Jack ‘n Jill NIPS memperkenalkan NIPS Kurma hebat sebagai edisi khas Hari Raya

Assalamualaikum

Salam Ramadhan Kareem buat semua umat Islam tak kiralah dimana korang berada. Sebab Marsha tahu readers Marsha bukan hanya penduduk local Malaysia sahaja malah ada yang dari pelbagai negara. Di Malaysia kini sudah masuk hari ke 2 Ramadhan dan bermakna kita berpuasa dah masuk hari ke 2. Macamana persiapan Ramadhan korang semua? Mesti meriah juga kan walaupun PKP masih berjalan dan PM juga telah mengumumkan lanjutan PKP lagi 2 minggu sehingga 12 Mei 2020. Apa-apa pun moga yang terbaik untuk kita semua terutamanya frontliner's yang kini berkerja keras untuk menangani wabak pandemik yang kita tak nampak dengan mata kasar.

Kali ni Marsha nak kongsikan satu berita gembira buat peminat coklat diluar sana. Secara harafiahnya penggemar coklat ini tertakluk pada kanak-kanak tetapi ada juga orang dewasa yang menjadi penggemar coklat ni macam Marsha...hihi. Ok, kalau ke supermarket, mall, kedai runcit, stesen minyak atau kedai serbaneka mesti kita nampak coklat NIPS kan? Kita juga tahu yang coklat NIPS ini mempunyai banyak variasi perisanya. Kali ini, Jack ‘n Jill NIPS memperkenalkan variasi terbaru coklat NIPS edisi khas Hari Raya iaitu NIPS Kurma. Wah menarik betul! Buat penggemar kurma, memang tak boleh ketinggalan ni. Apa menarik dengan perisa baru NIPS Kurma edisi khas Hari Raya ni? | Jack ‘n Jill NIPS memperkenalkan NIPS Kurma hebat sebagai edisi khas Hari Raya


Jack ‘n Jill NIPS memperkenalkan NIPS Kurma hebat sebagai edisi khas Hari Raya


Jack ‘n Jill NIPS meraikan semangat perpaduan yang dikongsi bersama dengan perisa baharu edisi khas yang begitu sesuai bagi sambutan Hari Raya yang bakal tiba nanti. Jack ‘n Jill NIPS Kurma baharu ini akan memeriahkan lagi sambutan tahun ini dengan rasa coklat berperisa kurma lazat, disalut dengan kolongsong manis berwarna-warni. Jangan ketinggalan alami kehebatan gabungan rasa karamel manis dan kurma bersama coklat yang kaya setiap kali anda menikmati kehebatan berbilang warna ini. Pastinya, sambutan Hari Raya anda kali ini penuh dengan sensasi hebat bersamanya. 





Keenakan rasa kurma menambah lagi kelazatan kekayaan coklat susu yang tentunya sukar dilupakan. Kemeriahan yang diberikannya umpama sebuah pesta – dengan lapisan rangup yang penuh dengan kelazatan coklat dan kehebatan rasa buah. Dengan versi kurma ini, kini terdapat lima variasi Jack ‘n Jill NIPS dengan empat perisa sebelumnya terdiri daripada pilihan kesukaan ramai: Kacang, Kismis, Kacang dan Kismis, serta Cookies & Crème. 

Kempen yang diberi nama We’re All In Eid Together #EidWithNIPS telah melancarkan edisi baharu Jack ‘n Jill NIPS Kurma ini. “Memang mustahil untuk tidak memberikan perhatian terhadap wabak penyakit yang kini melanda seluruh dunia. Kami berharap NIPS Kurma dapat sedikit sebanyak meredakan perasaan resah serta mewarnakan waktu yang suram ini. Kami sememangnya inginkan semua pelanggan-pelanggan kami terus meraikan saat-saat gembira bersama yang tersayang sambil bergabung tenaga menangani wabak penyakit ini,” ujar Emmanuel B. Puno, Naib Presiden Kanan (SVP) URC Snack Foods Indonesia, Malaysia dan Singapura. 



“Dengan NIPS Kurma, kami ingin membawa kembali kemeriahan serta gelak ketawa kepada masyarakat, apa lagi menjelang Hari Raya ini. Hubungan mesra harus terus terjalin – tak kiralah jika hanya menerusi panggilan telefon atau melalui aktiviti yang boleh dikongsi bersama – sewaktu detik penjarakkan social ini. Kami harap kempen NIPS Kurma ini akan membawa kembali saat-saat indah yang sebelum ini dikongsi bersama bagi menguatkan lagi jalinan mesra yang akan membantu semua mengatasi segalanya,” kata Puno. 


Coklat memang begitu sesuai dikongsi bersama rakan-rakan dan keluarga untuk menyambut Hari Raya dan juga sewaktu bulan Ramadhan. Coklat memang antara elemen kegembiraan kan? NIPS Kurma sesuai sekali dihidangkan sebagai penghujung manis setiap hidangan perayaan ataupun selepas berbuka puasa. Memang sesuai jika ianya dikongsi bersama dengan semua yang makan semeja. 



“Kami sangat teruja kerana telah berjaya untuk menambah variasi NIPS serta mampu memberikan masyarakat Islam di Malaysia sesuatu yang unik untuk menyambut kemeriahan perayaan ini. Kami ingin memberikan perisa yang akan menambah lagi kelazatan coklat dan juga berkaitan kepada sambutan Hari Raya. Dengan ini, saya rasa kami telah berjaya mencari rasa buah yang secocok dengan perayaan yang akan menjelang, untuk digandingkan dengan coklat yang akan memberikan kepuasan kepada pelanggan kami.” Perisa NIPS Kurma ni dah berada di pasaran tau! Jadi apa tunggu lagi? Cepat-cepat grab untuk mengalami sensasi hebat NIPS Kurma edisi khas Hari Raya ni.



Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Jack ‘n Jill NIPS. Di musim perayaan ini, tambahan lagi kemeriahan Hari Raya dengan Jack ‘n Jill NIPS Kurma baharu. Ceriakan hari anda dengan warna dan kegembiraan yang diberikannya. Nikmatilah saat-saat mesra bersama mereka yang tersayang dengan kemanisan rasa Jack ‘n Jill NIPS Kurma. 


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

6 Comments

  1. Yaaa memang sedap kannn, dah cuba dah, lain dari yang lain..suka Nips kurma ni dari yang kacang tu,.

    ReplyDelete
  2. wah...perisa baru la. sllu makan yng coklat kacang je...jrg beli bnda lain sbb mmg suka kacang.hahaha..nti boleh la try beli..mesti sedap

    ReplyDelete
  3. Hai kaklong.. singgah sini ehehek!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us