Assalamualaikum
Hotel De Art USJ 21 VIRAL Dengan Konsep English Garden | Hotel dengan Marsha memang tak dapat dipisahkan...hahaha. Marsha memang suka bermalam dihotel yang comel-comel dan design rare. Sebanarnya dah lama Marsha masuk wishlist nak merasa suasana Hotel De Art ni tapi belum berkesempatan ke KL. Macamana Marsha tahu tentang Hotel De Art ni? Marsha tahu tentang Hotel De Art ni dari alam maya. Dah VIRAL kot....mana tak teringin nak cuba pengalaman menginap di 1st Art Theme -Boutique Hotel in Malaysia ni.
Hotel De Art Setiap Cawangan Mempunyai Tema Tersendiri ( 1st Art Theme -Boutique Hotel di Malaysia )
Untuk pengetahuan korang, kisah Hotel de Art bermula pada tahun 2010 apabila seorang doktor yang secara tidak sengaja menjumpai wallpaper yang sangat cantik semasa mencari perabot di luar negara. Pada ketika itu, beliau mendapat ilham baru dan terpikir mengapa tidak membina sesuatu yang unik yang belum ada di Malaysia? Ya, hotel butik bertema seni. Dari seorang doktor kepada usahawan dan telah membina Hotel de Art, 1st Art Theme-Boutique Hotel di Malaysia)
Hotel ini mempunyai karya seni yang mengagumkan dengan setiap bilik yang mempunyai tema seni dan jalan cerita tersendiri dari filem, selebriti, dongeng hingga dunia fantasi dan juga seni moden. Tidak lama kemudian, ia menjadi buah mulut di Malaysia dan viral seterusnya ia menarik tetamu dari seluruh dunia untuk menginap disini untuk merasai pengalaman yang terbaik. Dengan sambutan yang amat menggalakkan, Hotel de Art semakin berkembang dengan cawangan Hotel De Art ICity dan Hotel De Art Seksyen 19, Seksyen 7 dan Seksyen 9 di Shah Alam. Memang menakjubkan!
Hotel ini mempunyai karya seni yang mengagumkan dengan setiap bilik yang mempunyai tema seni dan jalan cerita tersendiri dari filem, selebriti, dongeng hingga dunia fantasi dan juga seni moden. Tidak lama kemudian, ia menjadi buah mulut di Malaysia dan viral seterusnya ia menarik tetamu dari seluruh dunia untuk menginap disini untuk merasai pengalaman yang terbaik. Dengan sambutan yang amat menggalakkan, Hotel de Art semakin berkembang dengan cawangan Hotel De Art ICity dan Hotel De Art Seksyen 19, Seksyen 7 dan Seksyen 9 di Shah Alam. Memang menakjubkan!
Hotel De Art Cawangan USJ Cantik Dengan Konsep English Garden
Hotel De Art USJ 21 adalah cawangan yang keempat Hotel De Art viral ni selepas kejayaan tiga cawangan lain di Shah Alam. Hotel De Art USJ menawarkan 27 bilik tamu, diilhamkan dengan tema 'ENGLISH GARDEN'. Setiap bilik dihiasi secara tersendiri dengan mural flora dan fauna. Ia seakan berjalan dan bersiar-siar di kawasan taman yang indah!
Antara bilik yang paling popular ialah Bed of Roses, The English Cottage dan The Secret Garden. Ia adalah antara bilik yang paling besar iaitu Family Room untuk setiap tingkat. Marsha check in bilik The Secret Garden di tingkat 2. Masa mula masuk memang sangat WOW!! Pertama kali Marsha sampai dan melangkah ke lobi bertema English Garden, Marsha lihat ada buaian yang indah di tengah. Rasa seperti berada di taman yang penuh dengan kehijauan semulajadi. Tenang sangat rasa.
Itu baru hasil seni dalam bilik Marsha tau, bilik famili yang berada di aras 2. Lain bilik lain seni lukisannya. Meh la layan lagi seni lukisan yang ada di dalam bilik yang lain yang sempat Marsha bergambar.
Kemudahan di Hotel De Art USJ 21
Marsha memilih bilik famili sebab nak bilik yang luas sesuai untuk Marsha yang ada anak kecil yang lasak. Bila ruang bilik yang luas ni adalah ruang untuk Baihaqi explore...hihi. Disambut dengan ramah oleh staff hotel sangat rasa cozy. Ye hotel yang bagus mempunyai staff yang peramah. Siap offer nak angkatkan bagasi tau. Bagi Marsha 1st impression tatkala masuk ke lobi hotel memang rasa sangat selesa. Staf hotel siap sediakan air teh panas masa kitorang sampai ke bilik. Tak sangka pula dapat layanan macam 5 star hotel.
Banyak sangat kemudahan kat Hotel De Art Cawangan Subang Jaya (USJ) ni....bukan kat bilik je tau. Bahkan kat lobi sendiri pun ada banyak kemudahan. Siap ada ruangan dapur yang lengkap dengan 'microwave' untuk kita panaskan makanan. Dibahagian lobi juga ada surau disediakan. Memang bagus sangat.
Hotel De Art USJ 21 Senang Access
Kalau korang nak tahu senang je kalau menginap dekat Hotel De Art USJ 21 ni. Senang access orang kata. Nak makan kat sini senang sebab berhampiran Main Place Mall. Berdekatan pun banyak kedai makan. Pagi-pagi ada orang jual nasi lemak kat tepi jalan depan sikit. Nak ke mana-mana access by public transport pun senang. Hotel De Art USJ 21 ni berdekatan dengan PUTRA LRT Subang Jaya (USJ 21). Jadi kalau nak ke KLCC sekalipun memang senang. Jalan kaki dari hotel ke lrt dalam 5-7 minit sahaja.
Lokasi:
Nak Repeat Lagi Tak?
Kalau tanya Marsha, nak repeat lagi tak? Semestinya nak repeat lagi. Rasanya satu malam tak puas nak feeling bak in THE GARDEN tau. Banyak sangat port-port menarik nak bergambar. Dalam bilik saja pun dah bermacam gambar ambil. Tambahan pula dengan bilik yang selesa memang tak perlu pikir 2 kali nak repeat.
Lepas ni Marsha nak cuba bermalam di cawangan Hotel De Art yang lain pula iaitu Hotel De Art Seksyen 19, Seksyen 7 dan Seksyen 9, Shah Alam dan juga Hotel De Art iCity. Kat sana konsep lain pula tau. Ada yang konsep kartun dan banyak lagi. Yang pasti setiap cawangan lain konsepnya. Memang nak bermalam kat sana pula untuk merasai pengalaman yang berlainan.
Contest Instagram di Hotel De Art
Ok buat yang belum tahu, di Hotel De Art USJ 21 ni ada contest tau! Senang je contest dia. Contest ni berlangsung setiap bulan dan pemenang akan diumum pada 28 haribulan setiap bulan. Apa yang korang perlu buat ialah :
- Ambil gambar secara kreatif pengalaman korang di Hotel De Art
- Upload di instagram korang. Set public dan follow instagram @hoteldeart
- Tag Hotel De Art dan gunakan hashtag #hoteldeart
Simple je kan? Jom la join!!!
Maklumat Lanjut
Alamat:
Hotel de Art @ USJ 21 Subang Jaya
21,
Jalan USJ 21/6 USJ 21,
USJ,
47630 Subang Jaya,
Selangor
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
11 Comments
Memang sangat cantikk...Sis pernah menginap yang di Shah Alam tu, deko dia memang kreatif ala-ala alam fantasi gitu..
ReplyDeleteWahh beruntung dapat duduk kat hotel ni. Sis dah lama teringin sebab asyik tengok org dok post gambar cecantik je..sb tu teringin, tapi tu lah..lom ada rezeki
ReplyDeleteMemang lawo sungguh tengok deco art hotel ni.. Kalau2 bercuti ke sana boleh la sesekali try menginap kat hotel ni
ReplyDeleteWahhh.. sangat menarik hotel ni.. lain dari yang lain
ReplyDeleteSally pernah stay sini...best sbb dekat je dgn LRT
ReplyDeleteAna pernah stay yg di sek 7 shah alam. Memang best dan cantik bilik dia.
ReplyDeleteTeringin nk kesini...tp xdpt sbb masa tu tgh full.. So kita stay kt seksyen 7... Nice design hotel de art kan?
ReplyDeleteCantiklah Hotel nih, teringin nak stay dekat sini nampak selesa.
ReplyDeleteCantiklah Hotel nih, teringin nak stay dekat sini nampak selesa.
ReplyDeleteHotel ni nampak unik sekali.. Cantik decoration dia teringin nak stay dekat situ
ReplyDeletesama la marsya..sya pun duk tgk orang share hotel de art ni..tertarik nak menginap kat situ sbb deko hotel dia cantik..setiap sudut, instagramable...penah nmpk salah satu cawangan hotel de art ni dari luar..allah, dri luar pun dh cntik..dlm mesti lagiiii cantikkkk...
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)