Rawatan Rambut Gugur di MBH Haircare Kajang Mesra Muslimah

Assalamualaikum

Rawatan Rambut Gugur di MBH Haircare Kajang Mesra Muslimah| Rambut gugur teruk! Ni la masalah Marsha kalau bab rambut. Memang cuak betul bila menyedari rambut Marsha gugur tahap tak boleh bincang. Sana sini penuh dengan rambut gugur Marsha je. Sampaikan encik suami rasa rimas sebab setiap kawasan di dalam rumah mesti ada helaian rambut. Ini membuatkan Marsha agak stress dan saban hari termenung panjang memikirkan masalah yang Marsha hadapi ni. Tak pernah rambut gugur macam ni sampai takut nanti menjadi botak..oh MY!! 

Marsha memang gunakan produk rambut seperti shampu dan perapi tetapi kesannya hanya sekejap dan rambut akan kembali gugur. Gusar rasanya dihati. Pelbagai tips dah buat tapi kesannya sementara dan dalam masa yang sama Marsha susah nak konsisten. Sehinggalah suatu hari Marsha search dan jumpa rawatan rambut di salon kecantikan oleh MBH Haircare. Sebelum ni memang Marsha kerap juga buat rawatan facial di MBH Medispa dan puas hati dengan servis mereka. Jadi Marsha booking rawatan rambut dengan MBH Haircare di Kajang.

Kalau korang nak tahu, masalah rambut gugur ni jangan dipandang remeh, memang kena cari penyelesaian dengan cepat. Dah botak memang dah tak boleh tolong dah. Bukan je ladies, orang lelaki pun banyak alami masalah rambut gugur ni. Nak tau macamana rambut gugur? Tengok je masa sikat. Kalau rambut banyak dari biasa melekat disikat maksudnya rambut kita bermasalah. Jadi pada Marsha bila produk dah guna, tips tradisional dah cuba tapi masih belum solve akhirnya kita wajib jumpa hair consultant atau pakar rambut.

Jumpa Hair Consultant di MBH Haircare 

Akhirnya Marsha akur untuk jumpa hair consultant dan buat rawatan di MBH Haircare. Encik suami pun  advise untuk pergi buat rawatan sebab dia tengok wife dia rambut gugur teruk tahap rock! Marsha ke MBH Haircare yang terletak Kajang yang beralamat baru bukan kat Jalan Reko dah. MBH Haircare sekarang bersebelahan HQ MBH Medispa.



Marsha sampai dan disambut ceria oleh Hair Consultant, Sarah. Sarah sangat sporting dan segala penerangan tentang rambut sangat teliti diterangkan. Sebelum memulakan rawatan, seperti biasa Marsha perlu isi detail dan juga dalam borang tersebut kita isi apa masalah rambut kita. Kemudian, Marsha dibawa kebilik rawatan untuk analisis rambut dan kulit kepala menggunakan alat. For the 1st time dapat tengok rambut sendiri dari dekat. Memang teruja tengok gambar rambut sendiri.



Menurut Sarah, rambut marsha jenis halus dan lebat. Kalau korang nak tahu, satu folikel yang mempunyai 2-3 helai rambut adalah sihat. Kiranya kalau sehelai rambut gugur, masih ada lagi rambut yang cover di folikel tersebut. Sarah akui yang rambut Marsha sihat cuma adalah masalah keleumur yang melekat disebabkan kulit kepala yang berminyak. Jadi kelemumur tu jadi berkeping tidak berada di rambut tetapi melekat di bahagian bawah rambut. Bab kebotakan pula, kata Sarah Marsha tak perlu risau lagi sebab masih dalam peringkat awal.



Jadi untuk masalah rambut gugur yang Marsha alami ini, Sarah cadangkan Marsha mendapatkan pakej rawatan Hair Growth Vitamin Wash yang sesi rawatannya berlangsung dalam tempoh 1-2 jam bergantung kepada rambut. Kalau rambut pendek lebih cepat sikit. Sekarang ni promosi dengan harga RM39 SAHAJA tau!


Pakej Rawatan Hair Growth Vitamin Wash ini termasuk:

1. 1 sesi Hair Growth Vitamin Wash
2. 1 sesi Hair & Scalp Advance
3. 1 sesi Trichology Consultation
4. Kit Trial Hair Growth Product

Sei Rawatan bermula dengan sesi cuci rambut oleh Sarah. Sarah menggunakan produk MBH Wash & Therapy Series untuk mencuci rambut. Menurut Sarah, untuk rambut Marsha yang berminyak ni ke 2 kali syampu. Kali pertama untuk buang minyak dan masa ni syampu tidak berbuih disebabkan minyak. Bila kali kedua syampu berbuih barulah kita tahu yang minyak dirambut sudah hilang. Sebelum ni kalau cuci rambut memang 1 kali je. Lepas ni rutin lah 2 kali cuci rambut. Sarah juga bagi tips untuk mencuci rambut paling sesuai ialah pada waktu petang. Rasa nak lena ja bila kepala diurut lembut dan stress kerja pun rasa hilang terus...hahaha.



Usai rambut marsha dicuci dan dibilas, Marsha dibawa untuk duduk bagi sesi seterusnya. Untuk sesi kali ini, kulit kepala Marsha disembur dengan MBH Revitalizing Hair & Scalp Tonic. Menurut Sara lagi, ia perlu disemburkan sebaik sahaja rambut dicuci kerana masa ni liang pori kulit kepala masih terbuka dan memudahkan ia diserap masuk dengan maksimum. Produk ini menggalakkan pertumbuhan rambut baru dan mencegah kegatalan kulit kepala. Dengan effect menthol yang ada, kulit kepala Marsha rasa sejuk berangin je lepas disembur. Fresh!! Kandungan MBH Revitalizing Hair & Scalp Tonic ni terdiri daripada ekstrak bunga raya, esktrak rosemary dan aloe vera. Memang syok la lepas disembur.

Kemudian, rambut Marsha dikeringkan dengan pengering rambut. Rasa best sangat bila rambut dibelai-belai. Rasa mengantuk je. Kalau disorongkan bantal confirm terlena...hihi. Bila rambut dah kering, Sarah membuat sapuan MBH Hair Repair Silkening Serum di hujung rambut. MBH Hair Repair Silkening Serum ini membantu merawat rambut rosak, bercabang dan berbau serta melindungi rambut dari bahan kimia dan sinaran UV. Ia mengandungi ekstrak bunga matahari, minyak jojoba dan aloe vera.



Sesi rawatan rambut dan kulit kepala Marsha selesai dalam masa 1 jam sahaja. Marsha puas hati dengan hasil akhir sesi rawatan ini sebab rambut Marsha terasa lembut dan fresh. Memang hasil kerja Sarah memang best. Thanks Sarah!

Testimoni Marsha Tentang Rawatan Hair Growth Vitamin Wash

Marsha observe kesan rawatan Hair Growth Vitamin Wash selama seminggu sebenarnya. Tetapi hari ke 3 semasa sikat rambut Marsha perasan yang rambut yang ada disikat sangat berkurangan. Happy betul bila tengok rambut dah kurang gugur. Memang rawatan Hair Growth Vitamin Wash ini sangat serasi dengan Marsha. Rambut pula lebih lembut dan tak kasar macam biasa dah. Kelemumur pun berkurang. Gatal kepala dah tak ada lagi...fuhhh....happy!!

InsyaAllah nanti nak plan untuk buat rawatan susulan dengan MBH Haircare. Rambut pun macam kulit wajah juga. Kena juga buat rawatan supaya ia tetap sihat dan cukup zat orang kata. Kalau tak cukup zat, rosak lah ia...hihi.



Sesambil buat rawatan, Sarah juga ada kongsikan tips penjagaan rambut yang sebelum ni Marsha belum tahu. Antaranya ialah: 

1. Rambut perlu dicuci pada waktu petang sebab waktu pagi minyak perlu dikekalkan untuk memelihara kelembapan kulit kepala.
2. Perapi perlu digunakan pada rambut sahaja dan bukan kulit kepala.
3. Waktu pagi rambut hanya perlu dibilas sahaja dengan air.
4. Kalau korang ada masker rambut dan ianya untuk anti-kelemumur baru lah boleh guna atas kulit kepala.

Jadi korang juga boleh amalkan yer!!



MBH Haircare di Kajang juga mesra muslimah. Marsha rasa sangat selesa buat rawatan kat sini. Tak perlu risau dah. Jadi buat korang yang mencari salon rawatan rambut mesra muslimah MBH Haircare adalah tempat yang sesuai.


Maklumat Lanjut

Kalau korang plan nak buat rawatan di MBH Haircare ini, sebaiknya korang call dulu untuk buat temujanji sebab lebih senang book slot. Untuk pengetahuan korang MBH Haircare kini berada di lokasi baru iaitu :

MBH Haircare Kajang
No 16 Jalan Damai Mewah 2
43000 Kajang
Selangor
( Waze: MBH Medispa HQ)

Banyak lagi jenis rawatan yang MBH Haircare tawarkan selain sesi rawatan yang Marsha ambil ni. Jadi boleh ke facebook atau Instagram MBH Haircare untuk promosi terbaru. 


Facebook | Instagram


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

7 Comments

  1. tgk marsha buat treatment rambut ni, macam best je..dah lama tak pi jengah salun membelai rambut ni..dah macam apa je..dengan mengerbang lagi..hehe..rambut gugur pun ada juga tapi dlm tahap terkawal...

    ReplyDelete
  2. Haritu nak buat jugak rawatan rambut sebab gugur macam kak marsha jugak. Dulu rambut tebal sekarang dah mula nampak gap dah

    ReplyDelete
  3. Terbaiklah mbh care. Penjagaan rambut juga penting

    ReplyDelete
  4. Mmg bikin takut ni kalau rambut gugur...makin stress jadinya padahal mmg tak boleh nak stress2 nnt makin menjadi2 tu rambut gugur.

    ReplyDelete
  5. alahai..bestnya bila orang belai rambut kita..bila lah MBH nak buka branch kat kb jgk ni..hihi

    ReplyDelete
  6. bab cuci rambut ni kalau pergi salon macam ni, mesti rasa ringan habis kepala kan. harga pun berpatutan. boleh tahu kot2 rambut kita ni ada masalah ke tak.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us