The Shore Oceanarium Melaka Sesuai Untuk Sesi Pembelajaran Anak-Anak Cuti Sekolah

Assalamualaikum


Cuti sekolah memang dinantikan oleh semua tak kiralah ibu bapa atau anak-anak. Sebab masa ni lah kita akan spend family time bersama. Anak-anak pun dah automatik faham kalau cuti sekolah tu masa dorang untuk jalan-jalan la kan...hihi. Haa...tengah cuti sekolah ni korang kemana? Mesti pelbagai tempat kan korang pergi. Ada bercuti dalam dan luar negara. Kalau kat feed FB dan IG Marsha memang penuh dengan kawan-kawan bercuti bawa anak-anak. Seronok sangat tengok.

Percutian Marsha bermula dengan join Upin Ipin Fun Run di Melaka. Dah lama dah daftar dan memang niat nak bercuti ke Melaka skali. Tapi tak kan lah nak semata untuk Upin Ipin Fun Run kan? Ada lagi satu list iaitu Karnival Upin Ipin tapi sehari pun boleh habis. Setelah survey-survey tempat yang belum Marsha sekeluarga sampai lagi di Melaka ni, Marsha tertarik dengan tarikan yang agak baru bagi Marsha di Melaka iaitu The Shore Oceanarium. Nampaknya macam ala-ala Aquaria KLCC gitu. Menarik tak The Shore Oceanarium Melaka ni? Jom | The Shore Oceanarium Melaka Sesuai Untuk Sesi Pembelajaran Anak-Anak Cuti Sekolah


The Shore Oceanarium Melaka Sesuai Untuk Sesi Pembelajaran Anak-Anak Cuti Sekolah

The Shore Oceanarium Melaka ini adalah kiranya antara tarikan terbaru di Melaka. Warga Melaka mesti rasa dah agak lama tapi buat pelancong luar Melaka seperti Marsha ni memang agak baru sebab belum pernah masuk lagi...hihi.

The Shore Oceanarium  terletak di tingkat 2, Pusat Membeli-belah The Shore, tepat di tengah-tengah kota bersejarah Melaka, Tapak Warisan Dunia UNESCO di Malaysia. Perjalanan interaktif yang luar biasa untuk mempelajari ekosistem bumi dan membolehkan kita menemui haiwan dari darat ke laut.

Sebagai destinasi pelawat utama Melaka dan tarikan utama hiburan, The Shore Oceanarium tidak dapat dinafikan sebagai tempat yang wajib ada dalam itineary kita bila ke Melaka. Beberapa jam yang dihabiskan di The Shore Oceanarium Melaka akan menjadi pendidikan kerana ia menyeronokkan dan mudah diingati.



The Shore Oceanarium Melaka mempunyai zon interaktif kami yang PERTAMA DI MALAYSIA dilengkapi dengan "Magical Vacum Aquarium / MVA Aquarium".

The Shore Oceanarium juga adalah  Aquarium Pertama di Malaysia membawa  pengalaman 3D semasa berada disini. Dengan cermin mata 3-D korang akan dapat mempunyai "Like Real Vision" di tempat yang berbeza, spesies. Seperti yang anda boleh lihat Pokok Bakau di Sungai Melaka, Hutan Hujan Pahang, dan Sungai Perak dalam 3D, batu fosil dalam 3D, dan beberapa spesies ikan yang sudah pupus dalam paparan papan cahaya 3D. Korang juga boleh menonton filem 3D "Pengembaraan Turtle" dengan Pengalaman Enhanched 3D dengan Wind, Bubble, Smoke, Lightning serta banyak kesan lain dan menyertai penyu laut dalam perjalanan pengembaraan mereka di laut (* * Terma & Syarat )

Harga Tiket

Harga tiket The Shore Oceanarium Melaka 2019 adalah seperti dibawah tau. Untuk dapatkan harga special bawa IC tau untuk rakyat tempatan.

Harga Tiket ( Untuk rakyat tempatan bawa IC untuk harga special)

Pengalaman Marsha Sekeluarga Meneroka Keseluruhan The Shore Oceanarium Melaka

Ini adalah pengalaman kedua Marsha menerokai haiwan-haiwan laut terutamanya selepas Aquaria KLCC. Sebelum masuk, Marsha ada sedikit teka-teki samada best ke tak The Shore Ocenarium Melaka ni. Memang setakat ni hanya Aquaria KLCC je yang ada macam ni kan.

Bila masuk tempat pertama yang kitaorang lawat ialah Interactive Touch Pool dimana kita boleh 'bermesra' dengan beberapa haiwan laut seperti timun laut, landak laut, tapak sulaiman dan juga 'bamboo shark'. Marsha sendiri memberanikan diri untuk memegang 'bamboo shark' dan ianya success!!

Sebenarnya The Shore Oceanarium Melaka ini mempunyai beberapa bahagian yang memberikan pengalaman yang berbeza-beza. Antaranya ialah selain dari Interactive Touch Pool:

1. Magic Aquarium - Magical Vacum Aquarium (MVA Aquarium)
👉 Di bahagian ini, Marsha berpeluang bermesra dengan spesis ikan yang berada dalam akuarium. Yang magic nya...bentuk akuarium yang membolehkan ikan keluar bermesra dengan kita. Haa korang tengoklah sendiri kat sana nanti.



2. Jungle Quest
👉 Kat sini ditempatkan haiwan-haiwan lain selain haiwan laut seperti ular. labah-labah, katak dan banyak lagi. Kebanyakannya adalah reptilia.



3. Ocean Journey
👉 Ini bahagian yang Marsha paling suka. Ibarat kita berada sekali dalam akuarium sebab pelbagai spesis ikan ada disekeliling. Meskipun ikan-ikan ada yang berada dalam akuarium.  Pelbagai spesis yang Marsha belum pernah lihat pun ada. Ikan nemo dan dory yang dalam kartun pun ada tau!





4. Ocean Theatre
👉 Kat sini adalah akuarium besar yang kita boleh tengok pelbagai spesis ikan diletakkan bersama-sama. Marsha beruntung boleh tengok show penyelam memberi makan pada ikan-ikan. Besar ikan kerapu dalam tu!



5. Shark Quest
👉 Ini adalah kawasan Zon semua tentang jerung, belajar tentang anatomi , fakta menarik mengenai jerung, menonton klip video pendek tentang perlindungan jerung. Juga Marsha snap foto dengan saiz hidup replika  Megalodon Jaw & Greatwhite . Kat sini ada Virtual Shark Cage..jom lah cuba.





6. 8 in 1 3D Motion Experience
👉  Ini pula adalah pakej tambahan yang korang perlu bayar secara tambahan. Pengalaman 3D dunia sebenar yang korang boleh rasa.  Bermula pada Jun 2015, pihak pengurusan telah mendapatkan hak cipta filem dokumentari "Pengembaraan Penyu" dalam HD 3D untuk dimainkan di Oceanarium. Kini filem 3D Dokumentari ini telah menaik taraf lagi ke 3D Plus Cinematic Enhanced Experience dengan kesan khas .(** Terma & Syarat Terapkan)




7. Sea Shells Museum
👉  Kalau korang nak tahu, kat sini ada lebih 100 jenis 'sea shells' tau. Bermacam jenis dan semuanya cantik-cantik. Kat sini kita boleh mengetahui fakta-fakta tentang jenis sea shells ni.




8. River Story
👉 Pelbagai spesis ikan diletakkan dalam satu akuarium yang berbentuk silinder dan berenang mengelilingi. Sangat cantik. Di bahagian ini kita  mempelajari semua ekosistem sungai di seluruh dunia yang mempamerkan spesies ikan yang berlainan di rantau sungai yang berlainan: Sungai India, Sungai China Sungai, Sungai Australia, Danau Malawi & sebagainya. Subseksyen yang lebih besar di sini adalah Ekosistem Malaysia, di mana spesies ikan asli di negara kita akan dipamerkan di sini.



9. Dangerous Marine Species
👉 Bahagian ini memaparkan pelbagai spesis yang sebenarnya amat berbahaya. Antaranya seperti ikan batu, Belut Moray dan Lionfish.

10. Living Fossil
👉 Kat sini dipamerkan beberapa spesis yang dipercayai telah hidup dari zaman dahulu kala dia punya nenek moyang. Antaranya ialah belangkas dan juga ikan Sturgeon.

11. Fun Freakish
👉 Dekat bahagian ni ada pelbagai spesis yang pelik-pelik seperti obor-obor, kuda laut dan banyak lagi.

12. Kampung Penyu
👉 The Shore Oceanarium telah bekerjasama dengan Jabatan Perikanan Malaysia untuk mendidik & mewujudkan kesedaran mengenai perlindungan penyu laut. Pengunjung boleh menonton dokumentari pendidikan mengenai penyu laut "Pengembaraan Turtle dalam 8 IN 1 Kesan 3D CINEMA PLUS Theatre.

13. Augmented Reality Hall (Tarikan Baru)
👉 Ini lebih kepada bahagian kita boleh bergambar dengan ala-ala real punya haiwan laut. Boleh juga shoot video kat sini. Menarik!




Kiranya ada 14 bahagian yang memberikan pengalaman yang berbeza-beza. Marsha rasa seronok sangat. Lagi seronok bila Marsha tengok anak-anak Marsha seronok. Tufael yang umur 8 bulan tu pun asyik je tengok ikan-ikan dalam aquarium tau!

Kalau nak cerita satu persatu ni mungkin akan bagi 'less suprise' kat korang kan? Jadi Marsha tak kan cerita secara detail nanti korang dah tau semua tak best la kan? Takut tak habis sampai esok Marsha story.  Jadi Marsha story je serba sedikit pengalaman Marsha kat sini okay? Ok jom layan simple video Marsha ni



Bagi Marsha, The Shore Ocenarium Melaka ini sangat sesuai untuk pembelajaran anak-anak. Kalau korang nak tahu kat sini ada game tau. Korang boleh ambil cop disetiap bahagian dan akan dapat souvenir dari The Shore Oceanarium Melaka. Best kan?

Lokasi The Shore Oceanarium Melaka

Tak perlu dah nak susah-susah. Korang klik je map kat bawah ni dan akan terus dibawa ke The Shore Oceanarium Melaka.





Maklumat Lanjut

Website | Facebook | Instagram



Alamat:
2F-01, Galeri Membeli-belah Shore, 
193, Pinggiran @ Sungai Melaka, 
Jalan Persisiran Bunga Raya, 
75100 Melaka, 
Malaysia

Tel: 
+ 606-2829966 Faks: + 606-2831003

E-mel: 
Info: oceanariummelaka@gmail.com 
Jualan & Pemasaran: sales1.oceanariummelaka@gmail.com

Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

6 Comments

  1. waalaikumussalam. waaaaaaaaaaaaaaa bestnya. tapi jauh lak dari kedah nak pi ke melaka :(

    ReplyDelete
  2. Best ni. Kena masuk dlm list jalan2 nnt. Tq share pengalaman bercuti.

    Comment by Jawatan Kosong

    ReplyDelete
  3. tengok ramai yang pergi sini... tarikan baru di Melaka ehh Marsha?

    ReplyDelete
  4. Ana dah masuk sini awal tahun lalu. Memang best utk anak2.

    ReplyDelete
  5. bestlah tempat macam ni.. salam singgah.. dlu pergi melaka xsempat ke sini lagi. ;)

    ReplyDelete
  6. bole la isi msa lapang bsama anak2 cuti skolah ni bosan sgt klu rumah..hihi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us