Anak Mudah Belajar Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina dengan Baba Baa Press-and-Learn English Malay Chinese Words Sound Book


Assalamualaikum



Baihaqi dah mencecah 2 tahun 7 Bulan. Pada masa ini perkembangan Baihaqi ialah mula mengenali bentuk berbeza seperti bulatan dan tanda tambah. Semangat inkuiri juga bertambah dan menjadi semakin malu. Jadi pada umur ini, 'home schooling' atau belajar dari rumah mengenali bentuk, warna sudah boleh dikenalkan kepada Baihaqi. 

Bagaimana pula dengan bahasa? Boleh kan mula perkenalkan bahasa untuk kanak-kanak yang berumur 2 tahun? Bagi Marsha masa ini memang sangat sesuai untuk memperkenalkan bahasa kepada anak yang berumur 2 tahun sebab pada umur sebegini dia sudah mula faham serba sedikit arahan dan juga apa yang kita akan terangkan. Kakak Baihaqi, Anith menguasai 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Cina. Jadi Marsha pun nak Baihaqi mula belajar 3 bahasa ini dan menguasainya untuk masa depan nya.

Marsha tengah mencari cara yang sesuai untuk sesi pembelajaran dengan Baihaqi disebabkan Baihaqi agak kurang fokus. Biasalah kanak-kanak lelaki akan lebih fokus kepada permainan. Sehinggalah Marsha terjumpa satu 'method' yang bagus pada pandangan Marsha iaitu dengan 'sound book' . Sound book akan menarik kanak-kanak lebih fokus. Kebetulan Baba Baa pula mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu Press and Learn English Malay Chines Words Sound Book. Marsha terus buat pesanan sebab tengok ianya sangat menarik. Tak lama pun tunggu parcel sampai walaupun ianya dari negara jiran iaitu Singapura dan dalam PKP tetap sampai dengan tempoh yang cepat dan selamat.

Apa kelebihan Baba Baa Press-and-Learn English Malay Chinese Words Sound Book ini? Banyak sebenarnya Marsha nak share apa yang menarik tentang Baba Baa Press-and-Learn English Malay Chinese Words Sound Book ni. Jadi baca sampai habis tau sebab kalau tak nanti korang akan rugi. Di akhir post nanti ada 'SUPRISE' menanti korang. | Anak Mudah Belajar Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina dengan "Baba Baa Press-and-Learn English Malay Chinese Words Sound Book"




Anak Mudah Belajar Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina dengan "Baba Baa Press-and-Learn English Malay Chinese Words Sound Book"



Baihaqi dah ada sebelum ini koleksi Baba Baa iaitu Baba Baa Rasa Sayang dan Baba Baa Tepuk Amai Amai. Memang ia membantu Marsha dalam 'pancing' Baihaqi dari gadget. Boleh baca TIPS ELAK GADGET | LATIH ANAK BELAJAR LAGU RAKYAT DENGAN TEPUK AMAI-AMAI SING-AND-RECORD FUN BOOK DARI BABA BAA . Kali ini, Baba Baa pula perkenalkan kaedah cara belajar 3 bahasa dengan sound book .

4 Tarikan Tentang Baba Baa Press-and-Learn English Malay Chinese Words Sound Book



Baba Baa Press-and-Learn English Malay Chinese Words Sound Book



1. Suara dan Saiz Gambar Yang Jelas, Terang dan Menarik



Bila tengok setiap halaman di dalam buku Baba Baa Press-and-Learn English Malay Chinese Words Sound Book ini, sangat menarik. Dengan gambar yang jelas serta warna yang terang menarik minat anak-anak untuk 'explore' apa yang ada dalam setiap halaman ini. Tengoklah Baihaqi fokus melihat gambar-gambar yang menarik.





Suara pula sangat jelas dan ia membantu Baihaqi menyebut perkataan dengan betul. Baihaqi paling suka bahagian binatang sebab ia mengeluarkan bunyi setiap binatang tersebut. Baihaqi boleh meneka binatang yang dia tekan. Seronok betul dia. Ini yang membuatkan Baihaqi sangat fokus.


2.  9 Kumpulan Subjek Untuk Dipelajari Secara Asas

Baba Baa Press-and-Learn English Malay Chinese Words Sound Book ini mengandungi 9 kumpulan subjek untuk anak-anak kenali secara asas. Ianya ialah:

  • Binatang Zoo
  • Binatang Ladang
  • Dunia Bawah Air
  • Serangga
  • Buah-buahan
  • Sayur-sayuran
  • Kenderaan
  • Barangan Dalam Rumah
  • Warna dan Bentuk
Kebanyakan subjek ini ada dirumah. Jadi senang untuk kita tunjuk real subjek dan ianya satu pembelajaran yang sangat mudah.


3. Mempunyai 3 Bahasa ( Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina )



Tarikan ini yang membuatkan Marsha teringin sangat nak memiliki Baba Baa Press-and-Learn English Malay Chinese Words Sound Book ini. Ia mempunyai 3 bahasa yang membolehkan anak-anak belajar secara basic. 3 bahasa ini, bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa cina sangat penting sekarang dan Marsha memang nak terapkan 3 bahasa ini dalam setiap anak Marsha untuk masa depan mereka.









Seronok betul Baihaqi dengan ‘gadget’ barunya iaitu Baba Baa Press-and-Learn English Malay Chinese Words Sound Book. . . Dah mencecah umur hampir 3 tahun, Baihaqi dalam proses mengenali pelbagai bentuk dan bunyi dan Baba Baa Press-and-Learn English Malay Chinese Words Sound Book memang sangat menepati syarat. . . Kaedah sound book dengan halaman yang menarik dengan tersedia 3 bahasa utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Jadi Marsha boleh kenalkan 3 bahasa ini serentak untuk Baihaqi. Dalam masa yang sama Baihaqi boleh belajar press yang mana dia suka. . . Tak rugi memiliki Baba Baa Press-and-Learn English Malay Chinese Words Sound Book ni. Ternyata Baihaqi mudah ralit dan faham. Bolehlah sesambil lencongkan Baihaqi dari gadget ye tak? . . Terima kasih buat @mybababaa sebab hasilkan buku kanak-kanak yang best ni. Marsha bagi 10 BINTANG!! #marshalizadotcom #bababaamy #pressandlearnenglishmalaychinesewordssoundbook #AdvByMarshaliza
A post shared by Blogger & Media Influencer (@marshalizadotcom) on


Dengan kaedah sound book ini, anak-anak akan lebih cepat 'tangkap' dan belajar kerana ianya akan berbunyi bila ditekan. Kalau binatang, anak-anak akan boleh meneka binatang tersebut bedasarkan bunyi yang telah dikeluarkan. Jadi anak-anak boleh belajar bercakap bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa cina dengan cepat dan mudah.


4. Butang On dan Off



Antara tarikan yang terakhir ialah ianya mempunyai butang ON dan OFF. Butang ini sangat penting untuk menjimatkan bateri. Bila tak guna kita OFF kan dan ON kan kembali bila anak-anak nak guna. Bateri yang digunakan pun senang didapati.



Pandangan Marsha Tentang Baba Baa Press-and-Learn English Malay Chinese Words Sound Book

Marsha memang suka kaedah sound book dan memang puas hati dengan Baba Baa Press-and-Learn English Malay Chinese Words Sound Book ini. Paling best bila tengok Baihaqi boleh fokus dan kusyuk dengan buku ini. Memang ianya pilihan yang terbaik untuk anak-anak.



Kalau korang nak elakkan gadget dengan alternatif Baba Baa Press-and-Learn English Malay Chinese Words Sound Book pun sangat sesuai. Marsha sangat bersyukur bila Baihaqi dah mula asyik dengan Baba Baa Press-and-Learn English Malay Chinese Words Sound Book ini dan mula melupai gadget. Boleh ajak anak melukis dan mewarna juga mengikut gambar dalam buku tersebut. Marsha yang ibu ni pun suka tengok setiap halaman. Kanak-kanak lagi lah kan.





Kalau korang nak tahu, Baihaqi pun dah mula pandai sebut beberapa perkataan dengan baik. Ini kerana Baihaqi dengar setiap hari perkataan yang disebut. Bila kerap dengar perkataan itu akan menjadi kebiasaan dan Baihaqi nampak boleh sebut dengan jelas beberapa perkataan. 


Maklumat Lanjut

Marsha tahu, korang mesti berminat nak dapatkan Baba Baa Press-and-Learn English Malay Chinese Words Sound Book ini kan? Jangan risau korang boleh order melalui cara dibawah dengan harga RM56 sahaja dan korang gunakan Baba Baa discount code : MARSHALIZA untuk dapatkan 10%  diskaun bila membuat pembelian di Baba Baa.

Website | Instagram | Facebook 



Memang wajib ada untuk anak-anak. Boleh berikan sebagai hadiah hari ulangtahun tau sebab pakaging sangat cantik.





Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger


6 Comments

  1. Betul tu, buku yang mempunyai banyak gambar memang menarik minat kanak-kanak. Mereka rasa seronok apabila dapat mengenali setiap gambar yang dipelajari.

    ReplyDelete
  2. Dah semakin canggih skrg ni kan.. macam2 alat pembelajaran.. bagus sangat ada buku camni..

    ReplyDelete
  3. Ray pun teringin nak belajar sekali.

    ReplyDelete
  4. Untung kalau menguasai 3 bahasa ni..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us