Argania Baby | Produk Bayi Mengandungi Prebiotic

Assalamualaikum

Bayi mempunyai kulit lembut dan juga agak sensitif. Tak semua produk yang digunakan oleh orang dewasa sesuai juga untuk bayi. Ini kerana kulit bayi mempunyai struktur kulit baru yang sangat berbeza dengan kulit kanak-kanak dan juga orang dewasa. Kemungkinan juga ada bayi yang mempunyai kulit yang teramat sensitif. Itu adalah salah satu sebab mengapa kita kena guna produk yang dikhaskan untuk bayi supaya kulit bayi tidak mendapat keradangan dan rumusan lebih lembut.

Sehubungan dengan itu, Argania HQ yang dikenali dengan pengeluar produk kulit dan kecantikan diri mula mengeluarkan produk baru iaitu Argania Baby. Ia dirumuskhas untuk kulit bayi yang sensitif. Paling best yang dewasa pun boleh guna. Kira macam all in one dari bayi hingga dewasa boleh guna. Jom kita kenal lebih dekat dengan produk baru Argania Baby | Produk Bayi Mengandungi Prebiotic.



Argania Baby | Produk Bayi Mengandungi Prebiotic

Argania Baby ini dihasilkan oleh salah satu syarikat pembuatan penjagaan kulit tertua yang lebih 40 tahun!, iaitu ArganiaHQ. Jenama Argania adalah mengenai penggunaan produk semulajadi dan memfokuskan Argan Oil yang kaya dengan Vitamin E dan asid lemak untuk memelihara dan memperbaiki keadaan kulit.



3 Produk Argania Baby


ArganiaHQ telah memperkenalkan 3 produk Argania Baby yang baru iaitu Natural Irritable Skin Cream, Natural Soothing Moisturizers dan Top To Toe Skin Solution. Kali pertama juga Marsha dengar produk bayi yang mengandungi prebiotik ataupun bakteria baik. Memang suprise sangat dengan R&D ArganiaHQ ini.

Apa itu Prebiotik?


  • Merangsang organisma yang mesra, manakala organisma berbahaya dikurangkan
  • Prebiotik kuat yang meningkatkan pertumbuhan organisma kulit yang mesra, tanpa rangsangan bakteria berbahaya
  • Sesuai dan selamat untuk individu hypo alergi dan sensitif
  • Inulin dan Alpha-glucan Oligosaccharide
  • Buat organisma mesra yang lebih kuat terhadap perubahan penting dalam keseimbangan kulit dan untuk mengurangkan penceroboh yang berbahaya.

1. Natural Irritable Skin Cream ( 20 gram )



Krim yang dirumuskhas untuk kulit bayi dan juga ia sangat sesuai untuk kulit sensitif. Selain itu juga, ia
  • Sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa
  • BEBAS Paraffin, Paraben dan Phenoxyethanol 
  • pH SEIMBANG

Cara Penggunaan:


Sapukan krim di kawasan yang terjejas terutamanya di kawasan sendi untuk memastikan kulit kelihatan sihat. Untuk kegunaan luar sahaja. Simpan di bawah 30 C, 86 F


Manafaat:


  • Bantu melegakan kulit merah, kering dan gatal
  • Membantu mengekalkan kulit terhidrat, dilembapkan, dan dikekalkan
  • Kurangkan kerengsaan bertindak.

Kandungan:

Aqua, Cetearyl Alcohol, Ceteareth-24, Isopropyl Myristate, 1,2-Hexanediol, Stearic acid, Glyceryl Monostearate, Polysorbate 20, Cetyl Alcohol, Oleic Acid, Sorbitan Monooleate, Argania Spinosa Kernel Oil, Butylene Glycol, Oenothera Biennis (Evening Primrose) Seed Extract, Rehmannia Chinensis RootExtract, Prunus Persica (Peach) Leaf Extract, Phellodendron Amurense Bark Extract, Algae Extract, Houttuynia Cordata Extract, Hibiscus Esculentus Fruit Extract, Cynara Scolymus (Artichoke) Leaf Extract, Citrus Junos Fruit Extract, Dimethicone, Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract, Caprylyl Glycol, Carbomer, Triethanolamine, Salvia Sclarea (Clary) Oil, Tocopheryl Acetate, Tetrasodium EDTA, Avena Sativa (Oat) Kernel Extract.


2. Argania Baby - Natural Soothing Moisturizers (100 gram)



  • Untuk kulit sensitif
  • Sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa
  • BEBAS Paraffin, Paraben dan Phenoxyethanol 
  • pH SEIMBANG. 

Cara Penggunaan:

Gunakan pelembap yang melegakan semulajadi di seluruh badan supaya kulit kelihatan sihat. Untuk kegunaan luar sahaja. Simpan di bawah 30 C.


Manafaat:

• Menyembuhkan dan mengembalikan kandungan lembapan semula jadi kulit
• Anti-radang yang kuat
• Hebat untuk jenis kulit sensitif dan rawan jerawat

Kandungan:


Aqua, Cetearyl Olivate, Sorbitan Olivate, Glycerin, Cocos Nucifera (Coconut) Oil, Cetyl Alcohol, Macadamia Ternifolia Seed Oil, Caprylic/Capric Triglycerides, Cetearyl Alcohol, Olea Europaea (Olive) Oil, Sodium Benzoate, Glyceryl Monostearat, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Vanilla Planifolia (Vanilla) Oil, Xantham Gum, Caprylyl Glycol, Extract-Honey, Butylene Glycol, Tocopheryl Acetate, Centella Asiatica Extract, Polygonum Cuspidatum Root Extract, Scutellaria Baicalensis Root Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract, Glycyrrhza Glabra (Licorice) Root Extract, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract.


3. Top to Toe Skin Solution ( 250ml )



  • Untuk kulit sensitif
  • Sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa
  • BEBAS Paraffin, Paraben dan Phenoxyethanol dan pH SEIMBANG
  • Ia tidak menggunakan bahan-bahan berasaskan minyak yang murah, kasar dan berasaskan petroleum yang boleh buih dengan baik tetapi boleh menjengkelkan dan mengering ke kulit

Cara Penggunaan:

Pam Top Toe kami ke tangan anda, sapu atau kain lap dan letakkan pada rambut basah, muka dan bilas. Untuk kegunaan luar sahaja. Simpan di bawah 30C. Jika produk masuk ke dalam mata, hanya basuh dengan
air.

Manafaat:

• Bertindak sebagai anti-perengsa dan antioksidan untuk kulit bayi .
• Anti-radang
• Membantu melembapkan dan menenangkan kulit

Kandungan Aktif:


Ekstrak Kernel Avena Sativa (Oat):
• Keadaan anti-perengsaan dan antioksidan yang unggul
• Anti-radang, pelembab dan sifat menenangkan pada kulit
• Komponen aktif anti-perengsa telah dikenalpasti sebagai Avenanthramides
- Analog Tranilast, yang merupakan antihistamin kuat
- Avenanthramides dengan ketara dapat menyekat histamin.

Kandungan: 


Aqua, Coco Glucoside, Decyl Glucoside, Cocamidopropyl Betaine, Disodium Cocoyl Glutamate, PEG-150 Distearate, Polysorbate 20, Citric Acid, Glycol Distearate, Coco Glucoside, Glyceryl Oleate, Sodium Benzoate, Fragrance, Caprylyl Glycol, Saccharide Isomerate, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Butylene Glycol, Tocopheryl Acetate, Sodium Citrate, Avena Sativa (Oat) Kernel Extract.

Hebat kan 3 produk Argania Baby ni? Bau dia wangi dan tekstur dia lembut. Memang sesuai untuk kulit bayi. Sebab ia sesuai juga untuk dewasa Marsha cuba lah juga....hihi. Mana aci baby je lembut kulit kan...hihi.

Maklumat Lanjut


Website | Facebook | Instagram


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

1 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us