Resepi Ikan Rebus Goreng Thailand Sedap dan Mudah

Assalamualaikum


Alhamdulillah dah menginjak 8 Ramadhan. Macamana puasa korang semua? Mesti ok kan. Time PKP ni banyak hikmah sebenarnya. Kita kurang makan makanan luar, aktif masak pebagai menu dan juga dapat solat Tarawikh berimamkan suami bagi yang dah bersuami dan ayah jika belum berkahwin. Marsha tertarik statement sharing dari aplikasi 'whatsapps' yang menyatakan Tarawikh kali ni berbeza sebab lepas solat boleh cium tangan imam, peluk imam malah boleh tidur bersama imam...hihi...nakal betul yan buat statement macam tu. Kembali bab masak, Marsha pun antara yang cuba try pelbagai resepi masakan untuk suami dan anak-anak. Seronok bila tengok semua berselera makan. Hilang penat masak...hihi

Bila dah boring nak makan ayam dan daging, semestinya pilihan kami sekeluarga ialah menu yang simple tapi sedap. Pada masa tu selain ayam dan daging ada ikan. Marsha memang niat nak habiskan ikan. Sebab ikan ni kalau dibiarkan lama ianya tak tahan lama seperti ayam dan daging walaupun dah letak dibahagian beku. Ikan ni dia ada bau tersendiri yang kurang enak bila dah lebih dari seminggu walaupun dah siang dan buang perut. Jadi Marsha decide untuk rebus ikan dan goreng. Tu memang all time fav Marsha lah. Cuma suami tak berapa sebab tak berkuah dan biasanya rebus simple je. Biasanya rebus dengan asam keping dan garam. Tapi kali ni Marsha buat kelainan bila terjumpa satu resepi ikan rebus goreng thailand sedap dan mudah

Resepi Ikan Rebus Goreng Thailand Sedap dan Mudah

Ikan rebus goreng memang glamor di Perak ni. Kat sini memang glamor menu dengan nasi goreng ikan rebus. Kiranya menu ikan rebus goreng ni memang dah dikomersialkan dan memang tidak asing lagi dalam masyarakat negeri perak. Berlainan pula di Kelantan, menu ikan rebus goreng ni adalah menu orang-orang kampung. Jarang tengok ada menu di restoran-restoran. Tapi yang pastinya ia memang digemari oleh semua peringkat umur. Simple dan sedap. 

Ok, jom lah korang, Marsha kongsikan betapa mudahnya bahan dan cara menyediakan ikan rebus goreng thailand ini. Hanya dari bahan-bahan yang ada dirumah sahaja.

Bahan-bahan


  • 5 ekor ikan kembung/sardin
  • 3/4 - 1 Ketul nise kerek ( Marsha guna 1/2 ketul Gula Melaka gantikan nise kerek)
  • 2 Batang Serai ( dititik terlebih dahulu )
  • 1/2 sudu garam
  • 2 ulas Bawang Putih ( dititik terlebih dahulu)
  • 5-7 keping Asam Keping
  • 5 helai Daun Limau Purut ( dicarik-carik sedikit)
  • 7-8 biji cili burung
  • Air secukupnya
** Jika nak buat banyak ikan boleh doublekan atau tripplekan bahan-bahan janji sesuai dengan jumlah ikan.

Cara Penyediaan


Agak-agak air macam ni boleh tutup api. Dah siap.

  1. Masukkan semua bahan kecuali ikan dan cili burung. Bermula dari serai, bawang putih, asam keping, daun limau purut, garam dan nise kerek / gula melaka
  2. Kemudian masukkan ikan diatas semua bahan tadi dan cili burung.
  3. Masukkan air secukupnya. Sebolehnya air sama paras dengan ikan.
  4. Rebus sehingga air sedikit kering dan tak kering sangat.
  5. Kemudian, perlahankan api dan cuba rasa air rebusan. Jika 'after taste' atau terlampau masin/manis boleh tambah air panas. Marsha cuba rasa memang air rebusan sedap sangat!
  6. Jika dah rasa ok, boleh digoreng atau dimakan terus.
Bila dah digoreng


Ikan rebus ni kalau lagi lama simpan lagi sedap. Jadi kalau tak habis goreng boleh simpan dalam peti sejuk. Marsha simpan dengan periuk dan tutup. Nak makan terus keluarkan dan goreng..hihi. Encik suami pun cakap rasa memang PADU!

Jadi selamat mencuba menu ikan rebus goreng thailand sedap dan mudah ni. Sure nasi bertambah-tambah makan berbuka atau sahur nanti. Kalau dah buat boleh kongsikan gambar diruang komen. 



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

6 Comments

  1. Boleh try ni, tq share resepi kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama sis..ni memang resepi padu..hihi

      Delete
  2. akak selalu gak buat rebus dgn asam keping pastu biar semalaman then goreng...uihh mmg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak yang tu sedap dah..yang ni kuah dia pun hirup sedap kak

      Delete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us