Assalamualaikum
Perintah Kawalan Pergerakan dah memasuki hari ke 10. Kerajaan sangat memandang serius kerana dengan cara ini sahaja untuk memutuskan rangkaian Covid-19 ini. Walaupun ianya semestinya untuk kebaikan bersama, namun ramai juga yang terkesan bila PKP ini berjalan. Antaranya pekerja-pekerja kecil yang bekerja di sektor yang bukan 'essential service' juga yang kerja sendiri seperti menjual makanan. Bila PKP ini berlangsung, pendapatan untuk golongan ini tiada atau terhad. Bukan sahaja golongan ini sahaja yang terjejas malah ada lagi yang lain terjejas.
Memahami dengan permasalahan ini, Perdana Menteri kita TSMY, Tan Sri Muhyidin Yassin telah bermesyuarat dan membuat pemgumuman penting jam 3 petang tadi di saluran televisyen negara. Menurut beliau, untuk Pakej Rancangan Ekonomi Prihatin Rakyat ini tiada siapa yang terkecuali menikmati pakej ini. Jadi apa yang terkandung dalam Pakej Rancangan Ekonomi Prihatin Rakyat ini?
Covid-19 | Pakej Rancangan Ekonomi Prihatin Rakyat
Seperti yang diterangkan awal tadi Pakej Rancangan Ekonomi Prihatin Rakyat ini tidak mengecualikan sesiapa pun. Bermakna semua akan merasai Pakej Rancangan Ekonomi Prihatin Rakyat ini. Jadi jom kita tengok kandungan Pakej Rancangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang telah diumumkan oleh TSMY yang membuatkan rakyat menarik nafas kelegaan iaitu elaun khas dan juga bayaran khas.
Ihsan : RTM |
1. Dalam pakej rangsangan ekonomi yang pertama, Kerajaan telah
bersetuju memberikan elaun khas kepada doktor, jururawat dan
kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam
pengurusan dan pembendungan wabak ini. Saya sedar dalam
situasi getir pada waktu ini, kakitangan kesihatan kita sedang
bekerja bertungkus lumus dalam keletihan dan keadaan yang
agak tertekan. Namun mereka terus cekal berjuang
mengharungi cabaran yang hebat ini.
Sebagai menghargai pengorbanan mereka, Kerajaan akan
meningkatkan elaun khas yang diterima daripada RM400
kepada RM600 sebulan mulai 1 April 2020 sehingga wabak ini
berakhir. Pada masa yang sama, Kerajaan juga bersetuju
memanjangkan elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada
4
anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan
Pertahanan Awam serta anggota RELA yang terlibat secara
langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.
Elaun ini juga akan dibayar mulai 1 April 2020 sehingga wabak
COVID-19 berakhir. Dianggarkan seramai 169,000 kakitangan
tambahan akan mendapat manfaat ini.
2. Pemberian tunai secara one-off dengan
peruntukan hampir RM10 bilion, dan buat pertama kalinya akan
disalurkan juga kepada kumpulan M40. Mereka ini termasuk
pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil
dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah. Jumlah bayaran yang akan dibuat ialah:
- Pertama: RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
- Kedua: RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
- Ketiga: RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
- Keempat: RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.
3. Baki pemberian tunai di bawah program Bantuan
Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada
bulan Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion.
4. Para pelajar institusi pengajian
tinggi juga akan menerima bantuan secara one-off
sebanyak RM200 seorang yang akan dibayar pada bulan Mei
2020.
Sebenarnya banyak lagi kandungan Pakej Rancangan Ekonomi Prihatin Rakyat ini tapi untuk kali ini Marsha 'highlight' kan dengan elaun dan juga pemberian tunai. Bak kata TSMY, Makcik Kiah boleh tersenyum sedikit bila dengar kiraan beliau.
Alhamdulillah dengan bantuan dari kerajaan ini dan diharapkan ia juga dapat membantu yang terjejas teruk kesan dari Covid-19 ini. Sama-sama kita berdoa moga Covid-19 ini dapat dihapuskan...Aaamin. Jangan lupa Stay ATt Home seperti saranan TSMY kita! Jom sama-sama berganding bahu!
Alhamdulillah dengan bantuan dari kerajaan ini dan diharapkan ia juga dapat membantu yang terjejas teruk kesan dari Covid-19 ini. Sama-sama kita berdoa moga Covid-19 ini dapat dihapuskan...Aaamin. Jangan lupa Stay ATt Home seperti saranan TSMY kita! Jom sama-sama berganding bahu!
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
1 Comments
i hope this is not just all talk but i believe our PM try his best to help everyone.
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)