Assalamualaikum
Hari minggu adalah hari berehat untuk yang cuti pada hari minggu. Pada hari minggu ni lah kita tercari-cari tempat untuk kita release stress dan luangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Marsha pun sama. Dapat bercuti dekat-dekat pun dah ok. Jadi last weekend, Marsha bercuti kat Ipoh je dan menginap di hotel 4 bintang di pekan Ipoh. Hotel ni memang dalam 'wishlist' Marsha bila tengok review best-best. Nak tau hotel mana? Haa...sebelum Marsha reveal nama hotel, meh Marsha bagi klu dulu. Hotel ni bersebelahan mall dan sangat strategik kedudukannya. Memang menginap kat sana tak perlu nak drive dah kecuali nak melawat tempat-tempat menarik. Macam Marsha yang memang dah orang Ipoh ni memang stay je la kat hotel.
Jadi kali ni Marsha nak share pengalaman Marsha sekeluarga menginap di WEIL Hotel. WEIL Hotel adalah antara hotel terkenal di Ipoh dengan kedudukan yang strategik, cozy, staff yang polite serta makanan yang sedap. Sebelum ni Marsha pernah buffet lunch kat WEIL Hotel last year dan masakan itik dia memang WIN!! Ok jom lah baca sharing Marsha | WEIL Hotel | Hotel Selesa & Makan Sedap
WEIL Hotel | Hotel Selesa & Makan Sedap
Plan Marsha untuk staycation kali ni kami sekeluarga fokus di hotel sahaja dan tak keluar kemana-mana. Maksudnya berakfast, hi-tea, lunch dan dinner semuanya di hotel. Biasanya kami ada juga makan dekat luar. Tetapi disebabkan kali ni staycation kat Ipoh jadi kami decide nak makan di hotel.
2 Tema Bilik di WEIL Hotel
Kalau korang nak tahu, WEIL Hotel menawarkan 2 konsep tema bilik iaitu Standard Room & Concept Room. Jumlah bilik yang ditawarkan pula ialah sebanyak 313 buah bilik dengan pelbagai jenis bilik. Jom kita tengok bilik apa yang ditawarkan di WEIL Hotel:
Standard Room
- Superior
- Deluxe
- Premier
- Studio
- Junior Suite
- Executive Suites
- Presidential Suite
Concept Room
- Telegraph
- Miners
- Brewster
- Summer Bliss
- Cozy
- Studio
- Suite
Untuk staycation Marsha dan family pada kali ini, kami memilih standard room - premier. Bilik yang sesuai untuk family kecil Marsha. Bilik yang mempunyai kemudahan katil saiz King, dan ditambah dengan extra bed serta baby cot. Paling best kita dapat menikmati view pekan Ipoh terus melalui bilik.
Memang best! Kemudahan bilik yang lain pula korang boleh tengok gambar kat bawah ni.
Memang best! Kemudahan bilik yang lain pula korang boleh tengok gambar kat bawah ni.
Jadi Marsha check in pada hari Jumaat lepas 13.02.2020 - 15.02.2020 ( 3 hari 2 malam) . Alkisahnya pula lupa sangat 14.02.2020 pula tarikh Valentine Day. Memang seronok lah Marsha sambut bersama encik suami sekali...hihi.
Usai proses 'check in' yang sangat smooth dengan staff yang friendly, Marsha terus masuk ke bilik untuk letak lugage dan barang-barang. Sangat suprise bila masuk rupanya bilik sangat cozy, luas dan paling penting ada bath tub yang kita boleh pantau anak-anak mandi dari katil.
Jadi Baihaqi boleh la layan mandi bath tub dengan pantauan Marsha sambil jaga Tufael...hihi.

Hi Tea di Tea Lounge
Marsha berkesempatan mencuba Hi-Tea di Tea Lounge. Masa menjejakkan kaki ke Tea Lounge ni rasa teruja sangat. Dengan susun atur perabot, dengan muziknya yang beralun merdu. Oh ya Tea Lounge ni terletak di Tingkat 1.Bila dapat menu, Marsha tertarik dengan Hi-Tea 3 Tier Valentine Set. Kebetulan pula tengah promo Hi-Tea 3 Tier Valentine Set RM39/person. Jadi Marsha reward anak-anak dengan set Hi-Tea 3 Tier Valentine Set ni. Jadi set ni datang bersama 2 jenis teh atau kopi. Marsha memilih Berry Tea & Chamomile Tea untuk kami.
Menu yang ada pada setiap tier pula berbeza. Nak tahu menu setiap tier boleh tengok gambar tau. Tapi memang serius sedap! Puas hati kenyang kami petang tu...hihi.
Valentine's Day Dinner Buffet & Breakfast Buffet di TIFFIN
Kebetulan dengan sambutan hari kekasih atau Valentine's Day, Marsha sekeluarga sempat mencuba Valentine's Dinner Buffet di TIFFIN. Menu dia sangat banyak dan sangat pelbagai. Memang berbaloi dengan harga. Menu yang mewah sesuai untuk sambutan hari kekasih. Bila masuk TIFFIN, rasa teruja sebab hiasannya penuh dengan suasana romantik. Dekorasi yang cantik sesuai dengan Valentine's Dinner Buffet. Dekorasi memang lain dari yang biasa.
Antara menu yang 'rare' ialah muscle, oyster juga hidangan itik yang menjadi kegemaran Marsha di WEIL Hotel ni. Satu lagi menu rare ialah Kimchi Soup Noodle. Buat peminat makanan Korea memang sedap sangat. Suami dan anak-anak pun berpuas hati makan dengan layanan mesra dari staff. Makanan memang terbaik!
Complimentary breakfast untuk bilik kami juga breakfast dekat TIFFIN ni untuk 2 hari. Menu dia tak payah cakap lah memang banyak dan pelbagai. Ada nasi lemak, nasi goreng, mihun / mee sup , dessert dan juga buah-buahan. Paling best bila dapat makan roti canai kegemaran yang fresh ditebar oleh chef sendiri. Bukan roti canai yang frozen punya. Puas hati makan.

Lunch di YUK SOU HIN Chinese Restaurant
Semasa staycation dekat WEIL Hotel, Marsha dan family juga berkesempatan mencuba menu makanan cina di Yuk Sou Hin Chinese Restaurant ( Pork free Restaurant) . Kalau korang memang peminat makanan cina memang sangat recommended. Sebenarnya di sini menawarkan menu Dim Sum dan juga Fine Dining. Marsha sempat mencuba menu Dim Sum je sebab dah kekenyangan..hihi.
Menu Dim Sum sangat menepati selera Marsha sekeluarga. Paling Marsha suka ialah Chee Cheong Fun. Akhirnya di Yuk Sou Hin Chinese Restaurant Marsha jumpa Chee Cheong Fun kegemaran Marsha. Marsha mencuba Chicken Chee Cheong Fun dan Prawn Chee Cheong Fun. Keduanya sedap. Jadi pencarian Chee Cheong Fun tersedap di Ipoh telah tamat dan ianya berada di Yuk Sou Hin Chinese Restaurant. Jadi korang wajib try tau!

Fine Dining di THE DECK
Malam kedua kami di WEIL Hotel, kami berkesempatan mencuba fine dining di The Deck. The Deck ini terletak di roof top WEIL Hotel. Apa yang menarik kat The Deck?
The Deck beroperasi dari jam 5 petang hingga 12 malam. Lokasi The Deck ialah bersebelahan dengan Infinity Pool. Ada dua tempat di The Deck yang kita boleh menjamu selera iaitu di dalam The Deck ataupun di bahagian luar mengadap Infinity Pool. So, Marsha sekeluarga pilih bahagian luar senang anak-anak nak explore.
Suasana Malam Yang Indah

Hidangan Fine Dining 5 Star
Hidangan kami di The Deck pada malam kedua ni ialah hidangan 'fine dining'. Dimulai dengan Welcome Bread & Mojito Drink, pembuka selera Cauliflower Soup, hidangan utama Roasted Duck Breast & Baramundi Fillet with Orange Sauce. Kemudia akhir sekali kami dihidang dengan dessert yang sangat sedap iaitu Calamansi Asam Boi Sorbet, Green Tea Creme Brulee dan English Triffle.
Korang memang kena cuba makanan di The Deck ni. Marsha bagi 5 star untuk view dan makanan di The Deck at WEIL Hotel.
Korang memang kena cuba makanan di The Deck ni. Marsha bagi 5 star untuk view dan makanan di The Deck at WEIL Hotel.
Infinity Pool
Kalau menginap di hotel, pool adalah keutamaan Marsha sekeluarga. Memang kalau staycation memang kami akan cari hotel yang mempunyai swimming pool. Sebab anak-anak suka. WEIL Hotel mempunyai Infinity Pool. Memang sambil mandi kita boleh tengok view saujana mata memandang seluruh pekan Ipoh. Lawa sangat! Walaupun Infinity Pool ini hanya sediakan 1 jenis pool sahaja, iaitu kedalaman 1.2m tapi anak-anak seronok mandi.
Kemudahan tuala untuk pelanggan yang menginap disediakan oleh pihak Weil Hotel. Jadi korang tak perlu risau tentang tuala. Oh ya, toilet di Infinity Pool pun sangat bersih. Boleh mandi dan menukar pakaian.

Lokasi WEIL Hotel
Lokasi WEIL Hotel sangat strategik. Buat korang yang nak habiskan masa dekat hotel macam Marsha ni memang best. Lokasi WEIL Hotel bersebelahan Ipoh Parade Mall dan di tengah-tengah pekan Ipoh. Jadi korang boleh tengok wayang, shopping dan juga main boling di Ipoh Parade Mall.
Kalau nak senang klik je location kat bawah ni..terus sampai
Kalau nak senang klik je location kat bawah ni..terus sampai
Nak Repeat Lagi di WEIL Hotel
Serius! Kalau korang tanya mesti Marsha akan jawab nak repeat lagi staycation kat WEIL Hotel ni. Pengalaman staycation yang sangat best dan mesti termimpi-mimpi. Nasib baik kat Ipoh je...hihi. Jom layan video Marsha.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk detail dibawah:
Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk detail dibawah:
WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
10 Comments
menarik hotelnya..wah suka la tu sambut sekali sambil holiday dengan anak2. anak2 pun seronok dpt jalan2..
ReplyDeleteAdui seronoknya dapat cuba pelbagai jenis makanan. Elegan makanannya.
ReplyDeletebestnye. the hotel looks so nice. semoga ray pun ade rezeki untuk cuba stay kt sini. aamiin
ReplyDeletepool tu betul2 menggoda..
ReplyDeletejemput join giveaway mama ye marsha
Mrs. A pun kalau check in hotel mesti nak ada pool jugak sebab anak-anak memang keutamaan mereka nak mandi pool.
ReplyDeleteZaza pun tak pernah jejak lagi ipoh.. Moga suatu masa nanti dpt pergi dan bolehlah ke sini
ReplyDeleteBestnyaa kak. Seronok habis tengok akak share semua ni. One day nak kesana, mmg rujuk entry akak jelah heheh
ReplyDeleteKalau ade rzki ke sana boleh stay hotel ni nanti. Makanan best. View pun cantikkk
ReplyDeleteduk lalu lalang je depan hotel.. nak overnight dah rumah mertua dekat situ tapi klau ada nak sponsor ok gak.. hihihi cantik dan bestnya hotwl WEIL ni.. makanan pun cantik
ReplyDeleteWalaupun orang ipoh, ada juga nama2 hot yang kita tak tau. Hehe
ReplyDeleteApa apa pun nampak memang best.
Harga okay tak kak?
Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)