5 Produk Mata Yang Membantu Kurangkan Masalah Rabun & Silau Serta Memelihara Kesihatan Mata

Assalamualaikum


Mata adalah salah satu dari 5 deria penting anugerah dari ALLAH. Tiada galang ganti. Priceless tau. Jadi jika ada masalah dengan mata, Marsha akan rasa sangat tidak selesa. Susah sangat kalau tak nampak. Rasa sangat susah nak buat apa-apa. Itu pun baru je rabun sikit je. Rabun Marsha dalam 50-100 je lebih kurang. Tetapi Marsha tetap rasa susah walaupun mata rabun tak lah kritikal mana. Kadang Marsha terpikir macamanalah dengan yang mengalami masalah rabun yang kronik. Mesti rasa lagi susah kan. Jadi Marsha mula search untuk mencari produk yang sesuai untuk membantu mengurangkan rabun mata dan menjumpai 5 produk yang berkaitan. Apakah produk tersebut?| 5 Produk Mata Yang Membantu Kurangkan Masalah Rabun & Silau Serta Memelihara Kesihatan Mata


5 Produk Mata Pilihan Yang Membantu Kurangkan Masalah Rabun & Silau Serta Memelihara Kesihatan Mata

Ada pelbagai produk sebenarnya untuk membantu mencegah rabun dan silau ni. Ada yang jenis minum dan ada juga yang jenis tablet tak kurang juga jenis terapi berbentuk cermin mata. Jadi korang boleh je pilih yang mana korang 'prefer' samada minum, tablet ataupun secara terapi iaitu pemakaian berbentuk cermin mata. Paling penting ia serasi dengan korang.




1. Brands Innershine Pati Beri



BRAND'S® InnerShine® Berry Essence dibuat dengan tujuh buah beri premium yang dipilih khas dari Eropah dan Amerika. Ia juga diperkaya dengan Vitamin A, C dan E serta Zink. Bebas pengawet dan pewarna tiruan. BRAND'S® InnerShine® Berry Essence mengandungi vitamin A yang penting untuk kesihatan mata . Sesuai untuk yang suka ambil secara minuman. Amalkan sebotol sehari untuk kesihatan mata yang menyeluruh.


2. Blackmores Lutein Vision

Berbentuk kapsul, Blackmores Lutein Vision adalah produk yang dirumus khas untuk membantu mengurangkan rabun . Sesuai untuk korang yang lebih suka amalkan dengan menelan kapsul dari minuman. Mempunyai 60 kapsul dan selain dari membantu mengurangkan rabun, ianya juga membantu memelihara kesihatan mata.



3. Caratomax (Shaklee)

Caratomax juga dirumuskan untuk membantu memelihara kesihatan mata dan juga membantu mengurangkan rabun. Dirumus dalam bentuk softgel dan juga dikenali sebagai vitamin A yang secara umum kita tahu Vitamin A untuk memelihara kesihatan mata.


4. IbnuSina Theraphy Eyewear

Pinhole pada Therapy Eyewear ini mengawal cahaya yang masuk kedalam mata supaya cahaya fokus tersebut benar-benar sampai pada retina mata kita supaya dapat membantu kita melihat dengan lebih jelas.

Cermin mata ini akan memantulkan kembali sehingga 35% cahaya yang akan memasuki mata supaya cahaya fokus tidak melepasi retina mata. Selain itu, pinhole ini juga hanya akan membenarkan cahaya yang lurus sahaja menuju ke mata supaya cahaya fokus yang tidak sampai ke retina akan sampai. Jadi ia memang sesuai untuk korang yang tak suka minum atau telan kapsul atau gel.



5. iVita




Untuk pengetahuan korang semua, iVita  ni sebenarnya jus campuran pelbagai bahan semulajadi dari estrak tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan tau. Ianya diformulasikan dengan khasiat Lutein, Probiotik, Ekstrak Billberry, Biji Bunga Matahari, Tomato, Lobak Merah, Brokoli, Elderberry, Epal, Betik, Kunyit, Buah Delima, Daun Buah Zaitun, Biji Anggur dan Pine Bark.



Paling menarik perhatian Marsha ialah kandungan Lutien yang ada dalam iVita ni. Kalau korang nak tahu, Lutien diserap dengan maksimum apabila diambil dengan makanan tinggi lemak. Ramai orang mengetahui lutein sebagai "vitamin mata." Mereka menggunakannya untuk mencegah penyakit mata termasuk katarak, rabun dan banyak lagi masalah mata.


Antara kandungan lain yang membantu mencegah masalah mata teruatamanya rabun ialah:






Menarikkan kandungan iVita ni? Kalau nak tahu, ianya rasa macam masam-masam manis buah gitu, tapi lebih kepada rasa buah delima. Tak pahit pun, jangan risau. Memang sedap sangat rasanya... Rugi kalau korang tak cuba. Belum cuba, belum tahu tau. Siapa yang pakai spek kalau nak rawat mata rabun korang tu, boleh la try produk ni tau.



Kelebihan iVita untuk Kesihatan Mata


iVita mempunyai banyak kelebihan. Jom tengok kelebihan iVita untuk mata:



Panduan Pemakanan iVita

Panduan pemakanan iVita senang je. Korang boleh rujuk maklumat bergambar dibawah:


Untuk pengetahuan korang juga, iVita telah mendapat sijil HALAL Jakim tau! Jadi boleh consume tanpa rasa was-was.


Testimoni Pelanggan iVita







Testimoni Marsha Sendiri

Apa komen Marsha tentang iVita ni? Haa...kali ni Marsha nak share video testimoni Marsha terus. Jadi korang wajib tengok video 👇




Maklumat Lanjut


Instagram :

Facebook pages :

No wasap :
www.wasap.my/60134172433/ivitaeyecare

Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

20 Comments

  1. Terima kasih atas info berguna ini

    sisadiq.wordpress.com

    ReplyDelete
  2. wahh mcm best je.. mata i pun dah makin teruk ni..

    ReplyDelete
  3. Kita try yg spec mata ibnu sina tu. Sbb dia bantu focus kan mata untuk lihata dengan lebih jelas and adjust kita punya bola mata slowly biar retain untuk ke original state. But sayang je dah ke mana entah spec tu. Now makin rabun. Supplement tak ambik sbb byk sangat dah ambik~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm mn keadaan mata tuan? Speck tu mmg membantu rabun mata tuan?

      Delete
  4. just be a bit careful sometime supplements like this don't have to go through stringent testing like other medications.

    ReplyDelete
  5. agak-agak ibu mengandung boleh ke amalkan ni? IVITA yee?

    ReplyDelete
  6. Linda dulu pun rabun, sekarang ni cek macam dah kurang pulak rabunnya. btw, ivita ni bagus nampaknya, byk positif testi

    ReplyDelete
  7. banyak choice ya untuk penjagaan mata. I hanye banyakkan makan carrot, tapi sebab umur dah makin meningkat, kekadang penglihatan pon da a bit kabur, next time i cuba i vita ni, at least dier air senang nak consume.

    ReplyDelete
  8. Ivita tu yang panjang produk lain semua sikit jer wakakakaka. Nasib kita tak ada masalah mata tapi kena jaga juga boleh lah minum produk ini bagus juga...

    ReplyDelete
  9. Sekarang pun dah start nak rabun dan silau makin teruk. Driving malam memang susah. Bolehlah cuba produk ni.

    ReplyDelete
  10. sekarang ni selalu tengok hp punca mata cepat letih dan rabun. makanya memang kene makan supplement untuk lebih buatkan mata cergas dan terang

    ReplyDelete
  11. Wahhh inilah yg sy cuba utk atasi. Masalah silau saya makin menjadi2. Blackmores tu ramai kata okay. Ivita tu tak cuba lagi. Nanti sy cuba ikhtiar guna produk tu. Thanks Kak Marsha !

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum.. awa dtg sini jenguk mar... ternampak plak info tentang ni.. baguslah!! suami awa ada masalah sikit mata kabur ni nnti boleh try minta dia cuba... paling best rasa tu sedap... sndiri nk makan jugalah! bagus utk mata yg penat asyik hadap laptop je ni hehe

    ReplyDelete
  13. I pun nak try, sebab lama on sceen now mata pun dah start kabur.

    ReplyDelete
  14. Yes memang mata ni kena jaga kan, selalu keja tengok komputer mata pun kena rehat juga. Caratomax Shaklee tu lia pernah makan memang bagus. nanti nak cuba Ivita ni plak.

    ReplyDelete
  15. bagusla ada produk khas untuk mata..kita usaha kan..tak salh cuba

    ReplyDelete
  16. wahhh boleh cuba ni.. cm menarik jerk..

    ReplyDelete
  17. Nak kena cuba lah ni, silau I dah makin teruk, rabun apa tah lagi. Asyik menghadap computer je macam ni la jadinya. Sekarang nak drive malam pun dah tak berani sangat sebab silau.

    ReplyDelete
  18. Tq sis marsha share kan info ni. Rupanya ada minuman yang boleh membantu dlm mengatasi masalah rabun ni ye. Kita ingat hanya pemakaian spek je..

    ReplyDelete
  19. Thanks for the recommendation, I think I need to try some of this! I always experience dry and tired eyes due to facing alot of UV from laptop and handphone.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us