Assalamualaikum
Pandemik Covid-19 masih belum selesai dan pergerakan terbatas. Jadi 2 minggu lepas Marsha sekeluarga hanya bercuti dalam Ipoh sahaja tetapi staycation yang paling best ever! Walaupun lokasinya tak jauh dari kediaman Marsha, ianya tetap memberi pengalaman yang sangat berharga buat Marsha sekeluarga sebab ianya sangat bermakna. Sebenarnya tempat staycation Marsha ni pernah mendapat award Global Winner: Luxury Family All-Inclusive Hotel tau. Hebat kan? Ianya memang dalam wishlist Marsha untuk bercuti dalam Ipoh ni. Jom baca, Pengalaman Menginap di The Haven All Suite Resort Ipoh | Staycation Alam Semulajadi dan Penuh Aktiviti Menarik
Pengalaman Menginap di The Haven All Suite Resort Ipoh | Staycation Alam Semulajadi dan Penuh Aktiviti Menarik
Menurut Tripadvisor, The Haven All Suite Resort Ipoh adalah antara hotel terbaik dari 84 hotel yang ada di Ipoh ni. Top 3 tau! Bila Marsha tengok dekat review di Tripadvisor memang semuanya review yang positif. Marsha memang kalau nak stay mana-mana memang rujuk tripadvisor ni.
Tentang The Haven All Suite Resort
Mesti korang pelik kan kenapa The Haven All Suite Resort ini namanya ada perkataan All Suite? Sebenarnya semua bilik yang ada di The Haven Resort ini adalah suite. Haa...bayangkan lah kita dapat relaks di dalam suite mewah dengan ditemani bau dan bunyi hutan je. Memang jiwa Marsha ni sebab dulu Marsha memang budak hutan. Dulu Marsha memang ambil Diploma & Degree in Forestry.
The Haven Ipoh adalah kediaman hotel resort mewah yang terletak di tengah-tengah keindahan tebing batu kapur, hutan yang subur dan tasik di Ipoh, Malaysia. Lokasinya di area Sunway City dan kaya dengan unsur semula jadi lebih dari 280 juta tahun, namun terletak hanya 15 minit dari pusat bandar Ipoh. Jadi nak ke pusat bandar Ipoh pun senang je dan juga banyak kemudahan disekeliling.
The Haven All Suite Resort ini kalau tak silap Marsha merupakan bangunan tertinggi di Perak. Ia juga paling mesra alam di mana ia menggunakan hampir semua tenaga semula jadi, angin, solar dan air untuk menghasilkan pemanasan dan pencahayaan untuk kawasan umum.
Pembangunan ini terdiri dari sejumlah 3 blok masing-masing 26 tingkat, terletak di samping batu kapur sepanjang 280 juta tahun yang dinamakan,The Rockhaven dan bangunan ini tingginya sekitar 14 tingkat terletak di tepi tasik semula jadi. Kalau korang nak tahu The Haven ini terbahagi kepada 2 iaitu residensi dan juga resort. Kalau untuk The Haven Resort, ia mempunyai 150 bilik yang mana terletak di Tower B ( The Banyan ) dan kesemuanya adalah suite mewah. Menarik kan? Belum tengok gambar-gambar yang akan Marsha kongsikan lagi ni..hihi.
5 Sebab Perlu Menginap di The Haven All Suite Resort Ipoh
Meh Marsha kongsikan 5 sebab korang perlu menginap kat The Haven All Suite Resort Ipoh ni. Bila korang baca sebab-sebab ni confirm korang akan tahu kenapa berbaloi stay di suite mewah The Haven All Suite Resort Ipoh ni.
Bilik Suite Mewah Taraf 5 Bintang
Saat masuk di pintu gate pertama, sangat la teruja sebab tahap keselamatan yang ada kat The Haven All Suite Resort ini ketat dan bukan sewenang-wenang je orang luar nak masuk. Jadi rasa selamat bila ada kat sini. Hati ni tak sabar pula nak tengok bilik nanti. Bila encik suami park depan lobby untuk turunkan Marsha pergi check-in, siap dibukakan pintu kereta tau. Sangat-sangat rasa macam orang kaya kejap...hihi. Lepas Marsha turun, encik suami terus ke bahagian parking untuk parking kereta.
Alhamdulillah urusan check-in sangat mudah dan senang. Kemudian barang-barang kami di bawa oleh staff The Haven ke bilik. Staff sangat polite dan kami semua sangat selesa atas servis yang diberikan. Bila buka je pintu suite, kami semua tergamam. Tak sangka suite sangat besar dan mempunyai 3 bilik. Master bedroom dengan bilik air, bilik kedua dan bilik ketiga. Ada satu bilik air di luar bilik untuk sharing antara bilik 2 dan bilik 3. Anak-anak memang seronok sebab dapat bilik sendiri. Kalau check-in hotel, biasanya katil kena sharing dan tak ada bilik. Master bedroom pula ada televisyen asing. Jadi anak-anak boleh layan televisyen di ruang tamu dan Masha boleh layan movie dalam bilik je...hihi.
Bilik Utama ( Master Bedroom ) |
Bilik Kedua |
Selain dari bilik, suite ini berkonsepkan rumah tau. Kiranya ada bilik, ruang dapur, ruang makan, ruang tamu dan juga paling penting ada balkoni gaissss!! Balkoni menghadap tasik yang juga ada batu kapur yang memang dijaga yang dikenali sebagai 'The Rockhaven' yang berusia 200 Juta tahun. Di ruang dapur ada disediakan peralatan memasak ( available jika stay 5-7 hari keatas), peti ais besar, sinki, penapis air COWAY, mesin kopi serta microwave. Selain tu juga bahagian belakang dapur ada satu ruangan kecil untuk sidai baju dan juga tong sampah besar.
Ruang Tamu |
Ruang Dapur ( Sinki, Peti Ais, Penapis Air ) |
Ruang Dapur ( Meja Bar & Microwave ) |
Ruang Makan |
Menu Makanan Yang Sedap Sangat
The Cuisines adalah satu-satunya restoran yang ada di The Haven All Suite Resort Ipoh ni. Rekaan konsep restoran yang simple dan menarik dan mementingkan keselesaan pengunjung. Nak makan pun rasa selesa dan tenang je. Kalau nak feeling makan sambil dengar unggas hutan boleh makan bahagian luar. Berangin je memang best.
Makan Malam Menu Fine Dining Sedap dan Harga Berbaloi
Pada hari pertama check in di The Haven All Suite Resort Ipoh ni kami belum sempat merasa buffet sarapan sebab check in pun dah tengahari. Jadi kami hanya makan malam dekat The Cuisines ni. Kami mencuba 5 menu yang recommended kat sini. Semua kami try serba satu. Sebab porsi dia banyak dan sangat berbaloi.
• Chimicurri Prawn Salad
- Salad ni memang sesuai untuk penggemar salad atau vege. Campuran salad, parutan lobak merah, hirisan cili benggala untuk rasa pedas manja dan rasa masam manis dengan hirisan strawberi. 1st time Marsha makan salad yang ada hirisan strawberi ni. Diperasakan dengan baik. Memang Marsha suka.
- Bab steak ni memang Marsha sangat recommend. Daging steak sangat lembut dan diperasakan dengan baik. Sos dia pun serasi dengan steak ni. Marsha ada tanya apa maksud chimicurri ni. Rupanya daging steak ni diperap dengan herba terpilih seperti oregano, thyme dan basil dan di masak medium rare. Daging dia memang masak sepenuhnya tau even medium rare.
• Romesco Chicken
- Menu Romesco Chicken ni pun sedap. Dipadankan dengan sos walnut. Kelainan menu ni sangat ketara tapi bila makan gabungan yang serasi. Ayam pun juicy.
• Laksa Singapura
- Marsha tak pernah rasa laksa singapura sebelum ni. Jadi ini pertama kali. Tak tahu macamana nak describe tapi memang sedap. Kakak Anith siap tolong habiskan dengan rela sebab sedap sangat. Laksa dia pun sedap dan udang pun banyak.
• Chicken Rice
- Kalau kat Ipoh kami panggil Nasi ayam tauge. Ni adalah menu yang glemer di Ipoh. Nasi ayam ni wangi je bau nasinya. Yang best tauge dia ditanam sendiri tau! Dilengkapi dengan ayam hainan memang menyelerakan.
• Haven's All Natural Drink
- Malam ni kami disediakan dengan air istimewa The Haven Resort. Gabungan daripada bahan segar iaitu serai, halia, kulit kayu manis, limau nipis dan Wild Crysanthemun. Pastinya tanpa gula. Bila minum rasa sedap cuma bila akhir tu rasa herba yang ada tapi sedap. Boleh buang angin dalam badan..hihi
Deesert
• Kiwi Berry Yogurt Parfait- Kami disediakan dengan deesert yang sedap ni. Marsha tak pernah pun rasa parfait walaupun yang buat sendiri. Jadi ini kali pertama Marsha cuba parfait ni. Sedap! Rasa manis, masam tu bercampur memang mewah dimulut. Patutlah ramai orang suka parfait ni. Sedap rupanya.
Buffet Sarapan Yang Mewah dan Sedap
Esoknya, Marsha sempat bersarapan di The Cuisines sebelum buat aktiviti pagi. Variasinya agak banyak juga dan semua sedap. Ada nasi lemak, spagethi aglio olio, bubur, pencuci mulut, buah-buahan dan banyak lagi.
Di bahagian luar pula ada menu telur yang kita boleh request dekat kiosk nak half cook atau ommelette. Marsha paling suka ommeleete sebab isi dia banyak....hihihi. Juga ada hirisan bakon yang dibakar. Memang kenyanglah breakfast...hihi
Kalau korang nak tahu, semua masakan di The Cuisines ini bebas MSG dan juga ada HALAL jadi boleh makan tanpa risau.
Aktiviti Menarik di Sekitar The Haven
Di The Haven All Suite Resort ni juga disediakan dengan pelbagai aktviti untuk yang stay dekat sini. Banyak juga aktiviti yang Marsha buat seperti jogging di trek jogging yang disediakan, happyfeet dance di amphitheatre dengan instructor, main tabletop football, swimming di swimming pool, sand painting, berbasikal di kawasan resort dan juga melawat tapak kebun.
Trek Jogging |
Sebenarnya banyak lagi aktiviti dekat The Haven Resort ni yang Marsha tak sempat buat. Antara aktiviti lain yang disediakan di The Haven Resort ini ialah:
• WII Play
• Pets Feeding
• Ipoh Tour Transfer
• DIY Eco Enzymes
• DIY Birdhouse
• Archery
• Cooking Class
• Cardio Boxing
• Contemporary Pilates
• HappyFit Yoga
• Body Sculpture
• HappyFeet Dance
• Aerobics
Suasana Tenang dan Aman Bak Berada di Hutan
Cuba tengok gambar yang Marsha ambil dari balkoni suite yang Marsha menginap di The Haven All Suite Resort. Apa korang rasa? Ketenangan kan? Dengan hutan yang menghijau, bukan senang nak dapat view macam ni di mana-mana tempat lain.
Waktu malam memang jelas dengan bunyi unggas hutan. Memang pengalaman yang sangat berharga bila menikmati waktu malam di The Haven Resort ni.
Fasiliti Yang Lengkap
Fasiliti yang ada di The Haven All Suite Resort ni memang sangat lengkap. Dari fasiliti dalam suite, fasiliti di sekitar The Haven sendiri . Antara kemudahan fasiliti yang ada ialah:
Dalam Suite:
Sekitar The Haven:
Dalam Suite:
- Televisyen
- Penapis Air
- Microwave
- Meja Makan
- Peti Ais
- Dapur Masak
Sekitar The Haven:
Replika Patung Dinasour berhampiran The Rockhaven simbolik umur The Rockhaven 200 Juta Tahun |
• Lobby
• Gym
• Spa
• Swimming pool with jacuzzi
• Ballroom
• Badminton and Squash Courts
• Tennis court
• Basketball Court
• Jogging track
• Business Centre
• Junior Playroom
• Shuttle services
• Table tennis
• Electric car charger
• Pony Stable
• Pet's Corner
• Outdoor Playground
• Steam Room
Fasiliti Keselamatan The Haven:
• CCTV
• Anti-climb
• Anti-snake
• Anti-cut fencing
• Controlled access card entry
Lokasi The Haven All Suite Ipoh
Nak lebih senang meh Marsha kongsikan terus lokasi The Haven All Suite Resort Ipoh ni dekat korang. Senang terus sampai ke destinasi
Maklumat Lanjut
Haaa....buat korang yang plan nak menginap di The Haven All Suite Resort Ipoh ni untuk release stress dan cari ketenangan boleh lah tengok update semasa dan boleh booking terus di website dan social media yang Marsha kongsikan dibawah:
Website :
Facebook :
Instagram :
Alamat:
The Haven All Suites Resort
Jalan Haven, 31150 Ipoh, Perak
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
21 Comments
Nampak tenang je resort ni. Suka suasana macam ni.
ReplyDeleteOh my.. Dh nampak bebrap org review... Sukanya tempat ni. Bilik luas dah macam apartment. Ada banuak akyiviti.. View cantik.. Kene masuk list ni..
ReplyDeletethe haven ni mmg best, dia macam residensi apartment gtu kn?
ReplyDeletesuch a great recommendation. very helpful and informative! thanks for your effort in writing a detail review.
ReplyDeleteazni orang perak pun tak pernah sampai lagi dkt sana, teringin jugak nak pergi tgk mcm sejuk je sbb dekat dgn hutan
ReplyDeleteBestnya Huda .. mula macam takde hati nak ke The Haven ni tapi bila baca review Huda, terus nak booking. Syok jugak suasana sana. Kita tunggu reda sikit dengan situasi semasa ni.
ReplyDeleteDah lama tak de Holiday! I am so going to HOLIDAY after the pandemic ends !
ReplyDeleteWah seronoknya. teringin jugak nak ke sini. in shaa Allah satu hari nnti bolehlah saya datang bawa family :)
ReplyDeleteWalaupun saya jarang duduk hotel mahal2, tapi memandangkan tahun ni tak dapat ke luar negara, boleh la kot spend sikit untuk staycation dlm Malaysia. Suka tgk mknn kat the haven suites ni. Very classy.
ReplyDeleteSangat menarik utk cuti2 kat sini. Bilik pun luas utk dtg ramai2.
ReplyDeleteYang best tu ada suasana hutan. Ank2 Sisyat ank bandar mesti kena rasa pengalaman ni.
Nampak luqs dan selesa betul biliknya. Kalo stay kat hotel yg bilik camni dgn makanan yg sedap mmg puas hati
ReplyDeleteSuka tengok makanan yang disediakan tu.. Nampak sedap dan menyelerakan. Portion pun banyak. Memang berbaloi la kiranya dengan harga.
ReplyDeleteHotel macam ni memang sesuai untuk staycation. Covid pula sekarang memang staycation adalah pilihan terbaik untuk bercuti.
ReplyDeleteBiasa baca, dengar dan nengok aje suite Haven ni, tapi tak kesempatan nak singgah.. sebab jarang naik Ipoh, next time kalau ke sana boleh cuba.. bagus betul ada penapis Coway tu..
ReplyDeletebestnya marsha,nampak selesa sangat-sangat.Semua kelengkapan ada ek...best ni
ReplyDeleteAlhamdulillah dah pernah ke sana masa event company dulu. Sememangnya best kat sana!! Makanan sedap, bilik selesa! Memang best!
ReplyDeleteBestnya staycation kat The Haven ni.. next time turun Ipoh boleh try book kat sini.. Tenang sekitarnya dan kemudahan yang disediakan pun serba lengkap..
ReplyDeletewah.. bangunan tertinggi di Perak ye? baru tahu ni.. Memang nampak selesa hotel ni.. kalau orang yang singgah kat ipoh dan nak cari tewmpat bermalam.. boleh la menginap di hotel ni..
ReplyDeleteBestnya tengok percutian kat alam semulajadi dan juga dapat duduk bilik yang cantik kemas dan besar. Kita dulu punya cerita hampir-hampir nak duduk sini juga tapi belum rezeki Insha Allah lepas semua reda kita nak cari ketenangan kat tempat macam ni..
ReplyDeletemacam best la resort ni
ReplyDeleteHeavennya view dia.
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)