Assalamualaikum
Dah masuk minggu kedua PKPB di Perak. Bukan Perak je terlibat dengan PKPB ni. Semua negeri kecuali Kelantan, Pahang dan Perlis. Masa pengumuman ni Marsha sekeluarga masih berada di bumi Kuantan. Kebetulan abah dengan ma ada dirumah adik dekat Beserah, jadi kami sekeluarga ke Kuantan untuk ziarah. Sebelum ke Kuantan, kami pun survey homestay untuk menginap berdekatan rumah adik supaya senang nak berulang. Nak lepak umah adik pun dah ramai. Jadi sesambil tu boleh feeling bercuti juga...hihi. Melalui AGODA, suami booking homestay Timur Bay Seafront Residence, The SeaRenity . Bila tengok owner homestay share gambar homestay jadi kami bersepakat booking untuk 2 malam kami dekat Beserah. Jadi jom baca | Pengalaman Menginap di The SeaRenity Timur Bay, Seafront Residence | Homestay Kuantan
Pengalaman Menginap di The SeaRenity Timur Bay, Seafront Residence | Homestay Kuantan
The Searenity Dalam Timur Bay Residence ni |
Buat masa ni masih PKPB, orang-orang Pahang dan Terengganu boleh la menginap dekat sini kan. Terengganu dah 'grad' PKPB dan pahang memang 'green zone'. Negeri lain terpaksa tunggu habis PKPB dan bila dah clear tu boleh mula buat tempahan.
8 Sebab Mengapa Korang Wajib Menginap di The Searenity
Marsha menginap dekat The Searenity 3 hari 2 malam. Memang pengalaman yang best sangat. Meh Marsha kongsikan sebab korang wajib menginap di The Searenity bila ke Kuantan.
Lokasi yang Strategik
Lokasinya sangat strategik dan memang dekat dengan pantai. Lokasi The Searenity dengan dengan Bandar Kuantan pun tak jauh. Jalan pun straight je ke Bandar Kuantan. Jarak The Searenity ke Bandar Kuantan adalah 11km dalam 15 minit perjalanan dan ke Pantai Teluk Chempedak ialah 15km . Lagi satu memang sebelah pantai. Memang best sangat!
Sistem Keselamatan Yang Ketat
Ini Marsha memang recommended dekat korang. Bukan sahaja sistem keselamatan yang ada dalam Timur Bay Seafront Residence ni yang ketat, malah sistem keselamatan homestay The Searenity sendiri juga ketat. Pintunya yang auto-lock dan hanya boleh masuk guna passcode yang diberikan aje. Jadi memang orang tak tahu. Lagi satu lepas tutup dia akan auto double lock lepas 5 saat jadi keselamatan tu memang Marsha bagi 5 Star untuk owner yang sudah siap sedia dengan keselamatan pelanggan homestay.
Masa nak ambil kunci pun memang ada sistem keselamatan dia. Memang sukalah sebab rasa lebih selamat. Kalau korang nak tahu kenalah cuba stay kat The Searenity ni memang berbaloi.
Dekorasi Rumah Yang Minimalist dan Kemudahan Rumah Lengkap
Ini memang favorite Marsha. Deko minimalist memang pilihan Marsha tapi belum boleh apply dekat rumah sendiri lagi. Hari-hari ada je projek anak-anak. Jadi kita layan deko di The Searenity dulu. Bila once masuk je terus terpegun tengok dekorasi. Terus macam wow.....dan simpan dalam hati nak deko macam ni juga...hahaha
Owner The Searenity juga sediakan pelbagai kemudahan di dalam homestay. Lengkap tau! Selain yang basic. Meh Marsha senaraikan semua kemudahan yang ada dalam homestay The Searenity ni
- Katil Queen
- Katil Bujang
- Extra Tilam
- Bantal & extra Bantal
- Selimut & extra selimut
- Aircond ( ruang tamu & ruangan tidur utama)
- Meja Makan
- Meja Rehat (di balkoni )
- Sofa
- Almari
- Kipas
- LED TV
- PS3
- WIFI
- ASTRO & Netflix
- Dapur
- Penapis Air
- Peti Ais
- Mikrowave
- Cerek air panas
- Toaster
- Periuk Nasi
- Pinggan Mangkuk
- Sudu dan Garfu
- Heater
- Mesin Basuh 2 in 1 with Dryer
- Toileterries
- Tuala
- Set Piknik Pantai
- Alat pembersihan rumah ( mop & penyapu)
- Seterika & Papan Seterika
- Pengering Rambut
- Diffuser dan Essential Oil
Memang lengkap betul kemudahan yang disediakan. Tak perlu nak ke kedai dobi basuh dan keringkan baju. Nak masak pun boleh hanya beli barang masak je. Nak panaskan makanan pun boleh. Memang feeling ala-ala dekat rumah sendiri gituh....hihi.
Point View Yang Cantik
Ini memang terbaik. Tak tipu korang! View sangat spectacular! Memandangkan The Searenity ni berada di tingkat paling atas iaitu tingkat 13 dan view dia bukan biashe-biashe. Marsha pun terpegun bila tgk view menjelang senja. Cantik sangat!
View yang Marsha dapat tengok dari The Searenity ni half residences mengadap pool dan half pantai. Memang balance dan cantik sangat! Ok dah barapa kali dah cakap cantik kan? Memang korang kena tengok dan feel sendiri dia punya view.
Marsha suka lepak kat balkoni waktu malam. Sejuk dan tenteram je rasa. Bila waktu pagi pula Marsha tak lepaskan layan sunrise. Kalau korang nak tahu sunrise kat pantai timur memang cantik. Kalau dekat pantai barat dia punya sunset yang cantik.
Sunrise |
Harga Yang Bepatutan
Harga yang ditawarkan untuk satu malam sangatlah berbaloi dengan pelbagai kemudahan yang ada dalam homestay The Searenity. Kalau hotel pun ada yang basic je kan? Ni kira kita bayar all in siap boleh dobi dekat dalam homestay je. Lagi senang kan?
Nak masak pun boleh siap disediakan peralatan memasak, sudu, garfu, gelas serta pinggan. Juga disediakan penapis air untuk kemudahan penyewa di homestay The Searenity ni. Memang The Searenity ni feeling macam dok hotel mewah tapi full dengan kemudahan. Bab makan dah boleh jimat kalau memasak.
Pelbagai Kemudahan di Sekitar The Searenity
Di area Timur Bay Residence ni pun disediakan pelbagai kemudahan. Antaranya ialah:
5 Jenis Pool
Kid’s adventure playground
Gelanggang Tenis
Sauna
Gym
BBQ area
Multipurpose hall – badminton/basketball court
Terrace garden
Tunas Manja Mart
Guard
5 Jenis Pool ada Kat Sini |
Senang Nak Makan
Macamana kalau tak nak masak? Ala korang ni chill jek. Kat seberang jalan Timur Bay Residence ni korang boleh tengok banyak kedai makan yang ada. Pilih je yang mana berkenan dihati. Owner homestay akan bagi list kedai makan yang berhampiran siap dengan peta sekali. Boleh la kita pilih nak makan dimana. Foodpanda pun masuk tau korang!
Salah satu kedai sarapan pagi fav Marsha |
Malam biasanya encik husband akan tapau dekat restoran yang ada seberang jalan Timur Bay Residence. Pagi pula Marsha suka makan nasi berlauk dekat kedai depan Timur Bay Residence juga. Nasi dagang dia pun sedap. Lepas tu beli tapau untuk anak-anak. Di bangunan kedai depan Timur Bay juga ada Tunas Manja Mart (TMJ) yang jual pelbagai keperluan. Jadi kudap-kudapan, sabun basuh baju pun beli dekat TMJ. Harga pun murah.
Boleh Buat Aktiviti Pantai
Kalau korang nak tahu, di pantai waktu siang boleh buat aktiviti pantai tau. Pada hari kedua Marsha request dengan encik husband nak main ATV dan dapat approval. Yeay!! Hanya RM50/30 minit kira oklah sekali sekala nak main ATV kan. Ni 1st attempt Marsha main ATV ni. Memang seronok rasa.
1st time main ATV |
Selain tu kita boleh tengok matahari terbit di awal pagi. Sangat indah. Kemudian, lagi satu aktiviti ialah fly dron lah. Ni kena bawa dron sendiri la ye...hihihi. Tapi Marsha perasan waktu pagi ramai yang jogging dan brisk walk kat sini memang meriah.
Lokasi
Lokasi The Searenity ni senang je sebenarnya. Tapi untuk lebih senangkan korang, Marsha kongsikan terus lokasi The Searenity ni melalui google maps. Korang klik je terus menuju ke The Searenity. Lebih senang kan?..hihi
Cara untuk Buat Tempahan
Kalau korang nak pengalaman menginap macam Marsha di The Searenity ni korang boleh buat tempahan dengan cara di bawah.
Airbnb (prefered)
Agoda
Booking dot com
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut tentang The Searenity ni korang boleh tengok dekat IG Page dan FB Page di bawah:
FB Page : The Searenity at Timur Bay
IG Page: @thesearenity
Alamat: Kg. Sungai Karang, Balok, Jalan Kemaman-Kuantan
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
24 Comments
cantik yer kat sini.last year huda stay kat swiss garden sebelah bangunan ni. nanti nak holiday sini lah..
ReplyDeleteThanks share tempat ni Marsha. Cantik dan lokasi pun strategik. Masuk dalam list percutian akak kelak.
ReplyDeleteFacalities yang ada ruang bilik semua nampak selesa sangat . Rasa macam nak pegi bcuti dekat sini .
ReplyDeleteBestnya entah bila la dpt g jejalan leh sewa homestay nie haaa
ReplyDeletecomplete tempat penginapan tu.
ReplyDeletesenang bila semua kelengkapan ada kan.
nak bercuti pun rasa happy...
Wahhh menariknya homestay dia. Complete semua and cantik. View pantai tu memang terbaik la. Boleh masuk list ni. Best2
ReplyDeleteMenarik lokasi ni utk cuti2 dengan famili. View pun sangat cantik. Boleh cuba nt 😊
ReplyDeleteBestnya view dari dalam bilik tu.
ReplyDeleteCantik sangat tempat dia.. View dia.. Macam2 kemudhana ada.. Lenhkap.. Siap boleh main atv.. Syok
ReplyDeleteNanti kalau datang Kuantantan, boleh singgah stay dekat sini. View pun cantik
ReplyDeleteWah..view dari sliding door tu memang cantik la. Mmg padan diberi nama searenity. Harga pun berpatutan.
ReplyDeleteWah! bestnya stay sini! semuanya ada lengkap tak payah nak risau apa dah. first time tengok homestay ada letak diffuser. menarik ni!
ReplyDeleteSis suka menginap jenis ruang bilik macam rumah sendiri gini, selesa dan senang nak bergerak bebas. Mana-mana menginap, kalau pool mereka ada dan still buka, memang tu laa satu kepuasan bagi anak-anak kan.. nanti boleh try sini juga..
ReplyDeletememang cantik lah tempat dia, bangun pagi dah boleh nampak sunrise sebab beach view. Dah la lengkap dengan furniture siap ada diffuser. Memang ala2 hotel 5 star lah
ReplyDeleteMemang selesa dan cukup semua kemudahan yang ada. Kalau bervuti di Kuantan bolehlah saya bermalam di sini juga. Kira berbaloi dengan wang yang dilaburkan.
ReplyDeleteKalau macam nilah memang berbaloi baloi duit yang dibayar. Dahlah besar, selesa dna kemas. Siap boleh memasak lagi. Ada rezeki nak bercuti di Kuantan nanti bolehlah stay sini.
ReplyDeletePerghh bestnya residence ni.. Boleh la masukkan dalam list if ada visit Kuantan in near future.. betul2 serba lengkap ni..
ReplyDeleteSeronoknya, siap ada essential oil dengan diffuser! Semua kemudahan lengkap kat dalam penginapan ni.
ReplyDeleteSeronoknya! Siap ada essetial oil dengan diffuser disediakan. Semua kemudahan lengkap dalam penginapan ini.
ReplyDeleteWahhh best.. Nmpk atv terus nak pegi. Hahah lpas covid nu nak pi sini lah nnt.
ReplyDeleteI like the comfort room a lot! Nak visit The SeaRenity Timur Bay, Seafront Residence for staycation when CMCO lifted
ReplyDeleteWah, pakej yang lengkap. Tempat cantik harga pun menarik...
ReplyDeleteTerima kasih sis sudi kongsikan pengalaman ketika berada di Timurbay.boleh la saya cuba menginap disitu pula....hihihih
ReplyDeletecuba...sangat recommended. Pagi2 layan sunrise...best!
DeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)