5 Resepi Masakan Cina Halal Yang Boleh Kita Cuba Sepanjang Di Rumah

5 Resepi Masakan Cina Halal Yang Boleh Kita Cuba Sepanjang Di Rumah



Assalamualaikum. Bila dengar 'Total Lockdown' di tambah lagi 2 minggu, aduhai hati ni mula resah nak memikirkan menu-menu yang akan dimasak dirumah. Boring juga asyik menu yang sama je kan. Marsha punya selera pula pelik-pelik juga. Paling suka adalah masakan cina sebab ianya lebih sihat dan sedap.


Jadi Marsha pun dah simpan dan buat beberapa menu yang Marsha rasa ianya menjadi kegemaran rakyat Malaysia berbilang bangsa. Nak tahu tak? Jom kita tengok beberapa menu masakan cina simple



1. Nasi Ayam Hainan


Flickr @ Dato' Professor Dr. Jamaludin Mohaiadin



Bahan-bahan

- 2 cawan beras (bersih dan toskan)
- 2 sudu besar lemak-lemak ayam
- 2 ulas bawang merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 2 helai daun pandan(disimpulkan)
- ½ inci halia
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar minyak bijan
- 3 ½ cawan air rebusan ayam


Kaedah

- Dalam periuk nasi yang telah dipanaskan, masukkan sesudu minyak masak dan tumis lemak-lemak ayam. Tunggu sebentar hingga lemak ayam sedikit garing. Alihkan.
- Tumiskan pula bawang merah, halia dan bawang putih yang telah dihiris, kacau agar semua bahan digoreng rata.
- Tambah daun pandan yang telah disimpulkan. Tambah garam secukup rasa.
- Kacau rata.
- Masukkan beras yang telah dibasuh tadi. Gaul rata sekali lagi.
- Sekarang gunakan air rebusan ayam sebanyak 3 cawan .
- Kacau agar ia sebati.
- Tekan pada dan tunggu hingga nasi seperti biasa.
- Setelah masak, kacau nasi dengan garpu agar tidak melekat-lekat.
- Sedia untuk dihidang


2. Sizzling Yee Mee


Flickr @ Faizudin Yusof




Bahan-bahan

- 1-2 buku Yee Mee

Bahan kisar

- ½ biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia

Bahan kuah kicap

- 3 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar manis kicap
- 2 sudu besar kicap cair
- 1 ketul kiub pati ayam
- 1 sudu besar minyak bijan
- 2 sudu teh tepung jagung + ½ cawan air


Bahan rencah

- 2 ketul isi ayam bahagian bertulang (potong kecil)
- 5 biji cendawan shitake (hiris)
- 1 pokok sawi manis
- 3 ulas cili kering (potong pendek)


Kaedah

- Celur yee mee hingga lembut, ketepikan.
- Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
- Masukkan bahan rencah mula dengan cili kering. Selepas itu cendawan shitake.
- Kemudian masukkan ayam yang telah dipotong kecil-kecil.
- Bila ayam telah masak, masukkan bahan-bahan kuah kicap lain bersama tepung jagung.
- Bila kuah telah menggelegak, masukkan sayur sawi.
- Apabila sayur sawi telah masak, tambah garam secukup rasa.
- Untuk menyediakan yee mee sizzling tanpa hot plate, masukkan yee mee ke dalam kuah sejurus sebelum dihidangkan agar mee tidak kembang.
- Kemudian pecahkan telur dan tutup api sebelum kuah menjadi terlalu kering.
- Hidangkan bersama cili api yang dipotong bersama kicap cair.




3. Baby Kailan Sos Tiram


Nguli-online.me




Bahan-bahan

- 1 genggam kailan
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu teh kicap cair
- 1 sudu besar tepung jagung dibancuh bersama 3 sdb udara
- 1/2 sudu kecil minyak bijan
- 1 cawan udara
- 2 sudu minyak masak


Kaedah

- Panaskan air di dalam periuk dan titiskan sedikit minyak masak
- Setelah mengelegak, masukkan sayur kailan. Celur sehingga sayur empuk.
- Segera rendam sayur ke dalam sebekas berisi air bersama ais dalamnya. Ketepikan.
- Dalam kuali, tumiskan bawang putih dan tambah sos tiram.
- Tambah sedikit kicap dan minyak bijan.
- Tambah bancuhan air jagung dan pilih kuah pekat.
- Tutup api dan tuang ke atas baby kailan yang telah dicelurkan.
- Sedia untuk dihidang.


4. Ayam Kicap Mushroom


Esipicitarasawan.blogspot.com



Bahan perap

- ½ ekor ayam yang dipotong-potong kecil
- 1 sudu besar sos tiram 1tbs kicap pekat (manis)
- 1 sudu besar kicap cair Bahan tumis
- Halia
- Cili kering
- Cili api

Bahan lain

- Cendawan shitake segar atau cendawan kering yang perlu direndam dahulu.
- 1 labu bawang putih
- Sedikit air tepung jagung
- Air (jika ingin banyak kuah)
- Garam seckup rasa.

Kaedah

- Perapkan ayam sekurang-kurangnya 4 jam
- Tumis bahan tumis dan kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi.
- Masukkan air dan biarkan merenih sebentar, kemudian masukkan garam jika kurang masin.
- Akhir sekali masukkan bawang putih seketul dan biarkan kuah pekat.
- Jangan lupa masukkan sedikit air tepung jagung.
- Siap!


5. Honey Lemon Chicken Wing


Flickr @ Marco



Bahan utama

- 12 ketul kepak ayam *gaul dengan garam dan serbuk perasa


Bahan kering

- 4 tbsp tepung beras
- 2 tbsp tepung gandum
- 1 tsp garam
- 1 tbsp serbuk cili/paprika
- 1 tsp baking powder
- ½ tsp ajinomoto


Bahan Sos

- 1 sudu minyak
- 1 cawan stok ayam
- 1/4 cawan jus lemon
- 2 sudu gula
- 2 keping lemon
- Bancuhan tepung (tepung jagung + air)


Kaedah

- Bersihkan kepak ayam.
- Gaul dengan garam dan serbuk lada Sulah.
- Kemudian tambah dengan 2 sudu bahan kering yang telah dicampur.
- Perap sebentar
- Sediakan minyak penuh dan panaskan
- Sebelum goreng ayam, gaul dengan baki bahan kering dulu.
- Toskan selepas goreng.


Cara sediakan sos

- Tambahkan sedikit minyak dalam kuali
- Tumiskan bawang putih dan juga hirisan lemon.
- Kemudian masukkan ayam dan stok ayam
- Masukkan sedikit jus lemon dan juga madu
- Biarkan semua bahan pekat dan sebati baru tutup api
- Siap!


Itulah dia 5 resepi chinese food yang boleh kita cuba masak sendiri di rumah. Jika rasa sibuk, tak sempat nk masak, jangan stress! Sekarang kan ada servis penghantaran makanan yang dipesan secara online hingga ke depan pintu rumah.




Seperkara lagi, kita juga boleh minta servis contactless delivery untuk elak ada hubungan rapat dengan rider. Ini untuk menambah baik urusan semua orang untuk memutuskan rangkaian penularan Covid-19.

Marsha sendiri cukup suka dengan Foodpanda. Bermacam jenis hidangan ada, boleh tentukan sendiri mahu makan apa. Paling best, anak-anak boleh ikut order makanan kegemaran mereka tanpa perlu keluar dari rumah sama sekali. Terbaik Foodpanda!



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

4 Comments

  1. This article gives the light in which we can observe the reality. This is very nice one and gives indepth information. Thanks for this nice article.

    ReplyDelete
  2. boleh lah try resepi ni bila2 nanti

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us