Assalamualaikum
Ramadhan berbaki bereberapa hari sahaja lagi. Lepas tu kita akan menyambut Syawal dengan meriah walaupun masih dalam fasa PKP-B. Pergerakan agak terbatas dan masih dalam keadaan berjaga-jaga tetapi persiapan raya juga perlu diselesaikan supaya kita dapat menyambut hari raya dengan senyuman.
Kebanyakan diantara kita akan beraya diperantauan jauh dari keluarga. Begitu juga Marsha. Inilah kali pertama Marsha menyambut hari raya di perantauan bersama famili kecil Marsha. Walaupun pergerakan terbatas, persiapan raya juga masih boleh disediakan melalui pembelian online. Mudah dan cepat dan tak perlu beratur panjang serta menjimatkan masa. Lagi seronok bila berbelanja dan dapat pula 20% cashback, betul tak? Macamana nak dapat 20% cashback sambil berbelanja ni? Hanya berbelanja di PG Mall tau | Dapat 20% Cashback Bila Berbelanja di PG Mall dengan Maybank QRPay
Dapat 20% Cashback Bila Berbelanja di PG Mall dengan Maybank QRPay
Kali ni Marsha nak perkenalkan satu platform E-Dagang No 1 yang totally trusted dan menjadi pilihan pada masa kini oleh pembeli online iaitu PG Mall. Haa...mesti korang pernah dengar kan PG Mall ni. Kalau sebut je semua orang tahu dah PG Mall ni.
PG Mall ini merupakan platform e-dagang yang ditubuhkan sejak tahun 2017. Agak lama dah ia bertapak sebenarnya, dah 3 tahun dah. Ia juga adalah merupakan satu-satunya platform e-dagang tempatan yang menawarkan bukan sahaja produk-produk tempatan malah luar negara untuk kita membeli belah secara online. Menurut laporan iPriceinsight, PG Mall adalah online shopping mall Malaysia yang berada di tangga ke 3 teratas yang sering di kunjungi oleh pelanggan yang membeli secara online. Ia adalah kedai online rasmi yang memberi kita peluang untuk memiliki pelbagai pilihan produk dan barangan dari sekecil-kecil barangan runcit hinggalah sebesar-besar perabot dan tak lupa juga pelbagai keperluan dan gaya hidup masa kini. Korang search je kat PG Mall tu semua ada! Tak perlu risau.
Bayar Guna Maybank QRPay dan Dapat 20% Cashback
Kali ini PG Mall pula menyantuni pengguna Maybank. Marsha pasti ramai antara rakan pembaca Marsha mempunyai akaun dengan Maybank dan juga mempunyai aplikasi Maybank kan? Kali ni PG Mall datangkan kempen istmewa ini buat pengguna Maybank tau. Sambil berbelanja dapat lagi 20% cashback / diskaun . Jimat kan? Apakah terma dan syaratnya? Jom kita tengok terma dan syarat:
- Diskaun 20% terhad pada RM20 dengan perbelanjaan minimum RM30
- Penggunaan maksimum dua kali dalam tempoh kempen berlangsung.
- Tempoh promosi berlangsung dari 4 / 5 / 2020 hingga 26 / 6 /2020
- Durian runtuh: 2 kali x RM20 = RM40 setiap akaun Maybank untuk membeli di PGMall.
Refer Kawan dan dapat Cashback Selamanya - ConsuMerchant
PG Mall juga memperkenalkan kempen ala referral untuk korang. Tawaran pun sangat menarik. Hanya perlu kongsi link referral atau pautan kepada rakan-rakan korang. Setiap pendaftaran melalui pautan yang di share itu korang akan dapat cashback sehingga 3.5% selamanya. Wahhh biar betul! Ya ianya realiti.
Konsep Shop - Share - Earn
Konsep 'ConsuMerchant' ini sangat mudah dan ringkas. Korang hanya perlu lakukan 3 langkah iaitu shop - share - earn . Hanya dengan membuat pembelian peribadi di PG Mall, kongsikan pengalaman korang berbelanja dan korang akan dapat ganjaran setiap dari pembeli yang menggunakan pautan yang korang kongsikan. Malah, korang juga akan dapat ganjaran hasil belian peribadi juga. Ganjaran pulangan tunai dapat diperoleh setelah transaksi yang berjaya dibuat. Semakin banyak pautan rujukan yang dibelanjakan, semakin banyak wang tunai yang akan diperoleh oleh korang, di samping pulangan tunai yang diperoleh dari pembelian peribadi juga. Menarik kan?
Bila dah clear dengan perkongsian Marsha ni mesti korang terus buka web PG Mall kan. Rebutlah peluang membeli-belah di PG Mall untuk dapatkan 20% cashback yang berjumlah RM40!
Selamat berbelanja di www.pgmall.my !!
untuk info lanjut dan promosi terkini boleh lah layari mengikut maklumat dibawah:
Website : PG Mall MY
Facebook : PGMallofficial
Instagram : @pgmall.my
#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #MaybankQRPayCashback #Maybank2u #Maybank #ShopOnline # Shopfromhome
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
7 Comments
waalaikumussalam. wah best nya ^_^
ReplyDeletebagus juga PG mall ni.. mudah kan penjual dan pembeli
ReplyDeleteBestnye shopping kat pgmall dapat cashback
ReplyDeleteBest juga ye PGMall. Nanti nak sign up
ReplyDeleteLubuk shopping baru ni. Siap ada offer cashback 20% lagi. Nak bukakla PGMall sekarang
ReplyDeletebestnya shopping dapat cashback 👏🏻👏🏻👏🏻
ReplyDeleteMenarik pg mall nie
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)