MAGGI® Meraikan Pemerkasaan Wanita dengan pelancaran PROGRAM MENTOR WANITA CUKUP BERANI

Assalamualaikum


Datin Paduka Eina Azman, Sheila Rusly dan Anne Idris dilantik sebagai mentor Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi®



Pada 19 Ogos 2020 yang lepas, MAGGI® dengan rasminya melancarkan Program Mentor Wanita Cukup Berani, iaitu sebuah program nasional yang dianjurkan hasil kolaborasi bersama Women Will oleh Google Malaysia. Program ini bertujuan untuk menyokong peningkatan keyakinan serta membina kemahiran digital, memasak dan keusahawanan asas. Pelancaran program ini telah dirasmikan oleh Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad dan Ketua Wilayah bagi Nestle Malaysia, Singapura dan Brunei; Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi®, Nestlé (Malaysia) Berhad dan Marc Woo, Ketua Google Malaysia.


Menurut Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad dan Ketua Wilayah bagi Nestle Malaysia, Singapura dan Brunei, berkata, “Program Mentor Wanita Cukup Berani ialah sebuah inisiatif yang dekat pada naluri saya. Sebagai penyokong diversiti dan inklusi, Nestlé amat komited kepada pemerkasaan wanita dan memajukan kesamarataan gender dalam korporat dan juga masyarakat. Kami berpegang kepada prinsip ini dalam budaya dinamik kami setiap hari. Kami menzahirkan semangat ini melalui Tak Kenal, Tak Cinta dan seterusnya dilanjutkan melalui Program Mentor Wanita Cukup Berani. Kami yakin bahawa wanita di Malaysia boleh melihat kepentingan dalam mencuba dalam pelbagai aspek – dengan menyahut cabaran baharu dan mencapai matlamat mereka sama ada di rumah, di tempat kerja ataupun mencuba untuk mengusahakan perniagaan baharu.”




“Kami teruja dengan penyertaan tiga personaliti serta usahawan yang berjaya dan terkenal untuk membimbing peserta secara peribadi disamping membantu peserta mengenali potensi diri dan menjayakan usaha baharu mereka. Dengan bakat yang tinggi dari segi aspek makanan, inspirasi kehidupan sebenar dan pengalaman yang jitu, mentor kami amat berpengalaman untuk membimbing dan memperkasakan peserta untuk mengambil langkah ke hadapan supaya menjadi lebih berani dan mencuba sesuatu yang baru,” tambah Juan lagi.



Program Mentor Wanita Cukup Berani



Program Mentor Wanita Cukup Berani dianjurkan dengan kerjasama antara Maggi® dan Google Malaysia menerusi Women Will, sebuah program Grow with Google. Women Will membantu wanita meningkatkan keyakinan dalam penggunaan teknologi untuk mengembangkan perniagaan mereka – dengan mendidik mereka mengenai aspek kepimpinan, akumen perniagaan, komunikasi, produktiviti dan juga pemasaran digital. Marsha sebagai seorang wanita sangat berbangga dengan program seperti ini kerana ia akan membantu ramai wanita diluar sana.


Menurut Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad menjelaskan, “Kerjasama MAGGI® bersama Women Will oleh Google Malaysia adalah penting – kerana teknologi merupakan suatu kemahiran yang boleh meluaskan peluang ekonomi terutamanya perniagaan kecil yang kekurangan kemahiran dan modal. Bersama-sama dengan tiga orang mentor kami, Program Mentor Wanita Cukup Berani akan memberi sokongan kepada wanita di seluruh Malaysia melalui siri bengkel dalam talian yang memberi tumpuan kepada pembinaan keyakinan diri, memperbaiki kemahiran perniagaan melalui peningkatan kemahiran digital dan sudah tentunya menambah baik kemahiran memasak mereka bersama Chef MAGGI. Apa yang lebih menarik ialah tiga orang mentor kami akan menyokong tiga orang peserta yang terpilih melalui ‘mentorship’ yang mampu mengubah hidup mereka, serta membimbing mereka dalam ikhtiar mereka!”




Siri pertama bengkel dalam talian Program Mentor Wanita Cukup Berani akan bermula dari 1 hingga 3 September, diikuti dengan siri seterusnya mulai 20 hingga 22 Oktober. Sepanjang bengkel 3 hari ini, peserta akan mempelajari kemahiran baharu yang akan meningkatkan lagi pengetahuan dan keyakinan mereka. Menarik kan? Banyak ilmu baru yang boleh dikutip dan dipelajari.


"Kami turut berasa gembira untuk bekerjasama dengan Maggi dan Nestle dalam memperjuangkan pemerkasaan wanita di Malaysia. Ini sejajar dengan usaha kami untuk mengurangkan jurang gender, supaya wanita mampu mencapai potensi mereka. Ini merupakan misi utama kami dalam program Women Will, untuk melengkapkan wanita dengan kemahiran digital yang bukan sahaja menjadi kunci kepada kejayaan, tapi juga suatu bidang pengetahuan yang mampu mewujudkan dunia yang lebih saksama,” kata Marc Woo, Ketua Google Malaysia


“Di MAGGI®, kami percaya bahawa setiap kali anda memasak, pasti ada suatu peluang untuk melaksanakan perubahan yang positif, sama ada untuk diri sendiri, untuk keluarga dan kawan-kawan, atau untuk masyarakat. Sejajar dengan janji jenama kami, You and MAGGI®, Cook the Difference, kami teruja untuk masuk ke fasa seterusnya dalam menggalakkan pengguna kami supaya menjadi lebih berani untuk mencuba sesuatu yang baru di luar keselesaan mereka, sama ada dalam masakan ataupun dalam kehidupan. Semuanya bermula dengan pembinaan keyakinan untuk mencuba. Jika anda tidak mencuba, anda tidak akan tahu! Jadi mulakanlah perjalanan anda…,” tambah Geetha. 


Sehingga kini, bengkel dalam talian Program Mentor Wanita Cukup Berani telah menerima sambutan yang menggalakkan melebihi 800 pendaftaran. Pusingan Akhir akan menyaksikan pemilihan seramai 20 peserta untuk menjalani beberapa siri temu bual dan penilaian, dan seterusnya menjadi salah seorang daripada tiga mentee terpilih. Mereka kemudiannya akan dibimbing secara peribadi oleh Datin Paduka Eina Azman, Sheila Rusly dan Anne Idris dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani.



Program Mentor Wanita Cukup Berani adalah sebahagian daripada kempen Tak Kenal Tak Cinta Maggi® CukupRasa yang menyokong wanita-wanita yang mengambil langkah pertama untuk mencuba sesuatu yang baharu. Berdasarkan kisah pengalaman sebenar, kempen video di bawah ini (youtube.com/watch?v=WpUuTiAzEZs) menampilkan tiga orang wanita Malaysia penuh inspirasi yang telah mengatasi situasi yang mencabar dengan berbekalkan keberanian untuk mencuba sesuatu yang berbeza. Usaha mereka akhirnya menjayakan hasil yang positif dalam kehidupan masing-masing. 



Untuk maklumat lanjut tentang Program Mentor Wanita Cukup Berani, layari maggi.com.my/takkenaltakcinta





Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

4 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us