho Pomade - dirumuskhas menggunakan 'beeswax' dan juga campuran herba berasaskan minyak herba terpilih untuk menjaga kesihatan kulit kepala dan juga rambut. Tanpa bahan kimia yang boleh memberi kesan negatif pada si pemakai. 

Ia diformulasikan untuk penjagaan rambut khas yang melindungi dan menyuburkan rambut. Jadi boleh bergaya dan menjaga kesihatan rambut serta kulit kepala dalam masa yang sama.

Unik Tentang BIOCHO Herbal Pomade



BIOCHO-HERBAL POMADE- Rumusan Mudah Cuci: Pomade berasaskan minyak berkhasiat untuk kesihatan rambut. Tetapi biasanya pengguna tidak suka kerana rambut sukar dicuci. Ia memerlukan tiga empat cucian untuk membersihkannya dari rambut dan kulit kepala dan boleh menyebabkan kulit kepala berminyak dan liang tersumbat. BIOCHO-HERBAL POMADE adalah pmade natural yang dirumus khas untuk menyihatkan kulit kepala dan rambut dan dalam masa yang sama sangat mudah dibersihkan dengan SATU-CUCIAN.



Bahan Lain Yang Ada Dalam BIOCHO Pomade



1. Minyak Argan


Dikenali sebagai 'cecair emas', minyak argan sangat kaya dengan nutrien yang bermanfaat termasuk asid lemak dan vitamin E. Sifat-sifatnya menjadikannya sangat bermanfaat untuk rambut yang lebih sihat. Minyak Argan terbukti menjadikan rambut lebih lembut dan berkilau.

Oleh kerana keupayaannya untuk menjinakkan kerinting dan memberi rambut bercahaya, minyak argan juga biasa digunakan sebagai agen pengayaan rambut. Ia menjadikan rambut lebih mudah diurus dan menambah bersinar yang sihat dan menarik kepada gaya rambut apa pun.

Asid lemak penting dalam minyak membantu mengurangkan keradangan kulit dan mencegah kekeringan dan juga untuk membantu mengelakkan kerinting , sementara juga berfungsi untuk merawat rambut bercabang. Membuatkan rambut kelihatan berkilauan, bersinar dan memberi pelindungan dari rambut rosak akibat cahaya matahari.

2. Minyak Rosemary


Kebanyakan manafaat rosemary adalah disebabkan oleh aktiviti antioksidan yang tinggi daripada unsur-unsur kimia utamanya, termasuk carnosol, asid karnosa, asid ursolik, asid rosmarinic dan asid caffeic. Rosemary menggalakkan pertumbuhan rambut kerana berfungsi sebagai anti-dihydrotestosterone (DHT) semulajadi dan membantu sebagai agen anti-gugur semula jadi.

3. Minyak Zaitun ( Extra Virgin)


Minyak Zaitun Rambut memberikan banyak manafaat pada rambut dan kulit kepala. Antaranya ialah merawat dan mencegah rambut kering dan bercabang, menjadikan rambut halus dan juga dapat mengurangkan pembentukan kelemumur pada kulit kepala.

4. Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil)


Minyak kelapa dara juga terkenal dengan khasiat yang banyak dalam penjagaan rambut. Antaranya ialah menyuburkan, menghidrat, mengurangkan rambut rosak dan menguatkan akar rambut.

Kenapa Perlu BIOCHO Herbal Pomade?


Meh sini Marsha terangkan kenapa korang sangat perlu BIOCHO Herbal Pomade ni:

1. Diformulasikan dengan bahan semulajadi tanpa bahan kimia yang boleh merosakkan rambut. Tanpa pewangi sintetik supaya rambut lebih sihat dan bersinar. Tiada paraben.

2. Rambut lebih senang digayakan dan tahan lebih lama walaupun seharian berada di luar rumah. Stail penggayaan juga boleh diubah tanpa basuh kembali.

3. Mudah dicuci. Hanya dengan ONE OFF cucian, pomade tanggal sepenuhnya.

4. Rambut lebih halus dan lembut. Tidak berminyak dan nampak lebih kemas.

5. Sesuai untuk mengalami kulit sensitif dan mengalami masalah kulit kepala kerana ia diformulasikan dengan bahan semulajadi dan tidak berlaku keradangan.

Cara Penggunaan BIOCHO Herbal Pomade



  1. Ambil sedikit sesuai dengan keperluan.
  2. Gosok di antara telapak tangan
  3. Sapukan dengan rapi pada rambut. 
  4. SIAP untuk digayakan!!


Maklumat Lanjut

Memang tak rugi kalau korang beli dan guna BIOCHO Herbal Pomade ni sebab ternyata ianya menyihatkan rambut dan dalam masa yang sama boleh menggayakan rambut dengan pelbagai gaya. Jadi boleh belikan untuk anak, suami atau ayah. Ianya sesuai untuk semua peringkat umur. Dengan hanya RM 45 (SS - RM 49) dan korang dapat banyak manafaat apa salahnya kan?

Pembelian atau pendaftaran untuk jadi pengedar korang boleh terus Whatsapp ke http://www.wasap.my/60164907155/pomade dan juga boleh shopping direct di kedai Shopee di SINI.

Nak tau lebih lanjut tentang BIOCHO Herbal Pomade ini atau produk lain keluaran RenoSkin korang boleh rujuk maklumat di bawah:

Website
BIOCHO

Facebook
BIOCHO HQ





Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

24 Comments

  1. Nanti nak buat review gak. Cuma skrg tgh bz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sabar tunggu review dari Abam Kie pulak

      Delete
  2. I didn't know there are so many types of pomade

    ReplyDelete
  3. anak kitorg pun sibuk pakai pomade jugak hehe

    ReplyDelete
  4. Bagus ada pomade guna bahan organik nie kan..

    ReplyDelete
  5. Pomade mmg skg antara barangan wajib ada untuk org laki kan.. Anak buah yang sek rendah pun dah ada pomade ehehe

    ReplyDelete
  6. bgsula bahan yang digunakan dalam minyak rambut ni..laki kita takde rambut..hahaa..boleh bagi kat ank sedara nnati..

    ReplyDelete
  7. Hebat kan. Pomade no pun jadi kegilaan budak budak sekolah jugak. Mungkin harga nya pun mampu milik kot,kan..

    ReplyDelete
  8. Men also have to care for their look right

    ReplyDelete
  9. bagus kan dah ada pilihan natural macamni

    ReplyDelete
  10. baguslah pomade ni..nak berstyle dengan pomade dapat jaga kulit kepala dan rambut juga..boleh suggest kat tok laki

    ReplyDelete
  11. Selama ni dengar je pomade. Takde pernah beli pun. Suami pun takde rambut. anak masih bersekolah rendah. Tak dibenarkan memakai sebarang minyak di rambut. Ini pertama kali saya ambil tahu. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  12. Pomade yang bagus ini rasa kita nak guna juga boleh tak lebatkan rambut kita hehehe sebab jarang sanga rambut ni wakakakakaka....

    ReplyDelete
  13. BBL jarang pakai pomade sebab selalu pakai wax je. kalu nak nampak klasik & handsome pomade memang selalu orang lelaki pakai tambah lagi lepas baru potong rambut. argh melting

    ReplyDelete
  14. Skarang ni banyak nau pomade kat pasaran. Tapi kebanyakannya jual based on bau je, kandungan bahan tak tau pun depa buh apa. Tu yang kadang rambut jadi lebih berminyak la, kering la, gatal la. So, sepatutnya pemilihan kandungan bahan lebih utama macam Biocho ni kan

    ReplyDelete
  15. Sesuai la ni untuk saya yang ada masalah kulit kepala. silap sikit kering dan berkuping. lepasu pulak rambut mula gugur.

    ReplyDelete
  16. Bagus jugak ada pilihan pomade yang dibuat daripada bahan organik sekarang. Senang nak buat mana satu yang bagus. Ye lah kan, kalau boleh kite mestilah nak produk produk yang natural untuk pakai

    ReplyDelete
  17. canggih betul. pomade pun boleh ala pilihan natural juga. kalau nk pakai untuk kanak kanak senang la kan. tk payah risau pasal chemical yang membahayakan.

    ReplyDelete
  18. First time dengar pomade hair care ni. bagus pulak tu. memang banyak produk pomade kat luar sana dengan pelbgai design pelbagai harga. tapi xtau nak pilih mana satu.

    ReplyDelete
  19. Wahhh... ada minyak rambut yang gunakan bahan-bahan yang eloklah. Boleh suggest dekat suami ni. Minyak rambut yang dia pakai sekarang jadikan rambut dia keras, hari-hari wajib shampoo.

    ReplyDelete
  20. First time tau pomade ada versi & diperbuat dr mcm2 minyak.. Lagi2 ada vco & argan oil tu.. Rambut boleh jadi sihat dan senang utk dicuci kan

    ReplyDelete
  21. Good to know that this product us made of organic ingredients which means it will be safe. The best part is it is easy to be washed :D

    ReplyDelete
  22. produk natural bagus terutama untuk penggunaan setiap hari. rambut kan mahkota kita so kalau sihat memang satu bonus. ingat nak cari juga produk ni and cuba snediri. sebab nampak menarik

    ReplyDelete
  23. Nanti nak belikan untuk anak bujang sis jugak lah. Sure depa suka sebab diorg ni memang rambut dok fesyen2 bagai. Yang ni bahan ok..bolehlah cuba

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us