Buka Puasa Ala Kampung di The Haven Resorts Dengan Sup Gear Box & Masak Lemak Itik Salai

Buka Puasa Ala Kampung di The Haven Resorts Dengan Sup Gear Box & Masak Lemak Itik Salai | Assalamualaikum. Ramadhan dah makin menghampiri kita. Mesti ramai yang mencari-cari lokasi berbuka puasa buffet Ramadhan 2021 Ipoh. Bila tak boleh rentas negeri selain rutin balik berbuka puasa di kampung, ramai yang memilih untuk bawak anak-anak ke Ramdhan buffet 2021. Sesekali apa salahnya kan sebab ianya juga salah satu 'family bonding time'. 

Buka Puasa Ala Kampung di The Haven Resorts Dengan Sup Gear Box & Masak Lemak Itik Salai

Marsha dah lama tak balik kampung di Kelantan. Biasanya kalau Ramadhan tiba, masakan mak dan juga masakan negeri Kelantan yang Marsha paling rindukan. Semenjak virus pandemik Covid-19 bermaharajalela pada Februari 2020 lepas, dah setahun lebih Marsha tak berpeluang balik Kelantan dan menikmati masakan kampung sendiri. Rindunya!!

Tahun ni disebabkan masih belum boleh rentas negeri, Marsha dan husband dah decide nak bawa anak-anak ke Ramadhan Buffet. Sekali sekala kan. Bila ternampak iklan Ramadhan Buffet di page The Haven Resorts yang menawarkan Nostalgia Balik Kampung Iftar Buffet yang bakal bermula pada 16 April 2021 hingga 8 Mei 2021 sepanjang bulan Ramadhan ni Marsha terus propose usul dekat husband. Sebab menu-menu yang akan dihidangkan memang kegemaran kami sekeluarga, masakan ala kampung.




'Gourmet' Ramadhan Istimewa 

Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba, The Haven Resorts akan menyajikan lebih 50 citarasa masakan yang kebanyakannya terdiri dari masakan kampung. Memang bila Ramadhan je Marsha memang suka sangat makan masakan ala kampung.

Citarasa istimewa ini disediakan khas oleh ketua tukang masak berpengalaman "Chef Shamsul" dan dibantu oleh team beliau, sepasukan tukang masak terlatih yang mengenengahkan masakan terbaik warisan kampung seperti Gulai Ikan Masin, Udang Sambal Petai, Sotong Tumis Saderi, Ayam Masak Merah, Daging Panggang Air Asam, Kambing Peratal, Nangka Muda Masak Lemak, Nasi Hujan Panas, Nasi Mandy, Bubur Lambuk, Bubur Pulut Hitam dan banyak lagi. Memang tak terkira menu yang akan dihidangkan nanti.



Kambing Peratal

Ikan Masak Asam Pedas

Tauhu Goreng Sambal

Sayur Campuran Goreng Kilas





Pilihan menu akan berubah setiap hari dan dalam masa yang sama juga ia juga menampilkan gerai juadah istimewa seperti Gerai Makanan Arab, Gerai Sup, Gerai Mee, Gerai Bakar, Gerai Gorengan beserta lebih dari 25 jenis hidangan utama dan 30 pembuka selera dan pemanis mulut. Rambang mata ni nak memilih...hihi

Gerai Laksa

Gerai Sup

Gerai Bakar

Gerai Gorengan



Hidangan Istimewa dan Sajian Wajib  Sup Gear Box dan Itik Salai Masak Lemak Cili Padi


Buat peminat Sup Gear Box dan Itik Salai Masak Lemak Cili Padi, jangan lepaskan peluang korang untuk merasa hidangan istimewa ni di Nostalgia Balik Kampung Buffet Ramadhan di The Haven Resorts Ipoh. Kedua-dua hidangan ini adalah hidangan wajib yang akan ada setiap hari tau. Jadi jangan lepaskan peluang ok!

Itik Salai Masak Lemak Cili Padi



Hidangan Sup Gear Box adalah hidangan kegemaran Marsha dan keluarga. Dapat makan, memang rasa puas hati sangat! Terubat rindu kampung halaman.

Sup Gear Box



Semua Hidangan Tiada MSG, Halal dan Menggunakan Bahan-bahan Segar

Paling menarik bila semua hidangan tidak menggunakan MSG dan juga menggunakan bahan-bahan segar. Marsha memang alah dengan MSG. Kalau termakan memang akan seharian lembik.

Restoran The Cuisine juga mempunyai sijil halal dan mengamalkan SOP yang ketat.

Berbuka Puasa dengan Pemandangan Tasik Indah di The Haven Resorts


Restoran The Cuisine lokasinya terletak berhampiran dengan tasik yang sememangnya indah bila kita pandang setiap masa. Dikelilingi kehijauan dan kedamaian hutan hujan semulajadi dan juga berlatarbelakangkan gunung batu kapur yang berusia 280 juta tahun dahulu yang berdiri megah ditasik dimana ia menjadi ikon kemegahan The Haven Resorts.




Harga Bajet Rendah dengan Hidangan Yang Pelbagai


Korang boleh nikmati hidangan istimewa ini dengan harga serendah RM95+ ( RM104+ bersih) untuk dewasa dan RM75+ ( RM82.50+ bersih ) untuk kanak-kanak dan warga emas. Kanak-kanak bawah 6 tahun pula boleh menikmati hidangan secara percuma dan ianya tertakluk kepada 2 orang dengan 2 orang dewasa berbayar. 

Early Bird akan mendapat potongan 20% jika tempahan dibuat dalam tempoh 48 jam sebelum bermulanya buffet Ramadhan.

Menginap di The Haven Resorts All In Dengan Sahur dan Makan Malam

Kali ni, The Haven Resorts juga tawarkan penginapan ALL IN atau PERCUMA dengan sahur yang akan dihantar ke bilik dan juga Ramadhan Buffet untuk berbuka puasa. Bukan itu sahaja, solat tarawikh juga disediakan dan akan diimamkan oleh ustaz yang akan dijemput khas. Menarik kan? Jadi tak perlu pikir dah nak sahur dan berbuka serta masih boleh solat tarawikh.



Marsha pun teringin juga nak grab promo yang ditawarkan oleh The Haven Resorts ni....stress free!!

Pemandangan dari bilik penginapan



Tempahan & Maklumat Lanjut

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh hubungi no yang tertera 05-540 0000 atau boleh juga emel ke sales@thehavenipoh.com atau boleh layari website di www.thehavenresorts.com. Tempahan terhad.





Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us