Assalamualaikum
International Babywearing Week 2019 | Banyak Pengetahuan Tentang Babywearing & Parenting | Hai korang! Pernah dengar tak term 'Babywearing' atau 'Menggendong'? Mesti pernah kan? Bagi Marsha term 'Babywearing' ini sangat famous di kalangan ibu bapa zaman kini. Sebenarnya 'Babywearing' ni dah lama diamalkan pada zaman dahulu lagi cumanya pada zaman dulu dorang guna kain semata dan ikatan. Pada zaman kini, kita ada pelbagai jenis baby carrier seperti Ring Sling, Mai Tai, SSC dan banyak lagi. Marsha pun adalah salah seorang ibu-ibu yang berbabywearing ni.
Sebab minat sangat dengan babywearing, Marsha tak lepaskan peluang untuk join International Babywearing Week 2019 yang telah diadakan di The School Jaya One, Petaling Jaya. Sebaik je sampai ke sana, Marsha sangat teruja sebab ianya sangat meriah. Dianjurkan oleh Malaysian Babywearers Official dan ditaja oleh berpuluh jenama yang melibatkan barangan bayi dan kalau tak silap Marsha ianya telah dianjurkan tahun ini adalah tahun ketiga.
Aktiviti Yang Dijalankan di IBW 2019
Banyak aktiviti yang dijalankan pada hari ini sebenarnya. Tetapi Marsha hanya berpeluang join beberapa aktiviti kerana Marsha datang dari jam 12.30 tengahari dan pulang jam 3 petang sebab nak balik Ipoh dah masa tu. Jomlah kita tengok aktiviti penuh
Menarik tak bila tengok tentatif kat atas ni? Dari permulaan hinggalah pengakhiran penuh dengan aktiviti dan talk yang sangat memberi pengetahuan. Marsha rasa rugi sangat sampai agak tengahari kerana waktu pagi ada talk tentang menyusu dalam carrier. Sangat best topik ni sebenarnya. Korang nak tahu, sambil menggendong pun kita boleh menyusu tau. Sangat fleksibel bila kita ber babywearing ni sebenarnya. Semuanya 'hands on' orang kata.
Dalam IBW 2019 ini juga diselitkan talk sesi pagi tentang pemilihan car seat untuk anak-anak seiring membantu ibu bapa dalam memilih car seat yang betul untuk anak-anak disebabkan tahun hadapan kerajaan telah mewajibkan penggunaan car seat ini. Juga talk tentang bersalin secara tenang. Tips-tips bersalin dengan tenang tanpa panik dan juga lain-lain.
Talk Sesi Pagi
Talk Sesi Petang
Untuk talk sesi petang pula berkaitan dengan 'breastfeeding' dan juga tentang 'natural remedies' untuk kesihatan dan kecantikan serta terapi anak-anak. Memang best betul IBW 2019 ni sebab banyak pengetahuan yang kita dapat bila datang join event IBW 2019 ni. Semuanya berkaitan parenting dan Marsha memang memerlukan semua pengetahuan ni.
Sesi Pembelajaran Memakai Carrier
Seiring dengan aktiviti yang berlaku di pentas, sebenarnya ibu bapa yang pertama kali ataupun yang nak tahu lebih lanjut cara pemakaian babywearing yang betul, ada tempat yang dikhaskan untuk belajar cara pemakaian carrier yang betul. Dekat situ ada 'cikgu' yang berpengalaman ada untuk bantu korang selesaikan masalah pemakaian carrier.
Marsha sebenarnya teringin nak join, tetapi disebabkan Tufael elok lena dalam carrier dan dengan sambutan yang hangat jadi Marsha tengok dari luar je gelagat ibu bapa yang belajar cara pemakaian carrier yang betul,
Lucky Draw
Ini adalah sesi yang semua orang suka. Marsha sempat juga dengan 2 kali 'lucky draw' tetapi nasib belum menyebelahi Marsha lagi. Seronok tengok yang dapat lucky draw. Bukan hadiah baisa-biasa tau. Semuanya ditaja oleh jenama yang tak asing lagi. Masa Marsha join tu seronok tengok ibu bapa yang lucky terima baby carrier seperti ring sling dan SSC (Soft Structure Carrier).
Marsha teringin juga nak memiliki Tula Baby Carrier tapi belum bertuah untuk menang dalam lucky draw tempoh hari. Tumpang happy sangat pada yang bertuah. Senyum sampai telinga...hihi.
Art Booth
Anak-anak kecil yang berumur 4 tahun keatas mungkin akan agak boring bila kita bawak ke event kan. Tapi IBW 2019 ni telah ready untuk dorang. Ibu bapa boleh je buat aktiviti art dekat art booth ni. Memang seronok Marsha tengok anak-anak buat aktiviti. Ralit sangat!
Babywearing Dance
Pertama kali Marsha join sesi babywearing dance ni sangat best. Boleh buat as zumba ni dengan baby. Step yang mudah dengan lagu yang catchy. Marsha suka sangat! Eh cakap tak best kan. Jom lah layan video kat bawah
Jualan Dari Vendor
Dekat IBW 2019 ni juga ada pelbagai jualan dari pelbagai vendor. Ada jualan baby carrier pelbagai jenama, jualan makanan, jualan essential oil, makanan bayi dan banyak lagi. Jadi memang meriah sangat,
Booth TheAsianParent Malaysia
Kalau korang nak tahu, TheAsianParent Malaysia juga buka booth tau. TheAsianParent Malaysia adalah media partner untuk IBW 2019 ni dan Marsha juga dijemput ke IBW 2019 ini oleh TheAsianParent Malaysia. Terima kasih TheAsianParent Malaysia atas peluang ini!
Marsha sempat join aktiviti spin & win dan menang 100 point. Yeay! Tak sabar tunggu point masuk dalam apps nak reedem...hihi
Walaupun tak menang any lucky draw, Marsha sangatlah enjoy join IBW 2019 ni. Banyak pengetahuan yang dapat dan juga Marsha bawak balik goodies bag yang disponsor bernilai RM250 tau. Boleh mengubat hati yang tak menang lucky draw..hihi
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
5 Comments
Seronok. Boleh tambah ilmu parenting.
ReplyDeleteI am completely concurred with this article and i simply need say this article is exceptionally pleasant and extremely instructive article. This is Pictame Online Instagram User Posts and Story web viewer.
ReplyDeletebestnya dapat join event ni Marsha... tapi tak dop anok besar ni dah..
ReplyDeleteMenarik ni kak marsha. .Byk ilmu bole dpt. .
ReplyDeleteprogram yang baik untuk parents ni.
ReplyDeletejom singgah www.hellokerja.com
Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)