Wau Meriahnya Syawal di the Curve| Assalamualaikum. Kalau korang nak tahu, sebagai sebahagian daripada kempen Raya pada tahun ini yang bertema “Wau Meriahnya Syawal” dari 16 April hingga 16 Mei, ruang Centre Court di the Curve telah diubah untuk menyamai suasana kampung di Pantai Timur. Untuk melengkapi suasana kampung ala Terengganu tersebut, kawasan itu juga dilengkapi dengan pangkin dan sampan hiasan selain dihiasi dengan Wau, bunga berwarna-warni, dan perhiasan lampu yang indah.
Wah nampak sangat seakan suasana kampung di Pantai Timur. Marsha pun kampung di Pantai Timur. Terubat rindu bila lihat ruang Centre Court di the Curve ni.
Para pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan muzikal ‘Sensasi Raya’ dengan reka tari istimewa dua kali sehari pada jam 2.00ptg dan 5.30ptg, pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Persembahan yang menarik ini kembali selepas setahun tidak diadakan akibat sekatan pergerakan di negara ini. Di samping itu, muzik instrumental Raya bertema Senandung Raya juga dipersembahkan pada jam 8.30 malam dari hari Jumaat hingga Ahad dan Cuti Umum.
SOPs are observed at the Centre Court entrance into the Terengganu-style Kampung setting |
Pretty 'wau' kites next to vendors at the Centre Court |
Sebagai ganjaran tambahan, pengunjung boleh menebus mangkuk seramik Citarasa Aidilfitri dalam pilihan pelbagai warna apabila membelanjakan sekurang-kurangnya RM450 dalam tidak lebih daripada dua resit. Mereka yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM150 dalam maksimum dua resit pula layak menebus paket duit raya khas Warna Raya. Penebusan boleh dibuat selagi stok masih ada dan tertakluk pada terma dan syarat.
Terengganu-style Kampung co |
Specially-choreographed Raya musical at the Curve on weekends and public holidays |
the Curve lights up in preparation for Raya |
Semua aktiviti di the Curve mematuhi prosedur operasi standard PKP 2.0 untuk menjamin keselamatan orang awam yang sentiasa diutamakan. Untuk maklumat lanjut, layari laman web the Curve di www.thecurve.com.my atau laman Facebooknya di www.facebook.com/theCurveShoppingMall.
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
14 Comments
Dah PKP 3.0
ReplyDeletecantiknyaaaa.. dah lama tak pi the curve ni sebenarnya. kalau pi curve boleh la ootd kat sini
ReplyDeletecantek dekorasi dekat mall ini.. suka tgk.. at least terubat hati bila tengok deko cantek mcm suasana kg
ReplyDeleteMoga dipermudahkan urusan kita semua dan semua boleh merentas ke mana sahaja. Boleh la nak melawat ke mana pun kan. Yang penting, semua kena vaksin now
ReplyDeleteLelawa kan deko sempena dengan Ramadan dan Syawal. Tapi sayang sebab MCO so tak boleh nak berkunjung.
ReplyDeleteTak ingat bila last pergi curve. Since pandemic started i rarely go to malls. Anyway the raya celebration here looks awesome.
ReplyDeleteMenarik kan decoration kat sini.. aritue ada pergi before Raya lagi.. suka sgt suasana dan decoration mereka... tahun ni sempat kunjungi few malls to tengok2 decoration mereka..
ReplyDeleteMasih ada lagi ke rumah ni semua kak? Dah PKP dah ni. Tak berkesempatan nak ke the Curve haaa.
ReplyDeleteTerus rindu nak masuk Mall.. sekarang pulak dah PKP ni dua jam aje boleh kan.. belum pernah masuk Curve lagi..
ReplyDeleteSelalau tiap tahun jalan2 juga dekt sini tgk apa yang ada. Tapi tahun ni tak pergi pun.. Sebab risau keeslamatn semua. Cantiknya hiasan. Kalau tak ni adh jadi port ambik gmbr.. Hehe
ReplyDeleteHow I miss shopping at the mall. I have not been there for so long now huhuhu. stay safe
ReplyDeleteMeriah! tapi apakan daya pandemik sekrang ni, kena banyak stay at home. But, okaylah ada usaha yang macam gini, terubat sikit rindu kampung
ReplyDeleteLama dah tak pergi the curve. Bila buat hiasan macam ni terubat rindu nak balik kampung
ReplyDeleteCantiknyaaaaaaaaaaaaa decorations tu, siap ada tarian pulak tu... Memang mengimbau nostalgia dan menggamit hati teringatkan kampung halaman agitchewwww... Tapi takpelah, tengok gambar pun jadilah, terubat juga rindu kat hati ni kan...
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)