Assalamualaikum
Salam 19 Ramadhan korang! Cepat je kan masa berlalu. Pejam celik tinggal beberapa hari je lagi nak meninggalkan Ramadhan yang akan selalu dirindui dan akan berjumpa Syawal pula. Tahun ni puasa dan raya lain rasa disebabkan terpaksa berada dirumah akibat dari serangan virus pandemik berbahaya iaitu Covid-19. Sepatutnya tahun ni raya kat belah Marsha tapi apakan daya PM dah umumkan pada perutusan 10 May lepas bahawa pergerakan rentas negeri sewaktu perayaan tidak dibenarkan. Nampaknya tahun ni tahun pertama kami beraya di rumah sendiri pada 1 Syawal. Setelah 13 tahun perkahwinan, kami tahun ni akan beraya dirumah sendiri. Nampaknya banyak persiapan yang akan dibuat dari segi kuih dan kek raya.
Korang dah mula buat persiapan kuih dan kek raya ke? Marsha hanya buat list je dulu....hihi. Dalam list Marsha ada menu kek sarang semut viral. Sebenarnya Marsha tak berani nak buat kek sarang semut sebabnya tengok agak complicated. Masalahnya ia adalah kek kegemaran Marsha. Nak tak nak kena cari resepi yang sesuai dengan Marsha yang tak suka renyah ni...hihi. Akhirnya Marsha jumpa juga resepi kek sarang semut tanpa perap dan terus test buat. Menjadi ke tak? Haa...jom lah | Resepi Kek Sarang Semut Tanpa Perap Yang Mudah dan Sedap
Resepi Kek Sarang Semut Tanpa Perap Yang Mudah dan Sedap
Marsha dapat resepi ni dari group masakan kat facebook. Lupa nama group tersebut cuma ada insan dalam group tu share Resepi Kek Sarang Semut Tanpa Perap Yang Mudah dan Sedap ni dan menjadi berongga 'sarang semut' tersebut. Buat Marsha tertarik lagi bila rujuk resepi semua bahan ada dirumah dan bahan-bahan sangat senang. Cuma Marsha tak follow betul-betul resepi sebab ikut keadaan yang ada lah kan. Alhamdulillah bab cara buat gula hangus tu Marsha dah boleh dikatakan expert sebab tu berani nak mencuba resepi ni. Siap suruh husband ke speedmart time tu juga untuk beli soda bikarbonat. Thank you LOVE!!
Kalau korang nak tahu, selain nama kek sarang semut juga ada nama lain juga tau. Antara nama lain ialah kek gula hangus dan juga kek gula perang. Resepi kali ni Marsha tak ada resepi kek gula hangus tanpa telur. Jadi resepi ini menggunakan telur. Pastinya resepi kali ni menjadi sebab resepi ni akan pastikan kek sarang semut korang berongga cantik. Lagi satu resepi Marsha ni resepi kek sarang semut guna majerin.
RESIPI KEK SARANG SEMUT BERONGGA versi Marshaliza
Bahan-bahan:
- 3 Biji Telur ( Marsha guna telur gred A )
- 1 sudu kecil Esen Vanila
- 1/2 cawan Susu Pekat Manis
- 125g Mentega ( cairkan ) - marsha guna majerin brand Buttercup dan cairkan guna mikrowave
- 1 cawan Gula Perang
- 1 cawan Air Panas
- 1 cawan Tepung Gandum
- 1 sudu kecil Soda Bikarbonat
Cara Penyediaan
Cara penyediaan dia ada 3 bahagian, memang sangat senang. Jom kita tengok cara penyediaan.
- Pertama sekali korang panaskan oven.
- CARAMEL - Hanguskan 1 cawan gula dan bila nampak gula dah cair keseluruhan, tambahkan 1 cawan air panas. Kacau sebati biar jadi air gula hangus dan ketepikan
- Cairkan mentega dan ketepikan.
- Campurkan tepung gandum dan soda. Ayak dan ketepikan.
- Ambil bekas atau besen yang kering dan bersih.
- Pecahkan 3 biji telur dab kacau manja guna whisk
- Masukkan esen vanila, susu pekat dan kacau lagi biar sebati.
- Tuangkan mentega cair td dlm adunan dan whisk kan.
- Kemudian masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat yang telah diayak awal tadi.
- Kemudian last skali masukkan gula hangus tadi dan kacau sampai tiada ketulan tepung.
- Masukkan dalam oven dan bakar api atas bawah 160 darjah selama 60 minit. 10 minit terakhir turunkan suhu ke 140 darjah.
- Siap.
Hasilnya buat 1st timer macam Marsha ni sangat puas hati. Kek menjadi lembut, tak kering dan rongga sarang semut dia sangat cantik walaupun tak 100% berongga bulat-bulat cantik tu. Apa-apapun sangat suka bila awalnya suami kata dia tak gemar sangat bila mula try jadi kegemaran dia pula. Bukan nak angkat bakul sendiri ni...hihi.
Ok korang! Marsha nak stop membebel dulu dan selamat mencuba resepi kek sarang semut tanpa perap yang mudah dan sedap ni tau! Till then....see yaa!
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
3 Comments
ateng pernah buat sekali senang jadi jugak.
ReplyDeletectk texture nya..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Cantik kejadiannya 😊
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)