Servis Reka Bentuk Dalaman Terkini dan Mewah Dengan Bajet Rendah di Design Collection IDW

Servis Reka Bentuk Dalaman Terkini dan Mewah Dengan Bajet Rendah di Design Collection IDW | Assalamualaikum. Pastinya ruang dalaman yang cantik dan kemas akan jadi impian semua orang. Betul tak? Marsha pun tak terkecuali suka kalau nampak susun atur dan juga hiasan dalaman rumah nampak cantik . elegan dengan design yang terkini. Marsha dari awal-awal perkahwinan lagi impikan rumah yang mempunyai hiasan dalaman yang cantik dan menepati citarasa Marsha. Namun apakan daya masa tu masih menyewa tetapi impian tak pernah pudar. Marsha siap join group dekorasi rumah sebagai inspirasi untuk merealisasikan impian Marsha dapatkan hiasan dalaman rumah yang menjadi impian.

Masa mula-mula duduk rumah sendiri, Marsha memang ada upah untuk renovate rumah. Tetapi hanya renovate sahaja dan bukan sekali dengan hiasan dalaman sebab masa tu bajet rendah dan hanya cukup untuk renovate rumah sahaja. Jadi impian untuk house interior design in Malaysia terpaksa dikuburkan sementara kumpul balik bajet. Tapi sekarang ni tak perlu risau kalau korang nak upah interior design in Malaysia dengan bajet rendah. Kini dah ada buku Design Collection IDW Design & Build yang akan memudahkan korang untuk DIY sendiri hiasan dalaman rumah korang. Tak perlu nak upah interior design buat. Kita boleh buat sendiri dengan jadikan buku Design Collection IDW Design & Build sebagai panduan.


Design Collection IDW Design & Build ini adalah hasil nukilan daripada pengasas IDW Design & Build Sdn Bhd sendiri. Marsha tertarik dengan kisah jatuh bangun pengasas IDW Design & Build ni. Jom kita tengok latar belakang pengasas IDW Design & Build Sdn Bhd ini juga ada ditulis pengalaman jatuh bangun di dalam buku Design Collection IDW Design & Build ni.




Cabaran Membina IDW

Pada tahun 2007, pengasas IDW Design & Build telah menubuhkan  syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman, IDW Design & Build (IDW) pada ketika itu masing-masing berumur 21 tahun dan baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Penubuhan syarikat ini didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM1.7 juta.

Pada usia 24 tahun, pasangan ini menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai RM70k. Projek ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. Disebabkan kurang pengalaman dan faktor umur yang masih muda, pasangan ini seringkali ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang. Disebabkan itu, projek mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

Pengasas IDW



Tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semangat buat pasangan ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana, dan seterusnya ke peringkat Sarjana. Dalam masa yang sama menguruskan perniagaan IDW.

Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di Sarjana akibat kurang memberikan komitmen masa dalam pembelajaran. Pasangan ini juga terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan, dan akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan. Mereka meneruskan tekad untuk membina empayar IDW walaupu terus berdepan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.


Tragedi Kebakaran Membuatkan IDW Semakin Utuh


Pengalaman ngeri yang membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih utuh di IDW. Tragedi kebakaran IDW New Zealand pada tahun 2017 yang hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api.





Bertitik tolak dari tragedi itu, menjadi ‘push factor’ untuk pasangan ini mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW. Tekad mereka untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna.

 

Fenomena COVID - Menguatkan Semangat IDW dan Buku Design Collection IDW Design & Build Terhasil


Tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus COVID. Akibatnya seluruh negara berhadapan ‘total lock down’ dan semua individu hanya duduk di rumah. 

Bersikap sentiasa bersedia mendepani apa juga cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan. Sasaran utama untuk lebih fokus, mengkaji kembali kemungkinan yang sukar diramal dan bersiap sedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik. Dengan ini terhasillah buku Design Collection IDW Design & Build ni.




Disebabkan arahan kawalan pergerakan menyebabkan ramai yang mahukan ruang kediaman lebih selesa dan tidak membosankan. Kesannya, permintaan untuk mencantikkan ruang kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang lebih selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga.

Disebabkan ‘New Normal’ mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan IDW Design Collection ini.


Servis Ekslusif & Harga Yang Perlu Dibayar


Sebagai jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini, IDW berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan. Keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati cita rasa pelanggan, membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi.Malah IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenal pasti cita rasa dan rekaan yang berkualiti.

Servis reka bentuk di IDW bermula dari RM6k kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik. Dengan adanya Design Collection, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik. Jadi jika bajet kita rendah, kita boleh sesuaikan dengan merujuk pada buku Design Collection IDW Design & Build ini.

Buku Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi. Ia juga berwarna memudahkan kita untuk mengubahsuai rumah dengan efektif dalam bajet rendah.


Pendapat Marsha Mengenai Buku Design Collection IDW

Bila memegang buku ini, Marsha rasa sangat selesa dan bersemangat nak 'study' tentang DIY hiasan dalaman ni. Dengan 200 koleksi rekaan dalaman yang menjadi kandungan utama buku IDW Design Collection juga mempunya 423 muka surat, ianya sangat bermanafaat dan juga berbaloi.

Rekaannya pula tidak bersasarkan kepada satu ruangan sahaja. Malah ianya merangkumi setiap sudut dirumah seperti ruangan makan, dapur, ruangan menonton televisyen, bilik tidur, ruang pejabat dan pelbagai ruangan lain. Jadi kita tak perlu fokus pada satu ruangan sahaja.




Buku ini juga lengkap dengan lukisan berwarna dan juga pelan yang mempunyai ukuran yang memudahkan Marsha untuk terus membuat ukuran yang sesuai semasa DIY semasa pengubahsuaian. Gambar-gambar juga berwarna memudahkan Marsha menyesuaikan dengan ruang yang ada dirumah Marsha sendiri.

Paling best jika tak jelas kerana tulisan yang agak kecil, boleh terus scan QR Code yang ada disetiap helaian dan boleh melihat lukisan dengan lebih jelas di telefon bimbit. Senang kan? Kulit muka depannya yang tebal dan keras dan juga setiap helaian menggunakan kertas yang berkualiti.


Memang Wajib Dapatkan Buku Design Collection IDW

IDW Design & Build telah mendapat inspirasi dengan penerbitan buku IDW Design Collection untuk membantu lebih ramai pemilik rumah mempunyai rumah idaman masing-masing sesuai dengan situasi pandemik Covid-19 yang membuatkan segalanya terjejas. Tak boleh keluar dan juga mengupah interior designer. 

Moga buku IDW Design Collection ini dapat memberikan ilham kepada pemilik rumah diluar sana untuk 'make over' rumah semasa pandemik masih berleluasa. Dalam masa yang sama juga ia dapat menjadikan ia sebagai satu hobi yang bermanafaat.

DAPATKAN "PLUG & PLAY" INTERIOR DESIGN BOOK PERTAMA DI MALAYSIA SEKARANG! RAYA PROMO RM 397 (HARGA ASAL: RM2897)





#IDWMalaysia
#IDWDesignCollection
#FIRSTPLUGandPLAYINTERIORDESIGNBOOKINMALAYSIA
#idwdesignnbuild
#200exclusiveinteriordesignsin1book
#bestinteriordesigninmalaysia
#houseinteriordesigninmalaysia
#interiordesigninmalaysia
#topinteriordesigninmalaysia
#topinteriordesigninselangor
#topinteriordesigninshahalam
#minimalisthousedesign
#modernhouseinterior
#bohoroomdecor
#bohemiandecor
#contemporaryinteriordesign
#houseinteriordesigninselangor
#aestheticbedroom
#livingroomdesign
#bedroominteriordesign
#Interiordesignbumiputra
#outdoordecor
#famousinteriordesigners
#famousinteriordesignersinmalaysia
#artdecointeriordesign
#3droomdesign
#decorationdesign
#interiordesignnearme


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us