Putrade Allsuites at RPGC Ipoh | Suite Gaya Mewah Dengan Harga Mampu Milik

Assalamualaikum

Musim cuti sekolah masih ada berbaki dalam seminggu lebih. Sempat lagi nak bercuti ni sebelum anak-anak naik sekolah. Kalau korang dari Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang ataupun dari Perak nak short vacay bolehlah ke Ipoh yang dikenali sebagai negeri yang banyak makanan best dan juga tempat menarik. Eh negeri lain pun boleh tau. Jangan majuk okay! Marsha yang dok kat Ipoh pun bercuti juga di Ipoh ni...hihi. Walaupun tempat bercuti tak jauh tapi pengalaman tu semestinya berbeza kan? Alang-alang nak bercuti dalam Ipoh je kami bercadang nak menginap di hotel suapaya rasa feeling bercuti tu...hihi. 

Marsha pula jenis suka duduk hotel tau. Dah ada pun wishlist hotel area Ipoh ni dan Putrade Allsuites at RPGC Ipoh kini menjadi pilihan dalam wishlist Marsha. Terletak di Royal Perak Golf Club dan sebelum ni Marsha tak perasan kewujudan hotel di kawasan RPGC ni. Bila mencari senarai hotel di Ipoh untuk wishlist bercuti dalam negeri ni, Marsha tertarik dengan hotel ni dan terus buat booking 2 hari 1 malam kat sini. So, jom kita tengok apa yang menarik di Putrade Allsuites at RPGC Ipoh | Suite Gaya Mewah Dengan Harga Mampu Milik

Putrade Allsuites at RPGC Ipoh | Suite Gaya Mewah Dengan Harga Mampu Milik


Jarak dari rumah Marsha ke Putrade Allsuites at RPGC ni hanya dalam 20-25 minit sahaja. Jadi nak bercuti ni tak perlu tempat jauh-jauh pun. Tempat sendiri pun banyak hotel-hotel yang menarik dan salah satunya ialah Putrade Allsuites at RPGC Ipoh ni. 

Dah sampai di Putrade All Suites at RPGC Ipoh


3 Jenis Suites di Putrade Allsuites at RPGC Ipoh

Putrade Allsuites at RPGC Ipoh mempunyai 36 unit suites dan setiap suites itu di design dengan gaya moden minimalist yang mewah dan membuat kan bibir Marsha tersebut WOW masa pertama kali masuk ke bilik. Dengan perabot yang mewah, susunan perabot yang membuat kan Marsha sekeluarga rasa sangat selesa. Memang mood bercuti tu memang berapi-api rasa bahangnya...hihi. Suites yang disediakan sangat sesuai untuk percutian bersama family, golfer group, bisnes dan juga gathering bersama kawan-kawan.

Setiap suites mempunyai 3 bahagian iaitu Tempat Istirehat, Ruang Makan dan Bilik Tidur. Teruja tak? Biasanya kalau hotel biasa hanya ada 1 ruang sahaja kan.

One-Bedroom Suite 

Rate: Dari RM390 Nett semalam termasuk sarapan

Bilik Tidur

Ruang Istirehat

Mini Kitchen

Bilik Air

Amenities

Shower

Almari & Iron Board



Two-Bedroom Suite

Rate : Dari RM490 Nett semalam termasuk sarapan
Ruang Istirehat & Makan

Mini Kitchen


Bilik Kedua

Master Bedroom

Almari

Shower

Ammenities



Three-Bedroom Suite

Rate: Dari RM590 Nett Semalam termasuk sarapan












Bathroom Amenities

Marsha memilih 2-Bedroom Suite memandangkan famili Marsha berlima. Jadi Kakak Anith dan Abg Baihaqi boleh tidur di bilik kedua. Seronoklah dorang dapat katil satu sorang...hihi




Kemudahan Bilik Yang Disediakan di Putrade Allsuites at RPGC Ipoh

Marsha sangat teruja bila nampak mesin kopi Dolce Gusto. Teruja sebab 1st time menginap di hotel yang menyediakan perkhidmatan mesin kopi ni. Memang lain dari lain lah! Antara kemudahan lain yang telah disediakan di bilik: 

  • Iron & Ironing Board
  • Mini Bar Fridge
  • Wall Mount Hair Dryer
  • Keetle Set
  • Safe Deposit Box
  • Magnifying Mirror
  • Central Air-Conditioning
  • 43" LED Flat Screen Television
  • 32" LED Flat Screen Television
  • Astro Channel
  • Coffee / Tea Making Facilities
  • Lugage Rack
  • Telephone with IDD
  • Free High Speed Internet Connection
  • Electronic Door Lock
  • High Pressure Shower
  • Bathroom Amenities
  • Mineral Water 500 ml
  • Wake-up call Service ( Upon Request Only )

Servis yang lain disediakan

  • 24-hours Security Service
  • Airport Transfer Service
  • Laundry & Dry Cleaning Service
  • Complimentary Parking Bays

Fasiliti Lain Di Sekitar Putrade Allsuites at RPGC Ipoh

Kemudahan Buggy Untuk Pelanggan Hotel

Add caption

Lif

Front Desk

Tempat Menunggu

Suasana Padang Golf dari Fairway Restaurant

Pakej Seminar di Putrade Allsuites at RPGC Ipoh

Putrade Allsuites at RPGC Ipoh bukan sahaja menawarkan perkihdmatan bilik yang mewah dengan harga berpatutan, malah juga ada pakej seminar. Ada 2 jenis pakej seminar iaitu:

Full-day Meeting Package chargeable from RM85 Nett per pax

Termasuk:

  • Two (2) Coffee breaks and One (1) Buffet/Set Lunch
  • 8-hours function room usage from 9.00 am to 5.00 pm
  • Writing pads and pencils
  • Mineral water and mints
  • Standard Backdrop & Sinage
  • One (1) Headtable with Two (2) chairs
  • One (1) Registration table with Two (2) chairs
  • Complimentary usage of One (1) Whiteboard and One (1) Flipchart with markers
  • Complimentary usage of basic PA Systems with Rostrum and Microphone with White Screen
Half-day Meeting Package chargeable fromRM70 Nett per pax


Termasuk:

  •  One (1) Coffee breaks and One (1) Buffet/Set Lunch
  • 4-hours function room usage from 9.00 am to 1.00 pm or 1.00 pm to 5.00 pm
  • Writing pads and pencils
  • Mineral water and mints
  • Standard Backdrop & Sinag
  • One (1) Headtable with Two (2) chair
  • One (1) Registration table with Two (2) chairs
  • Complimentary usage of One (1) Whiteboard and One (1) Flipchart with markers
  • Complimentary usage of basic PA Systems with Rostrum and Microphone with White Screen
*Rates quoted above are subject upon minimum requirement for 10 pax

Tempat Wajib Singgah di Ipoh

Kalau korang nak tahu, banyak tempat menarik di sekitar atau berhampiran Putrade Allsuites at RPGC Ipoh yang korang boleh lawati. Antaranya ialah:

1. Lost World of Tambun (LWOT)
Taman tema air yang paling glamor di Ipoh. Rata-rata penduduk tempatan dan juga pelancong luar memang datang Ipoh wajib ke Lost World Of Tambun ni. Boleh masuk dari pagi hingga malam. Kali ni Marsha cuba masuk waktu malam. Memang best betul dan cantik sangat LWOT waktu malam.





2. Concubine Lane
Concubine Lane pun antara tempat wajib pergi. Banyak food street dan juga dekorasi di sepanjang jalan yang instaworthy. Kalau korang yang suka travel mesti seronok!

Dekorasi di Concubine Lane

Nak makan roti rainbow ni boleh ke Concubine Lane


3. Gunung Lang
Gunung Lang ni adalah salah satu taman rekreasi yang ada kat Ipoh ni. Dikelilingi bukit batu kapur yang cantik dan mempunyai tasik. Kita boleh ke seberang tasik dan mendekati beberapa haiwan yang di tempatkan di sana.

Gunung Lang | Ihsan Google


4. Pasar Karat
Kalau kat JB ada pasar karat, kat Ipoh pun ada. Pasar karat ni adalah pasar pagi yang rare sebab bermacam benda ada dijual kat sini. Nak cari duit lama? Preloved stroller atau katil bayi? Semua ada. Korang buat list dan cari pasti jumpa. Banyak barang-barang lama yang dijual masih elok. 


Lokasi Putrade Allsuites at RPGC Ipoh

Marsha tepek lokasi siap-siap supaya senang korang nak cari lokasi Putrade Allsuites at RPGC Ipoh ni.

Maklumat Lanjut

Hubungi:

c/o: Royal Perak Golf Club,
Jalan Sultan Azlan Shah,
31400 Ipoh,
Perak

Tel: +605 238 0022
Fax: +605 238 0021


Website | Facebook| Instagram | Email


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

1 Comments

  1. Menarik jugak putrade ni. Cantik tempat dia. Marina pon baru perasan tempat ni open to public

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us