MARHUNA CETUS SEJARAH DALAM FESYEN HIJAB DI MALAYSIA DENGAN REKAAN HIJAB BERBENTUK PENSEL| Assalamualaikum. Buat peminat shawl Malaysia, mesti dah sinonim dengan jenama Marhuna kan? Jenama yang glamer dengan 'Pencil Shawl' dan menjadi trademark Marhuna sendiri. Marsha belum pernah cuba sebenarnya, tapi sempena raya pkp 2021 ni Marsha tekad nak cuba 'Pencil Shawl' yang menjadi buah mulut kawan-kawan ni.
Biasanya kalau shawl ni kita tengok bentuk dia 4 segi ataupun sebelah bulat sebelah empat segi. Lain pula dengan Pencilbie Signature Shawl dari Marhuna ni. Ianya bila dibuka bidangnya memang nampak seperti pensel. Pangkalnya tirus berbentuk pensel dan hujungnya separa bulat. Bila Marsha tengok kelainan yang ada pada design Pencilbie Signature Shawl ni terus membuak-buak nak cuba.
Shawl Pencil Marhuna Plain Shawl yang Labuh dan Selesa
Marsha order online je sekarang. Senang je kan. Pilih warna yang berkenan dan terus bayar. Parcel akan sampai depan pintu. Time-time PKP ni jari jemari je aktif bergerak shopping raya...hihi. Marsha sebenarnya tertarik dengan nama 'Marhuna' ini sendiri. Apa kisah disebalik nama 'Marhuna' ni?
Disebalik Nama Marhuna
MARHUNA berasal daripada nama seorang ibu, seorang ibu tunggal yang membesarkan pengasasnya, Pn. Nabiha Mohd Mashut dan adik beradiknya dengan hasil pendapatan menjadi tukang jahit di Kampung Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor.
Berbekal minat beliau dan niat meringankan beban ibunya, Pn.Marhuna Tauhib ketika belajar di universiti. Perniagaan MARHUNA awalnya bermula dengan menolong ibu beliau menjual kain pasang di blog pada tahun 2010.
Pada 2021, MARHUNA telah dibangunkan semula dan diberi nafas baharu dengan misi membantu lebih ramai lagi wanita diluar sana untuk mendapatkan hijab yang berkualiti tinggi, disamping merealisasikan cita-cita ibu untuk mengubah nasib keluarga MARHUNA agar tidak terkubur begitu sahaja. Sekaligus, membantu masyarakat agar dapat sama-sama menjana pendapatan bersama MARHUNA melalui Program Dropship "Marhuna Squad Academy".
Baru-baru ini, Marhuna telah memperkenalkan rekaan hijab shawl yang diinspirasikan daripada bentuk sebatang pensel. Bila sebut tentang shawl, sudah tentu kita terus terfikirkan bentuknya yang segienpat sama. Betul, Marsha pun bila sebut shawl memang auto terpikir bentuk segiempat.
Namun, kelainan yang ada pada Pencilbie Shawl mampu menyerlahkan keunikan kepada pemakainnya kerana bentuk tirusnya sengaja dicipta untuk membuatkan si pemakai nampak langsing dan tinggi. Ditambah lagi dengan penggunaan material yang berkualiti tinggi untuk memberi efek flowy dan premium ketika menggayakannya.
Bertepatan dengan tagline Marhuna, "The Hijab Match-Maker". Marhuna mempunyai kepakaran membantu wanita dalam mencari padanan hijab yang terbaik dan berkualiti tinggi agar bersesuaian dengan personaliti serta penampilan diri mereka, sekaligus mampu menyerlahkan keunikan dan kecantikan semulajadi wanita.
Pencilbie Signature Shawl - Shawl Malaysia Pertama Bentuk Pensel
Pilihan Marsha untuk Pencilbie Signature Shawl ni ialah Choc Milk. Masa sampai parcel dekat rumah, bila buka plastik parcel rupanya ia dibungkus dalam kotak. Memang rasa premium sangat. Jarang Marsha beli plain shawl ada kotak tau!
Marsha suka Pencilbie Signature Shawl ni sebab material dia Premium Crepe Chiffon. Material ni memang mudah jaga, senang jadi dan berat ( flowy ). Jadi memang takde masalah untuk gayakan Pencilbie Signature Shawl dengan apa gaya sekalipun. Bila Marsha pegang Pencilbie Signature Shawl ni memang sedap je kain dia. Ia juga sejuk bila pakai. Takdelah berpeluh kan. Ia juga tak jarang. memang selesa sangat.
Tengoklah dekat bahagian muka Marsha, elok kejadiannya ikut bentuk muka. Tak nampak bulat. Nampak elok je. Sekali pakai dah elok. Tak perlu ejas sana-sini.
Boleh Digayakan Labuh Tetap Selesa
Kebanyakan shawl bidang dia elok-elok tutup paras dada je kan. Ada yang labuh tapi labuh sangat. Untuk Pencilbie Signature Shawl ni saiz dia ngam-ngam. Tak terlalu singkat dan tak terlalu labuh. Sebab saiz Pencilbie Signature Shawl ni boleh ejas if nak seperti saiz biasa atau labuh.
Saiz Pencilbie Signature Shawl juga agak panjang dan lebar jadi Marsha boleh gayakan menutupi dada atau lebih labuh. Kalau korang suka pakai shawl dan suka labuh Pencilbie Signature Shawl dari Marhuna ni memang sangat recommended. Ni Marsha gayakan labuh didepan.
Harga Yang Berpatutan
Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi untuk sehelai Pencilbie Signature Shawl berkualiti premium ni. Jadi bagi Marsha ia sangat berbaloi. Even beli dekat luar pun tak dapat harga dengan kain yang berkualiti macam ni. Nampak kan tak jarang?
Memang in love betul dengan Pencilbie Signature Shawl ni. Ni pun masih usha-usha warna lain pula dekat www.marhuna.com ni. Kalau korang nak tahu, tengah sale tau sekarang. Harga berbaloi-baloi sangat.
Website: www.marhuna.com
Facebook: @marhunaofficial
Instagram: @marhunaofficial
#pencilbie #pencilbiemarhuna #marhuna #marhunas #marhunaofficial #marhunamalaysia
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
24 Comments
first time tau ada shawl pensil,cantik jugak kan, kain pun nampak kualiti, senang nak bentuk
ReplyDeleteBukan hanya pencil skirt now ye, pencil shawl pun dah ada. Suka baca cerita latar belakang penubuhan, bermula dengan membantu ibu sahaja kini dah jadi empayar.
ReplyDeleteI love the colour
cantik kain dan warnanya. nampak macam senang untuk digayakan
ReplyDeletehahaah cari juga ingatkan ada corak pensil rupanya tirus dia macam pensil. unik! first time dengar.kalau orang laki ni mesti jawab tajam je hahahha boleh consider untuk bgi dekat mak ni
ReplyDeleteCantik material shawl dia. Mudah nak pakai. Color dia pon cantik
ReplyDeleteCantiknya , ni yang rasa buat nak beli jugak nih. Paling penting elok terletak dan labuh kat depan tutup dada. Kaler dia pun lawa sangat.
ReplyDeleteOhh, baru tahu nama asal Pencilbie shawl ni. Betul lah, dah tengok sekali lagi ada rupa pensel tu.
ReplyDeleteThe texture of the hijab looks so classy and smooth like silky. Must be really comfortable to wear every day and for long period of time.
ReplyDeleteMasa tengok akak pakai tu, saya tak perasan rekaan yang mereka buat potongan pensil. Shawl camni mesti diminati ramai yang suka hujung tajam macam pakai bawal. Lagi ada warna apa kak?
ReplyDeleteMasa tengok akak pakai tu, saya tak perasan rekaan yang mereka buat potongan pensil. Shawl camni mesti diminati ramai yang suka hujung tajam macam pakai bawal. Lagi ada warna apa kak? Tengok materiwl tak jarang tu best lah.
ReplyDeleteOoo kesahnya bentik pencil tu pada potongan shawl dia yaa.. dari hrtu duk tertanya apa tu bentuk pencil hahahaha... nampak sedap pakai shawlnya, bolehlah survey..
ReplyDeleteMenarik betul nama shawl ni dan design pun sama! Berasaskan bentuk pensil duhal.. :) boleh suggest ni kat my friends yang hijabster ni..
ReplyDeleteCantik warna tudung ni, semang nak mataching sebab dia earth tone and the material pun nampak bagus
ReplyDeleteCantik Shawl ini sesuai untuk semua lapisan umur tidak kira muda atau tua. kain shawal ini juga sedap dipakai
ReplyDeleteUnik pula jenis shawl nih ye. Nampak terletak elok je Marsha pakai, cantik !
ReplyDeletedesign cantik. warna yg marsha pilih ni pun cantik. nampak kain shawl ni pun flowy dan soft.
ReplyDeleteCantik design dia.. Colour n kain pun tgok sgat b'kualiti
ReplyDeleteCantik pulak bentuk dia macam tu. Lerang pun besar nampak. Skrg susah nak cari shawl lerang besar
ReplyDeleteNampak kain dia agak premium, cantik terletak
ReplyDeletelabuh betul shawl ni yek... potongan pun cantik..
ReplyDeletetak jumpa lg shawl mcm nie.. memang senang tak perlu nk lilit byk 2.. cantik terletak je..
ReplyDeleteKemas jahitan dia. Bila pakai nampak terletak elok sgt. Kain pun jatuh elok je.
ReplyDeleteNampak labuh ya shawl ni.. Kain dia pon nampak mcm selesa je
ReplyDeleteWow this tudung material and colors looks good.
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)