ARDORA Natural Kids Hair Oil: Pilihan Minyak Lebatkan Rambut Bayi Dari 100% Bahan Semulajadi


Assalamualaikum


Bila bergelar mak anak tiga ni, Marsha juga tak terkecuali dari menyediakan yang terbaik untuk anak-anak. Memandangkan Marsha juga mempunyai anak-anak yang dalam pelbagai peringkat umur. Jadi banyak yang perlu Marsha buat pilihan yang terbaik untuk anak-anak. Yang besar lain caranya, yang kecil lain pula. Kalau bab bayi dan anak kecil ni Marsha lebih kepada penjagaan dan kesihatan diri mereka. Tambahan pula jika yang mengalami alahan atau sensitif terhadap bahan kimia lagi lah memerlukan penjagaan yang lebih teliti. 

Marsha ingat lagi masa Kakak Anith kecil-kecil dulu, kali pertama keluar dari rahim rambutnya sangat lebat. Tetapi selepas cukur rambut kali pertama, rambut yang tumbuh mula menjadi tidak sama. Ada kawasan yang masih botak, ada kawasan yang naik nipis dan ada yang naik tebal. Kalau orang-orang tua panggil 'makan bantal'. Sebab bayi kan banyak habiskan masa baring je. Tapi masa tu Marsha hanya amalkan minyak kelapa dan ambil konsep 'redha' sebab masa tu masih muda dan tak ada lagi telefon pintar serta masa tu lebih mengamalkan petua dari orang-orang yang lebih berpengalaman. Mujur juga Kakak Anith masa tu bukan jenis kulit sensitif. 

Anak kedua Marsha pula Baihaqi keluar dari rahim dengan rambut yang sederhana lebat. Tetapi alhamdulillah lepas cukur kali pertama rambutnya naik sekata dan tiada masalah sebab Baihaqi banyak meniarap dan mungkin juga rambutnya senang naik dan agak tebal. Tufael pula keluar dari rahim dengan rambut yang nipis. Selepas cukur kali pertama, rambutnya juga 'makan bantal' . Jadi rambut tumbuh tak sekata dan paling tak best kulit kepala Tufael ada keping-keping dan Tufael ni alahan dengan minyak rambut yang ada bahan kimia. Ini yang membimbangkan Marsha dan suami sebab ia membuatkan Tufael tidak selesa. Menurut kajian, 'makan bantal' ini juga terjadi akibat keadaan kulit kepala bayi iaitu kerak kepala atau cradle cap. 

Kerak kepala berwarna kekuningan dan agak berminyak bahasa saintifiknya iaitu infantile seborrheic dermatitis atau lebih dikenali sebagai kelemumur pada rambut kanak-kanak atau dewasa. Kesan kelemumur ini mengakibatkan berlakunya gangguan pada pertumbuhan rambut bayi yang sihat. Ya! Ini masalah pada Tufael iaitu punca kulit kepala berkerak dan sensitif yang menyebabkan rambut Tufael menjadi mangsa 'makan bantal'. Kini Marsha dah jumpa alternatif terbaik pada Tufael untuk minyak lebatkan rambut bayi | ARDORA Natural Hair Oil: Pilihan Minyak Lebatkan Rambut Bayi Dari 100% Bahan Semulajadi

ARDORA Natural Kids Hair Oil: Pilihan Minyak Lebatkan Rambut Bayi Dari 100% Bahan Semulajadi


Sebenarnya dah banyak produk minyak rambut bayi yang Marsha telah cuba untuk cuba selesaikan masalah kulit kepala Tufael yang berkerak. Namun kesannya hanya sementara. Ia balik kepada asal balik. Aduh! Stress rasanya. Tufael pula tak boleh berpeluh sikit mula gatal kepalanya. Kesian pula. Bila dah gatal mulalah Tufael menangis merengek-rengek. Kesian pula pada Tufael. Bila anak merengek kita pun jadi stress sama.

Dengan suggestion dari salah seorang kawan, Marsha cuba google lagi alternatif lain untuk melebatkan rambut bayi setelah dicukur dan akhirnya Marsha tertarik untuk mencuba minyak rambut bahan semulajadi, ARDORA Natural Hair Oil. Kandungannya dari 100% bahan semulajadi iaitu Minyak Badam, Minyak Jojoba, Minyak Kelapa Dara (VCO) dan minyak zaitun yang menarik minat Marsha untuk cuba ARDORA Natural Hair Oil ni. Kalau korang nak tahu, kulit Tufael sangat alah dengan bahan kimia. Kalau pakai produk dan ada masalah pada kulit ternyata produk tersebut ada bahan kimia. 




ARDORA Natural Kids Hair Oil 100% Berasaskan Bahan Organik Mentah

ARDORA adalah perunding rakan kongsi yang menyediakan penyelesaian terbaik untuk membantu ibu bapa yang menghadapi masalah kulit bayi yang sensitif. Produk ARDORA yang dihasilkan dengan sentuhan organik dan semula jadi. ARDORA menghasilkan produk yang mesra kulit bayi dengan jaminan yang terbaik. Menjadi satu kebanggaan pihak ARDORA dimana menjaga organ (kulit) terbesar bayi daripada bahan kimia dan kerengsaan yang berbahaya.

Minyak Rambut Bahan Semulajadi, ARDORA Natural Kids Hair Oil

ARDORA Natural Hair Oil dihasilkan 100% berasaskan bahan organik mentah dan telah diuji di makmal dan telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Paling best ianya jimat dan ekonomik. Satu botol boleh guna sehingga 74 pam. Kalau konsisten 2 kali sehari, satu botol boleh tahan sebulan lebih. Jimat kan? 



Paling penting ianya bebas alkohol dan minyak mineral dan juga bebas wangian sintetik. Bau ARDORA Natural Hair Oil adalah dari gabungan bau kandungan semulajadi yang natural. Marsha suka bau natural macam ni. Kita boleh beza kalau pewangi sintetik dengan semulajadi. Memang berbeza. 

ARDORA Natural Hair Oil ini dihasilkan spesifik untuk memberikan perlindungan kepada kulit kepala dan rambut bayi dan juga sesuai untuk kulit sensitif. Jadi kita sebagai ibu bapa tak perlu risau walaupun anak mempunyai kulit sensitif.


Kandungan ARDORA Natural Hair Oil

Sebelum mencuba produk, Marsha memang akan tengok kandungan produk tersebut dahulu. Bila tengok kandungan ARDORA Natural Hair Oil ni 100% berasaskan bahan mentah semulajadi, itu yang  membuatkan Marsha nak mencuba. Kandungannya memang sangat menarik dan memang kaya dengan khasiat untuk kulit kepala dan rambut:

👉Almond Oil - Meningkatkan kekuatan rambut dan peredaran darah. Menjadikan rambut anda bersinar dan melembutkan lembur
👉Jojoba Oil - Bersihkan penyumbatan di pori-pori dan lepaskan penutup buaian. Menjadikan rambut anda melembapkan dan meningkatkan ketebalan rambut
👉Minyak Kelapa Dara - Menghilangkan penumpukan sebum dari folikel rambut dan menyediakan protein untuk rambut. Bantu rambut anda tumbuh lebih lama dan cepat
👉Minyak Zaitun - Bungkus dengan antioksidan untuk menjadikan rambut anda lebih sihat
👉Minyak Kelapa Dara - Menghilangkan penumpukan sebum dari folikel rambut dan menyediakan protein untuk rambut. Bantu rambut anda tumbuh lebih lama dan cepat
👉Minyak Zaitun - Bungkus dengan antioksidan untuk menjadikan rambut anda lebih sihat

Manafaat ARDORA Natural Hair Oil


  1. Menggalakkan Pertumbuhan Rambut Bayi
  2. Mencegah Pori Kulit Kepala Bayi Yang Tersumbat
  3. Membantu menghilangkan kerak pada kulit kepala (Cradle Crap)
  4. Perlindungan untuk Rambut
  5. Mencegah 'Makan Bantal' pada bayi (Bald Spot)
  6. Meningkatkan peredaran darah
  7. Menghasilkan protein rambut
  8. Rambut kuat dan sihat
  9. Sesuai untuk kulit sensitif

Cara Guna ARDORA Natural Kids Hair Oil

Cara penggunaan ARDORA Natural Hair Oil ni sangat senang sebenarnya. Semudah ABC! Hanya pamkan satu pam atas tapak tangan dan sapukan ke keseluruhan kulit kepala bayi secara membulat. Kemudian urut lembut kepala bayi beberapa minit sehingga ARDORA Natural Kids Hair Oil  menyerap ke dalam kulit kepala. Seeloknya amalkan setiap hari selepas mandi. Memang Tufael akan rasa lebih segar lepas mandi. Kadang tu sampai tertidur dia punya selesa tu...hihi.

ARDORA Natural Kids Hair Oil Minyak Rambut Baby Terbaik Pilihan Marsha

Marsha baru menggunakan ARDORA Natural Kids Hair Oil ini selama seminggu dan sangat mengejutkan kesannya sangat ketara. Nampak kulit kepala Tufael dan berkurang 'kerak' dan Tufael dah kurang menggaru. Nampak kulit kepala sihat dan rambut Tufael yang nipis pun dah nampak agak tebal. Seronok bila nampak kesan positif pada Tufael. Dalam masa yang sama Tufael dah kurang merengek. Siap pakej tertido bila tengah massage dengan ARDORA Natural Kids Hair Oil ni.



Jadi pencarian minyak rambut bayi yang bagus sudah Marsha tamatkan dan lepas ni boleh setia dengan ARDORA Natural Kids Hair Oil pula. Fuh...dah jumpa yang serasi, ibu happy!!

Maklumat lanjut untuk produk ARDORA 👉 www.ardoranatural.com



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

4 Comments

  1. saya pun pakaikan minyak rambut ni untuk anak-anak, memang sedap baunya

    ReplyDelete
  2. Bahan organik selamat sikit untuk baby.

    ReplyDelete
  3. Bagua minyak rambut ni.. Bahan organik.. Rasa nak beli juga untuk pakai dekat anak-anak.

    ReplyDelete
  4. Thanks for the best blog. it was very useful for me.keep sharing such ideas in the future as well. Fashion Bloggers In India

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us