Buffet Ramadhan Terbesar di Ipoh di Hotel Casuarina@Meru Mengetengahkan Citarasa Antarabangsa Berkonsepkan 'Seantero Dunia' | Sebelum masuk bulan Ramadhan lagi hotel-hotel mula mengiklankan Bufet Ramadhan. Ianya saban tahun dengan pelbagai konsep yang berlainan setiap tahun. Pada Marsha, pada bulan mulia ni tak salah kalau sekali sekala kita bawa keluarga berbuka di hotel yang menawarkan pelbagai menu dalam buffet Ramadhan mereka. Sekali sekala ' gantung kuali' apa salahnya kan...hihi
Minggu lepas, Marsha dan keluarga berpeluang berbuka di Hotel Casuarina, Meru. Menjelang Ramadhan tahun ini, Hotel Casuarina@Meru membawakan sebuah konsep khas untuk pengunjung Bufet Ramadhan dengan menawarkan Bufet Ramadhan berkosepkan 'Seantero Dunia'. Disini kita boleh rasai pelbagai masakan di seluruh dunia untuk dijadikan juadah berbuka puasa Ramadhan tahun ini.
Konsep Bufet Ramadhan "Seantero Dunia" di Hotel Casuarina@Meru memberikan peluang kepada pengunjung untuk menikmati kepelbagaian budaya dan keunikan dalam masakan di seluruh dunia seperti makanan tradisional, masakan ala Arab, masakan ala Cina dan pelbagai jenis masakan dari seluruh pelusuk dunia untuk dicuba.
Bufet Ramadhan Terbesar Di Ipoh
Bufet Ramadhan 'Seantero Dunia' merupakan Bufet Ramadhan yang terbesar di Ipoh. Masa mula-mula Marsha dan keluarga melewati pintu masuk, Marsha sangat terpegun ianya Bufet Ramadhan yang besar dan rupanya ia adalah Bufet Ramadhan Terbesar di Ipoh.
Pelbagai makanan disediakan dari pembuka selera sehinggalah pemanis mulu dan juga kuih muih tempatan. Banyak betul menu dan Marsha anggarkan lebih dari 30 menu yang ada.
Menu Bufet Ramadhan Casuarina@Meru 2021
Kalau nak cerita bab menu, masa kali pertama Marsha jejak ke Bufet Ramadhan di Hotel Casuarina@Meru ni Marsha terpempan sebab banyak sangat menu sampai tak tahu nak makan yang mana. Dari pembuka selera sampailah ke pemanis mulut memang lebih dari 5 jenis hidangan setiap satu. Memang banyak.
Menu setiap hari berubah antara 8 menu yang ditawarkan dan hidangan wajibnya ialah Kibas Panggang. Marsha tengok masa berbuka tu ada 2 ekor Kibas Panggang. Memang semua boleh rasa. Buat peminat kibas atau yang baru pertama kali nak cuba kibas boleh lah datang merasai keenakan Kibas Panggang di Bufet Ramadan Seantero Dunia di Hotel Casuarina@Meru ni.
Hidangan nasi pula terdiri nasi 2 jenis nasi iaitu Nasi Putih dan Nasi Beriyani untuk dipadankan dengan lauk-lauk utama seperti menu udang, pajeri nenas, sayur campur dan banyak lagi. Juga disediakan Nasi Ayam untuk peminat nya.
Satu tips, kalau nak merasa semua menu dekat bufet ramadhan di hotel, ambil dalam kuantiti yang sedikit supaya kita dapat rasa semua menu yang ada. Puas hati...hihi
Buat peminat kambing pula boleh cuba Kambing Gulai Kawah dengan Umbut Kelapa yang legend. Fuhh....terangkat. Tak lupa Daging Dendeng dan juga Lampung Goreng Berlada. Anak-anak Marsha suka sangat makan satay. Bertambah-tambah makan satay yang dibakar terus dekat bufet ramadhan ni.
Di bahagian hadapan Bufet Ramadhan 'Seantero Dunia' ni ada pelbagai gerai selain kibas panggang dan satay. Ada gerai keropok lekor, pasembur, murtabak, mee sup, shawarma dan banyak lagi.
Usai makan makanan berat, boleh la akhiri juadah berbuka dengan pelbagai jenis kuih, pastri, buah-buahan, aiskrim dan banyak lagi.
Sambil berbuka menyantuni perut, ada persembahan busker yang menjadi halwa telinga. Memang meriah sangat rasanya. Hotel Casuarina@Meru juga sediakan surau untuk memudahkan kita tidak berkejar masa untuk solat dirumah. Jadi kalau korang mencari bufet ramadhan sekitar Ipoh, boleh la jadikan Bufet Ramadhan Seantero Dunia sebagai list.
Kibas Panggang dan Bubur Lambuk Rusuk Kambing Juadah Paling Popular di Bufet Ramadhan "Seantero Dunia"
Kibas, jarang kita dengar daging kibas ditawarkan dimana-mana restoran atau hotel. Tetapi di Bufet Ramadhan Hotel Casuarina@Meru satu-satunya hotel yang menawarkan Kibas Panggang sebagai menu paling popular dan diikuti dengan Bubur Lambuk Rusuk Kambing.
Marsha pun pertama kali nak mencuba Kibas Panggang dan ia sememangnya pengalaman pertama dalam hidup Marsha mencuba Kibas. Rasanya? Tentulah sedap dan juicy. Memang tak rugi mencuba. Dekat stesen Kibas Panggang memang ramai orang. Ramai peminat kibas rupanya...hihi.
Harga Bufet Ramadhan Hotel Casuarina@Meru
Bufet Ramadhan 'Seantero Dunia' di Hotel Casuarina@Meru bermula jam 630 petang hingga 10 malam setiap hari sehingga 12 Mei ini. Bayaran yang dikenakan sangat berbaloi bagi Marsha. Hanya RM69 untuk dewasa, RM54 untuk warga emas dan RM34 untuk kanak-kanak.
Untuk tempahan Bufet Ramadhan 'Seantero Dunia' korang boleh hubungi no dibawah dan juga boleh 'walk in' sebab sebelum masuk ada kaunter pembayaran.
Tempah sekarang di talian 05-529 9999 / 016-5212288
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
17 Comments
Bestnya, dah lama tak pegi Buffet. Hopefully next year semua dah kembali normal & bebas ke mana-mana.
ReplyDeleteluasnya dewan makan tu. betul2 jaga sop sambil menjamu juadah berbuka. harga pun berbaloi nampaknya
ReplyDeletesedapnyaaaa makan buffet. banyak betul pilihan makanan. baru plan nak pi iftar kat luar dah pkp semula.
ReplyDeleteTu dia. Memang jauh dia merantau sampai seantero dunia juadah ada tu. Terliur tengok gambar. Nasib dah berbuka
ReplyDeleteWah menariknya, ada daging kibas. Seumur hidup saya pun belum pernah merasa lagi.
ReplyDeleteSeronoknye makan buffet. Lama dah ni tak gi buffet ramadhan
ReplyDeleteBestnya dapat berbuka kat luar terutama yang ada buffet ni, tahun ni tak silap sis 2 kali je berpeluang ke buffet Ramadan. Eshh rindu betul lah zaman2 tak ada covid..:(
ReplyDeleteNampak sedap semuanya tapi lebih tertarik dengan menu Kibas tu sebab tak pernah rasa. Ramai kata rasa daging Kibas lebih sedap dari Kambing. Kalau boleh rentas negeri lama terjah dah pastu menginap sekali kat situ 1 malam barulah berbaloi datang.
ReplyDeletemcm2 menu! meriah betul. Harga pun tengok dalam kategori okay lagi, bolehlah setahun sekali kan.
ReplyDeleteakak ipoh dekat mana? khai family pun orang sna. kalau rasa nak belanja dorang makan hotel ni je khai bawa dorang makan. pilihan pun not bad. untk bulan puasa khai tak pernah try lagi
ReplyDeletenampak pun sedap marsha... lama tak turun Ipoh.. best kalau dapat peluang berbuka kat tempat macam ni
ReplyDeleteWah! Bestnya ada pajeri nenas, yummeh... Part best sebab ada date, murtabak and pasembor... Jyeahhhhhh... Bagus ya penjagaan SOPnya... Semoga wabak COVID-19 ni segeralah berakhir... Rindu nak ke buffet macam sebelum ni...
ReplyDeleteNow I wish I was in Ipoh so I can try this amazing spread of Raya dishes myself.
ReplyDeleteMenarik juga kan menu2 kat hotel ni.. best la still boleh nikmati buffet Ramadan kat tempat lain.. KL dah stop dah untuk hari2 terakhir Ramadan ni.. harga dia pun not bad kan! berpatutan and affordable ni..
ReplyDeleteBanyak betul makanan sedap-sedap. Syok kalau dapat ke buffet Ramadan. Tahun ni Ruby belum berkesempatan untuk bawa family ke buffet. Jom berdoa agar next year covid-19 dah tiada. 🥰
ReplyDeleteKibas Panggang tu maknanya Kambing Golek ke? Ke lain ek?
ReplyDeleteBubur rusuk tu menariknya.. di JB n=bubur tulang aje ado..
Harga berbaloi..
Aduhhh.. Salah timing singgah sini. Nampak sedap belaka semuanya! Bila laaa PKP nak tamat ni
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)