Drone Mavic Mini Combo DJI Pilihan Berbaloi Bagi Pemula

Assalamualaikum


Dron sebenarnya dah lama jadi impian. Dari tahun 2019 lagi dok survey dron sebenarnya. Masa tu masih ada banyak jenis dron jadi impian tetapi harganya agak menipiskan poket jugak lah..hihi. Masih berkira-kira dan kerap juga survey di Shopee. Kerap juga bertanya tentang drone di shopee Drones Kaki. Seller pun banyak membantu walaupun belum pun beli pada masa tu. Marsha memang minat sangat nak memiliki drone dan dalam masa yang sama nak cari drone yang harga mampu milik, dapat hasilkan video dan gambar yang high spec, senang handle dan juga senang nak bawa travel.

Antara yang menjadi target Marsha pada mulanya ialah DJI Tello. Harga mampu milik dan kecil. Range harga dalam RM300 lebih. Tetapi kalau just nak buat suka-suka fly ala toy tu boleh lah. Kalau nak kualiti video yang mantap ianya tak sesuai. Alahai buntu lagi...huhu. Nak ambil DJI Mavic Air harganya bikin penasaran dan saiz drone juga agak besar. Harganya 10x ganda!!!

Akhirnya setelah hampir setahun tengok dan bandingkan kesemua segi, akhirnya Marsha memilih untuk memiliki DJI Mavic Mini. Ini kerana saiznya yang sebesar tapak tangan senang bawa travel, kualiti video yang bagus dan sesuai untuk begineer macam Marsha ni. Harganya pula mungkin 6x ganda harga DJI Tello tapi semuanya Marsha dah pertimbangkan dan sangat berbaloi. Akhirnya Marsha dapatkan DJI Mavic Mini ni di Kedai Shopee DRONES KAKI. | Drone Mavic Mini Combo DJI Pilihan Berbaloi Bagi Pemula

Drone Mavic Mini Combo DJI Pilihan Berbaloi Bagi Pemula


Ada berpendapat dron ni 'gadget mainan' bagi orang lelaki. Tapi bagi Marsha ianya sesuai je untuk semua jantina dan peringkat umur. Bukan perlu dedah aurat ataupun tertonggeng sana sini yang membuatkan terbatas nak buat aktiviti. Ye tak?? Minat Marsha kepada dron ni sebenarnya bila tengok video-video pemandangan yang sangat cantik dari atas. Marsha juga berazam nak buat video yang terbaik memandangkan Marsha juga sedang fokus dalam perjalanan untuk jadi youtuber. Dron ni masih dimonopoli oleh orang lelaki, apa salahnya wanita pula tunjuk bakat yang tak seberapa ni kan...hihi.

Mengapa Marsha Pilih DJI Mavic Mini?

Di awal entri lagi Marsha dah mention Marsha survey beberapa jenis dron sebelum memilih DJI Mavic Mini ni. Setelah membuat beberapa perbandingan dan tentunya dari segi bajet, Marsha memilih DJI Mavic Mini. Memang betul pelaburan Marsha untuk DJI Mavic Mini memang berbaloi.


💜Ringan, Kompak dan Mudah Alih


Memang ringan! Berat DJI Mavic Mini hanya 249g sahaja sama ringannya dengan telefon pintar biasa. Kalau nak bawak travel tu memang tak kan ada isu sebab ianya kompak, ringan dan mudah alih. Marsha ada beli beg khas untuk simpan DJI Mavic Mini semasa travel. Jadi sangat mudah.

Ia juga diletakkan dalam kelas dron paling rendah dan paling selamat dan boleh diterbangkan di banyak negara.

💜Tempoh Penerbangan


Tempoh penerbangan untuk 1 bateri lebh kurang 30 minit. Jadi tempoh tu sangat cukup. Tambahan Marsha pula ambil yang fly more combo jadi dalam set tersebut dah ada 3 bateri. Jika bateri kurang atau habis, DJI Mavic Mini akan beri peringatan pada pilot.

Kalau korang nak tau berat Mavic Mini membolehkannya berada di udara lebih lama daripada FlyCams pengguna serupa di pasaran. Jadi Marsha boleh nikmati masa penerbangan sehingga 30 minit dengan bateri yang penuh.

💜2 Kilometer Transmisi Video

DJI Mavic Mini ada 2 varian sebenarnya. Satu adalah FCC untuk US punya dan CE untuk negara asia punya. Walaupun tempoh jauh perjalanan FCC adalah 4 Kilometer, Marsha tetap ambil varian CE untuk penggunaan yang selamat di negara kita. Lagipun 2 Kilometer dah cukup jauh untuk Marsha. Alat kawalan jauh khusus mengekalkan suapan video HD pada jarak hingga 2 km.

💜Sensor Penglihatan + GPS 

Mavic Mini dilengkapi dengan Propeller Guard 360 ° yang melindungi propeller sepenuhnya dan meningkatkan keselamatan penerbangan. Terima kasih kepada sensor yang canggih, DJI Mavic Mini juga dapat terbang dengan tepat.

💜3-Axis Gimbal 2.7K Camera

DJI Mavic Mini menyokong gambar udara 12MP dan 2.7K video Quad HD. Gimbal bermotor 3 paksi memberikan kestabilan kamera yang unggul dan memastikan rakaman ultra halus yang jelas. Memang puas hati hasil yang dapat dirakam dari DJI Mavic Mini ni. Tengoklah hasil sunrise dari taman perumahan Marsha ni.


💜Rakaman & Penyuntingan Video On-The-Go

Aplikasi DJI Fly menawarkan pelbagai 'Template Creator' yang menghasilkan video hebat hanya dengan menggunakan jari. Malah pemula atau 1st timer yang tidak mempunyai pengalaman penyuntingan dapat mengubah setiap saat menjadi hit di media sosial.




Aplikasi DJI Fly baru menawarkan pengalaman pengguna yang sederhana dan intuitif, yang membolehkan Marsha membuat gambar sinematik dengan hanya beberapa klik. Ia juga mempunyai Tutorial Penerbangan, ciri untuk membantu anda memulakan Mavic Mini dengan cepat dan selamat.


DJI Mavic Mini Fly More Combo Varian CE & Harga

Di kedai Shopee Drones Kaki ada 2 lagi varian set pula untuk CE. Ada yang basic dan fly more combo. Bagi Marsha, untuk pemula dan memang nak guna lama, baik ambil fly more combo. Fly more combo ada pelbagai aksesori dan juga dapat 3 bateri serta 6 bulan extra warranty. Kira berbaloi kan?

Kalau basic pula hanya ada aircraft, remote dan 1 bateri disamping charger dan juga aksesori yang basic. Dari segi harga pun berbaloi fly more combo sebab nak beli bateri tambahan pun dah RM100 lebih juga. Jadi tak perlu pening, Marsha terus grab DJI Mavic Mini Fly More Combo dengan harga RM 2089.00 .




Korang dah tengok kan Marsha unboxing set DJI Mavic Mini (CE) Fly More Combo. Banyak kan aksesori yang dapat. Jadi tak perlu dah nak tambah itu ini.


Hasil DJI Mavic Mini

Marsha dah cuba terbangkan DJI Mavic Mini Marsha dalam rumah masa kali pertama terima, di kawasan taman perumahan dan beberapa tempat lagi. Memang berbaloi sangat memiliki DJI Mavic Mini ni sebab hasil videonya sangat cantik. Jom Marsha kongsikan salah satu hasil dari DJI Mavic Mini Marsha di Bulatan Aman Jaya, Meru, Ipoh.



Marsha berpeluang melihat sun rise dan sun set yang indah di tepi pantai, disebalik bukit dan bermacam lagi. Marsha juga ada join group DJI Mavic Mini Malaysia dan banyak ambil pengalaman otai-otai pilot disana. Buat masa ni Marsha tak professional lagi masih lagi belajar banyak untuk hasilkan video yang terbaik.

Doakan Marsha dapat hasilkan banyak lagi video yang menarik ya! Marsha masih belajar lagi dari otai-otai pilot dan juga dari youtube. Nantikan video Marsha ye!

Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

7 Comments

  1. Memang ada rancangan nak beli..insyallah

    ReplyDelete
  2. Best tengok video marsha semua pakai drone ni. Hebatla

    ReplyDelete
  3. next wishlist lah juga...menarik sgt kak marsha

    ReplyDelete
  4. seronok dapat guna drone ni kan..Selalu tengok orang guna dan ambil video dari atas..cantik sangat

    ReplyDelete
  5. Asyik berangan je nak beli drone.

    ReplyDelete
  6. wah menariknya..Cuya pun teringin ada drone

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/cuya-join-pertandingan-sajak.html

    ReplyDelete
  7. terbaik...akhirnya ku termakan racun..hahaha..jom nanti kita fly sama2..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us