Assalamualaikum
Bercakap bab menu makanan ni memang membuat diri ini tak tentu arah. Tambahan pula di Kuala Lumpur, bandar besar. Apa yang tak ada dekat Kuala Lumpur ni. Di Kuala Lumpur ni tempat berkumpul pelbagai menu dari pelbagai negeri malah negara pun. Semua ada kat Kuala Lumpur ni, nak selera Pantai Timur ada, selera Utara ada, makanan korea, makanan Jepun, Makanan Arab, selera Minang dan banyak lagi semua ada. Pendek kata apa yang korang teringin nak makan semua ada lah!
Sekali sekala nak layankan tekak mencuba menu lain dari yang lain apa salahnya kan? Sekali sekala boleh je kalau keluar dari kebiasaan mencuba selera barat pula iaitu menu western. Kalau menu western ni, di Kuala Lumpur ni macam cendawan tumbuh. Banyak sangat restoren yang korang boleh pilih untuk menikmati hidangan western. Jom Marsha kongsikan | 10 Restoran Menu Western Yang Wajib Dicuba di Kuala Lumpur
5 Restoran Menu Western Yang Wajib Dicuba di Kuala Lumpur
#1 Copper
Restoran ini menghidangkan masakan ala Eropah dengan tambahan sedikit pengaruh Mediterranean. Terletak di Menara Shell, ia menawarkan gaya mewah kepada pelanggan yang seiring dengan persembahan hidangannya yang menepati citarasa penggemar menu western.
Restoran Copper biasanya menjadi pilihan pelbagai kategori iaitu pasangan kekasih, keluarga dan kumpulan. Suasananya yang ceria dengan cahaya semulajadi pada waktu siang dan berubah kepada romantik pada waktu malam menjadi pilihan pelanggan untuk menikmati hidangan western yang lazat disini.
Alamat: Level 5, Menara Shell, 211, Jalan Tun Sambantham
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11:30am – 4:30pm) | Selasa – Sabtu (6:30pm – 10:00pm)
#2 Me'nate Steak Hub
Dulu, restoran ini pernah menjadi viral sekejap dan lepas tu ianya menjadi terkenal. Restoran Me'nate Steak Hub ni kepunyaan chef tempatan yang pakar dalam hidangan western.
Terdapat banyak pilihan daging, serta pelbagai jenis gred daging. Korang boleh dapatkan gred daging yang paling mahal disini. Selain itu juga, layanan pantas dan mesra, serta ruang makan yang selesa membuatkan ia menjadi pilihan keluarga.
Restoran Me’nate ini juga turut memahami kehendak pengunjung Islam dengan menyediakan surau di restoran mereka. Jadi tak jadi masalah nak feeling menikmati masakan disini. Memang berbaloi dengan apa yang kita bayar.
Alamat: Starpac Point, C-01-02 & C-01-03, Jalan Taman Ibu Kota, 53300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (11:00am – 11:00pm) | Jumaat (3:00pm – 11:00pm)
#3 Spoon Steakhouse
Antara restoran milik chef tempatan kita iaitu Chef Zam dan pernah dikunjungi oleh kru Jalan-Jalan Cari Makan. Ia terkenal dengan kualiti makanan yang bertaraf lima bintang dan dengan kuantiti yang banyak.
Dari segi harganya pula sangat berpatutan di samping layanan mesra pekerja dan pemiliknya. Spoon Steakhouse juga menawarkan hidangan tempatan bagi mempelbagaikan menu dan sesuai dengan tekak pengunjung tempatan.
Alamat: No.32 – GF, Jalan 1/27F, Pusat Bandar, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (11:00am – 2:00pm, 5:00pm – 11:00pm) | Sabtu – Ahad (1:00pm – 11:00pm), Isnin - Tutup
#4 Paksu Chicken Chop
Populat dengan hidangan yang ringkas dengan harga yang murah. Ia menang dari segi harganya. Korang boleh dapatkan sepinggan Chicken Chop dan Lamb Chop dengan harga serendah RM6.90.
Selain itu, Paksu Chicken Chop juga ada menawarkan menu western lain seperti spageti, dan penkek. Restorannya juga cukup selesa berdepan dengan Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas memudahkan pelanggan beragama Islam menunaikan kewajipan.
Alamat: 289, 279, Jalan Gombak, Kampung Kuantan, 53100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari (4:30pm – 12:00 am)
#5 Moon's Kitchen
Bermula dari gerai kecil yang pernah diusahakan oleh ahli keluarga pemiliknya. Restoran ini mempunyai suasana yang ringkas dan ceria.
Menarik disini selain makanan yang sedap, dekorasi dinding dipenuhi dengan mercu tanda terkemuka dunia seperti patung Liberty, Menara Eiffel, Big Ben, dan banyak lagi memenuhi ruangan restoran Moon's Kitchen ni. Masakan dan persembahan makanannya dibuat dengan baik. Restoran ini secara puratanya mendapat rating yang tinggi dari pelanggan mereka.
Alamat: Pandan Indah, 56100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (12:00pm – 3:30am), Isnin: Tutup
Sekarang ni korang pun boleh dapatkan menu western dari restoran yang best ni secara delivery oleh FoodPanda memandangkan keadaan masih dalam berjaga-jaga akibat Covid-19 walaupun sudah boleh makan diluar. Hanya buka aplikasi FoodPanda, hanya order melalui hujung jari je. Senang kan dengan western food delivery oleh FoodPanda? FoodPanda dapat merealisasikan kita merasai hidangan western yang tersohor dan sedap.
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
3 Comments
Lapar terus lepas baca entry ni
ReplyDeleteTambah lagi satu, Melantak Steak House!
ReplyDeleteSedapnyaa semua tengok makanan
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)