Tips Bayi Tidur Lena Dengan AFFAN Natural Essential Oil

Assalamualaikum

Tips Bayi Tidur Lena dengan AFFAN Natural Essential Oil | Sedikit 'stress' bila bayi asyik berjaga waktu malam dan asyik menangis je. Tambahan lagi korang yang baru bergelar papa mama buat pertama kali. Ini adalah suasana yang totally baru yang perlu korang lalui. Pada masa ni korang kena bijak handle 'stress' sewaktu berpantang. Sudah pasti papa mama tidak akan cukup tidur.  Marsha pun tak lari dari pengalaman tersebut. Tapi sewaktu berpantang inilah masa kita belajar untuk jadi papa mama yang cekal. Kali ni Marsha nak kongsikan satu produk yang membantu bayi tidur lena. Kiranya ianya adalah salah satu tips bayi tidur lena. 


Tips Bayi Tidur Lena dengan AFFAN Natural Essential Oil

Normal sebenarnya bayi kerap terjaga semasa tidur dan ianya disebabkan beberapa faktor. Jadi papa mama kena bijak tangani masalah bayi kerap terjaga ni. Bayi tak pandai nak 'beritahu' secara lisan tapi bayi hanya mampu menangis yang menjadi petanda samada bayi lapar, tidak selesa ataupun sakit. Apakah yang menjadi sebab bayi kerap terjaga malam?


2 Sebab Utama Bayi Kerap Terjaga Semasa Tidur


  • Tidak Sihat ( Selsema, Batuk, Demam & Berkahak )

Kita yang dewasa pun kalau tidak sihat kita memang tak dapat nak tidur lena. Ni bayi pulak kan. Kalau selsema, demam memang bayi akan rasa tak selesa dan akan berjaga malam. Kalau yang berkahak tebal pula memang susah nak tidur sebab ia mengganggu pernafasan. Bayi hanya mampu menangis je nak bgtau papa mama. Memang normal la kan. Tapi papa mama akan jadi kurang normal....hihi. Kurang normal sebab waktu tidur dah terbalik kuang.


  • Kembung

Kolik atau bahasa yang kita selalu sebut iaitu kembung memang menjadi antara sebab utama bayi kerap terjaga malam. Kadang-kadang tu dah elok bayi lena tetiba terus menangis kuat. Mesti masa tu kita terpinga-pinga cari sebab bayi terjaga. Tufael pun macam tu.



AFFAN Natural Essential Oil Buat Bayi Tidur Lena

AFFAN Natural Essential Oil ni mempunyai dua variasi produk iaitu AFFAN Natural Baby Balm dan AFFAN Natural Telon Oil. Kedua-dua produk AFFAN Natural Baby Balm & Affan Natural Telon Oil, antara set minyak telon terbaik untuk bayi kembung perut dan bayi yang kurang selesa untuk bernafas akibat selsema dan batuk serta batuk berkahak. Bayi tak pandai lagi nak keluarkan kahak, jika tak dikeluarkan kahak itu akan menyebabkan bayi menghidap penyakit bronkitis.

AFFAN Natural Baby Balm dan Natural Minyak Telon berasaskan bahan semulajadi selamat untuk penggunaan terus kepada kulit bayi bagi melegakan pernafasan dan melegakan kembung perut. AFFAN Natural Telon Oil dan AFFAN Baby Balm melindungi kulit bayi yang sensitif. Tak heran jika ia menjadi antara set minyak terbaik dengan bau yang menyenangkan untuk hilangkan kembung bayi. Ia juga tidak mengandungi sebarang bahan kimia sintetik, steroid, paraben, bahan pewarna, pewangi tiruan. Bau bauan adalah dari bahan natural tumbuhan ( essential oil) .



AFFAN Natural Telon Oil dan AFFAN Natural Baby Balm ini adalah produk muslim yang mengandungi 100% Essential Oil organik dengan keharuman bunga Lavender yang menyenangkan. Produk ini dihasilkan oleh syarikat produk Muslim Imanni Skinz Legacy Sdn. Bhd yang berlokasi di Tanah Merah, Kelantan. Pelbagai R & D telah dibuat untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan terbaik.

Keistimewaan

Kedua produk AFFAN Natural Baby Balm dan AFFAN Natural Telon Oil ini amat istimewa dan lain dari produk bayi yang lain kerana ia mempunyai Essential oil ekstrak minyak dari bunga kenanga, lavender dan geranium rose yang membantu sebagai aromaterapi dan memudahkan anak anak tidur lena tanpa gangguan dan tidak meragam. Memang Tufael tidur lena betul lepas Marsha sapukan AFFAN Natural Baby Balm dan AFFAN Natural Telon Oil ni.


AFFAN Natural Baby Balm



Kegunaan AFFAN Natural Baby Balm


👉Baby Balm AFFAN membantu mengurangkan keradangan kulit bayi seperti ruam lampin, ruam susu dan juga ruam akibat panas. Ia juga melindungi kulit bayi yang sensitif.
👉Membantu merawat kulit kering dan menggelupas yang menjadi punca keradangan kulit. Jadi kita yang dewasa pun boleh guna disamping kita amalkan untuk bayi kita.


Bahan Kandungan

👉Diperkaya dengan minyak almond dan minyak zaitun untuk melindungi kulit bayi atau kanak kanak serta membantu mengekalkan kelembapan kulit bayi.

👉Mempunyai Essential oil 100% organik, ekstrak minyak dari bunga kenanga, lavender, shea butter,habatus suada dan geranium rose yang membantu sebagai aromaterapi dan memudahkan bayi tidur lena tanpa gangguan dan tidak meragam.

Cara Penggunaan

Sapu dan gosokkan AFFAN Natural Baby Balm pada kulit bayi untuk membantu penyembuhan dan mampu menenangkan kulit yang sensitif dan keradangan. Balm bayi ini juga berfungsi untuk ruam lampin. Sapu dua kali sehari atau lebih jika ianya perlu.


Pakaging

30 gram

Harga Asal

RM45

Harga Promosi

RM39



AFFAN Natural Telon Oil



Kegunaan AFFAN Natural Telon Oil

👉Sebagai minyak telon membantu merawat perut kembung, perut berangin serta membantu melancarkan pernafasan ketika selsema dan menghangatkan tubuh badan bayi.
👉Membantu menenangkan emosi bayi meragam dan kuat menangis .
👉 Membantu bayi tidur lena.
👉Mengurangkan batuk dan selsema pada bayi.
👉Memberi keselesaan sepanjang hari pada bayi.

Bahan Kandungan

👉Minyak telon ini dirumus khas dari minyak almond, halia, daun pudina, habbatus sauda Organik, bunga geranium, minyak kayu putih, lavender, bunga kenanga (ylang ylang oil dan vitamin E.

Cara Penggunaan

Selepas mandikan anak, pastikan sapu minyak telon Affan pada perut bayi untuk elakkan perut kembung. Memang anak korang akan mood baik je sepanjang hari sebab perut tak kembung. Urut perut dengan lembut secara membulat.



Pakaging

20ML - dalam bentuk botol

Harga 

RM 35


AFFAN Natural Baby Balm & AFFAN Natural Telon Oil Serasi Dengan Tufael

Alhamdulillah sepanjang menggunakan kedua produk dari Imanni Skinz Legacy Sdn. Bhd iaitu AFFAN Natural Baby Balm & AFFAN Natural Telon Oil ni Marsha perhatikan banyak perubahan positif pada Tufael. Kalau korang nak tahu Marsha ni bekerja dan anak-anak Marsha hantar pengasuh. Pengasuh pula ada jaga yang lain juga. Jika ada yang tak sihat kemungkinan besar akan terjangkit dekat Tufael. Jadi bila rasa Tufael macam nak selsema atau tak selesa hidung, Marsha cepat-cepat capai AFFAN Natural Telon Oil. Selepas mandi dan sebelum tidur setiap hari pun memang Marsha jadikan rutin apply AFFAN Natural Telon Oil ni. Memang nampak Tufael dan jarang terjaga malam sebab kembung perut dan tidur dia memang lena betul. Bising pun tak bangun....hahaha. Baunya pun sangat best. Kadang-kadang Marsha pakai jugak AFFAN Telon Oil ni sebab wangi. Sekali cuba pasti jatuh cinta dengan bau set minyak telon AFFAN yang sangat sesuai dengan bayi dan kanak-kanak ini.




Setiap kali tukar lampin pula, Marsha akan pastikan Tufael disapu dengan AFFAN Natural Baby Balm. Tufael ni berkulit sensitif juga. jadi lepas jadikan sebagai rutin kulit Tufael lembut sangat. Kalau ada gigit nyamuk pun boleh letak AFFAN Baby Balm ni. Bau dia wangi sangat. Kulit Tufael tak kering dan lembap seharian. Sambil sapu kat anak, mak pun sapu kat diri sendiri...hahaha.






| AFFAN Natural Telon Oil & Natural Baby Balm buat Tufael Selesa Tidur Lena| Suka sungguh Tufael bila lepas tukar lampin Marsha sapukan AFFAN Natural Baby Balm. Ruam lampin dah ok pastu kulit lembut sangat. Geram plak nak cubittt!! . . AFFAN Natural Telon Oil pula Marsha sapu tiap kali lepas mandi. Jadi Tufael tidur lebih lena dan tak kembung lagi. Kalau hidung dia xselesa AFFAN Telon Oil membantu legakan. . . Produk AFFAN ni adalah keluaran @immaniskinz yang dirumuskhas untuk bayi tidur lena. Bayi yang berkulit sensitif pun sesuai guna. AFFAN ni adalah produk muslim tau. . . Testimoni dan maklumat lanjut boleh tengok di @affan.essential.oil dan baca selanjutnya di blog Marsha 👇🏻 www.marshaliza.com #affan #imanniskinz #minyaktelon #babybalm #naturalminyaktelon #naturalbabybalm #sokongprodukmuslim
A post shared by Blogger & Media Influencer (@marshalizadotcom) on


Bagi Marsha AFFAN Baby Balm & Telon, minyak untuk bayi kembung yang sangat best! Serius best! Dan ia juga adalah minyak telon yang bagus dan mudah untuk dipakai. Lagi satu yang Marsha suka tentang AFFAN Natural Baby Balm & AFFAN Natural Telon Oil ini ialah pakaging yang sangat simple dan comel. Ia adalah minyak telon dan baby balm yang senang di bawa ke mana saja. 

Testimoni


Tak caya? Meh ler tengok testimoni pengguna AFFAN Natural Baby Balm & AFFAN Natural Telon Oil yang lain 👇





Paling bangga sebab kedua produk AFFAN Natural Baby Balm & AFFAN Natural Telon Oil ni adalah produk Muslim. Jadi jom sokong produk Muslim!!


Maklumat Lanjut


FACEBOOK | INSTAGRAM | WHATSAPP


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

1 Comments

  1. assalamualaikum mar... awa datang sini jenguk mar... mcm best pulak produk ni.. nnti nk cuba utk kasih gak la

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us