Bebas Jerawat & Parut Dengan Rangkaian Cosmoderm TTO Refining Oil Control Serum & Cosmoderm Vitamin E Bi-Phased 2000 IU

Bebas Jerawat & Parut Dengan Rangkaian Cosmoderm TTO Oil Control Serum & Cosmoderm Vit E Bi-Phased 2000 IU | Assalamualaikum. Marsha memang mengambil berat tentang penjagaan kulit wajah. Walaupun Marsha jenis tak suka 'make up' sangat. Tapi kalau bab 'skin care' ni 100% Marsha ambil berat. Sebab ia nya kunci pada kesihatan kulit. Kalau kulit dah sihat, nak mekap pun tak yakin. Betul tak?

Kulit Marsha ni jenis kombinasi. Ikutkan kalau kulit kombinasi ni ada kawasan yang oily dan ada kawasan yang kering. Biasanya kawasan yang oily ialah T-zone. Tetapi adakalanya ia berminyak dan naik jerawat. Adakala tu kering sangat kulit sampai kemerahan dan gatal-gatal. Sampai satu tahap tu kulit dah jadi sensitif sangat. Stress? Memang stress sangat. Solution nya..kena cari produk yang sesuai dengan kulit dan bantu kulit untuk lebih sihat.

Belum lagi bab jerawat, jerawat ni kalau naik memang tak boleh bawa bincang. Dah jerawat kecut, ada parut pula. Bila ada parut ni yang meninggalkan kesan yang tak enak dimata...hihi. Sebagai solution, Marsha cuba produk Cosmoderm sebab bila baca fungsi dia, ia fokus pada kawal jerawat dan juga membantu memudarkan parut jerawat dari bermaharajalela kat kulit muka. Memang glamer produk Cosmoderm ni sebenarnya. Dah lama nak cuba. Apa lagi kita try lah memandangkan harga pun mampu milik. 




Cosmoderm TTO Oil Control Serum & Cosmoderm Vitamin E Bi-Phased 2000 IU  Untuk Kulit Berjerawat dan Berparut




Sebenarnya ada 5 jenis jerawat yang 'menyerang' kulit kita. Jenis-jenis jerawat ialah white head, black head, ialah jerawat tanpa keradangan juga jerawat pasir, jerawat biasa dan juga jerawat batu adalah jerawat keradangan kerana ia mengandungi nanah. Kalau tak di cegah dari awal memang ia akan meninggalkan parut. Kena pula tangan gatal nak picit kan...hihi

6 Punca Naik Jerawat


#1 Terlampau stress - Korang perasan tak kalau time stress sangat jerawat mula naik tanpa segan silu? Ini disebabkan bila kita berada dalam keadaan stress, adneralin dan hormon androgen dalam badan kita  dikeluarkan secara berlebihan dan menjadi punca jerawat naik mendadak.

#2 Alat 'make up' tidak bersih - Buat penggemar 'make up' korang kena titikberatkan kebersihan alat make up seperti berus dan juga span. Kena kerap bersihkan setiap kali lepas guna. Sebab bakteria yang terkumpul pada berus dan span akan mengakibatkan jerawat naik.

#3 Liang roma tersumbat - Semasa nak cuci muka seharian, pastikan kulit muka betul-betul bersih supaya liang roma tidak tersumbat. Jika tersumbat ia juga menjadi salah satu punca jerawat naik. Marsha biasanya akan guna make up remover baru cuci muka. Even tak pakai make-up pun supaya kulit muka betul-betul bersih.

#4 Tuala lap muka tak bersih - Marsha cadangkan tuala untuk lap muka berbeza dari tuala mandi. Ini kerana tuala mandi tidak dijamin juga kebersihannya. Kulit muka kita lebih sensitif dan lembut dari kulit badan. Jangan lupa kerap basuh tuala supaya sentiasa bersih.

#5 Kerap memicit jerawat - Tabiat memicit jerawat ni memang best sebagai terapi. Tapi sebenarnya ia sangat tak elok terutamanya bila kita picit jerawat menggunakan jari dan kuku. Kita pun tak pasti jari dan kuku kita bersih ke tak. Ia akan membiakkan jerawat ke tempat lain pula.

#6 Rutin jaga muka tak konsisten - Penggunaan skincare perlu konsisten sekurang-kurangnya 90 hari penggunaan. Baru kita nampak ianya sesuai atau tidak dengan kulit kita. Tapi ia bergantung juga. Kalau seawal 7 hari dah nampak perubahan, teruskan ke 90 hari untuk hasil yang terbaik. Kerap bertukar skin care juga akan menyebabkan jerawat naik.

Jerawat ni tak mengenal siapa. Lelaki atau perempuan pun ada masalah jerawat yang sama. Cuma beza tahap serius masalah jerawat tersebut. Jadi untuk elakkan pertumbuhan jerawat, memang kena ambil berat tentang punca naik jerawat ni.

Parut Jerawat Tak Bahaya Tetapi Ia Perlu Dirawat

Parut terhasil bila tisu atau kulit tercedera, kemudian badan akan hasilkan sejenis protein yang dipanggil kolagen. Kolagen ni akan bantu dalam proses penyembuhan dengan menghasilkan jaringan yang menguatkan tisu yang tercedera. 

Ia akan mengambil masa yang agak lama sekitar tiga hingga lima bulan kolagen dan saluran darah yang baru terbentuk dengan aktif menyebabkan parut kelihatan tebal dan kemerah-merahan dan proses ini akan berlanjutan sehingga  parut akan kelihatan semakin rata, lembut dan pudar. Tapi jika penghasilan kolagen berbelebihan dan tak teratur, mungkin akan jadi sebaliknya.

Kesan parut pula berbeza. Jika kecil saiz jerawat mungkin parutnya kecil dan kalau jerawat besar ia akan meninggalkan parut yang agak besar dan mungkin akan buat kulit muka kita berlubang. Memang susah hati. Parut hitam-hitam pula tu. Bila ada parut hitam dimuka, Marsha sendiri pun tak yakin nak keluar.

Penggunaan Cosmoderm TTO Oil Control Serum & Cosmoderm Vitamin E Bi-Phased 2000 IU Bantu Rawat serta Cegah Jerawat & Pudarkan Parut Jerawat

Cosmoderm telah memperkenalkan rangkaian Cosmodrm TTO dan juga Cosmoderm Vitamin E yang membantu kita dapatkan kulit yang sihat dan cantik dengan harga mampu milik. Kali ini Marsha nak fokuskan 2 produk skincare mencegah jerawat dan pudarkan parut jerawat jenama Cosmoderm. 



# 1 Cosmoderm Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum 30 ml





  • Ia adalah serum kawalan minyak dan berfungsi untuk mengawal rembesan sebum yang berlebihan dan membantu mengimbangi kulit wajah. Ia mendorong pengelupasan kulit dengan membuang sel mati yang berlebihan dari permukaan kulit untuk mengelakkan pori tersumbat.
  • Sesuai untuk Kulit Berminyak dan Berjerawat
  • Diformulasi dari BHA + AHA & Vitamin B5
  • Tea Tree Oil - antibakteria semula jadi yang terbukti dengan sifat menenangkan untuk mengurangkan jerawat dan jerawat.
  • Diuji secara Dermatologi
  • Bebas Paraben
  • Bebas Minyak Mineral
  • Bebas Wangian

Kelebihan Cosmoderm TTO Refining Oil Control Serum

  1. Membantu mencegah dan merawat jerawat
  2. Membantu mengecilkan liang pori terbuka
  3. Membantu mengawal rembesan minyak di wajah

Cara Penggunaan :
Sapukan serum dengan mengurut secara lembut ke seluruh muka hingga diserap setelah memakai toner.

*Produk ini mengandungi AHA yang akan menyebabkan kulit anda lebih sensitif pada cahaya matahari. Digalakkan untuk menggunakan sunscreen selepas menggunakan serum ini pada waktu pagi.


# 2 Vitamin E Bi-Phased Toning Essence ( 48 ml )





  • Gabungan toner minyak dan air yang terdiri daripada 2.000 I.U Vitamin E dan Vitamin B5 yang menenangkan dan melindungi kulit daripada pencemaran UV dan alam sekitar yang berbahaya. Ia juga membantu menyeimbangkan mikrobiota kulit, mencerahkan, dan mengimbangkan semula tona kulit yang tidak sekata. Ia akan menjadikan kulit anda berasa terhidrat sepanjang hari.
  • Sesuai untuk Kulit Normal, Kering atau Kombinasi
  • Diformulasi dari Niacinamide (Vitamin B3) & Vitamin B5
  • Vitamin E - Antioksidan yang melindungi kulit dari kerosakan oksidatif dengan melawan radikal bebas. Ia juga mempunyai manfaat pelembab dan peremajaan kulit yang membantu menguatkan fungsi penghalang kulit.
  • Diuji secara Dermatologi
  • Bebas Paraben
  • Bebas Minyak Mineral
  • Bebas Wangian


Kelebihan Cosmoderm Vitamin E Bi-Phased 2000IU

  1. Sekatakan tona kulit 
  2. Menganjalkan kulit
  3. Membantu merawat parut dengan efektif


Cara Penggunaan :

Selepas toner, gunakan toning essence pada muka dan urut dengan lembut sehingga ia menyerap.


Kat Mana Nak Dapatkan Cosmoderm TTO Refining Oil Control Serum & Cosmoderm Vitamin E Bi-Phased 2000 IU ?





Korang boleh dapatkan Cosmoderm TTO Refining Oil Control Serum & Cosmoderm Vitamin E Bi-Phased 2000 IU ni di wesite Cosmoderm atau di Shopee Official Cosmderm. Meh Marsha kongsikan link terus:




Website Cosmoderm : https://www.cosmoderm.com.my/
Shopee Cosmoderm : https://shp.ee/a7fzczh
TTO Refining Oil Control Serum : https://shp.ee/8bkxhw9
Vitamin E Bi-Phased 2000 IU: https://shp.ee/7ypqiqh


#Cosmoderm
#TeamofCosmoderm
#Youturnbeauty
#ControlAcneDelete



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

11 Comments

  1. Sangat setuju kalau stress, muka Naim banyak naik jerawat. Kekadang rimas jugak ,Alhamduilah ada produk yang bagus ini.

    ReplyDelete
  2. Cantik la pulak box dia tu. Berkenan sungguh. Teringin nak pakai Vitamin E toning essence tu. Nak kena mencari jugak ni.

    ReplyDelete
  3. Yes. Rawlins dah baca a few testimoni nie, jadi makin berkenan nak try yang tea tree oil tu. Pernah try jenama lain, macam yang berasas tea tree nie sesuai dengan kulit Rawlins.

    ReplyDelete
  4. Nampak sangat la cun kotak dia tu ditambah dengan packaging dia yang cantik. Sis teringin nak pakai Vitamin E toner essence dari Cosmoderm.

    ReplyDelete
  5. Packaging Nampak lebih esklusif, kemas dan lebih cantik

    ReplyDelete
  6. Punca3 naik jerawat tu mmg betul.. and tto dr cosmoderm mmg antarabyg terbaik

    ReplyDelete
  7. Dah banyak produk Cosmoderm ni kan.. Sis sampai skearang guna facewash Teatree dia.. walau ada gak guna lain produk.. nanti boleh try yang ni plak..

    ReplyDelete
  8. Makin smart packaging dari Cosmoderm ni yer. Saya pun dulu pengguna tegar Cosmoderm pastu stop. Tapi masih ada guna lagi produk dia walaupun tak semua.

    ReplyDelete
  9. wow.. menarik nih... dah laa Sha sejak PKP ni naik jerawat manjang

    ReplyDelete
  10. ramai beri feedback positif skincare cosmoderm nie. teringin pulak nak guna. nanti nak carilah dekat drugstore berhampiran

    ReplyDelete
  11. This article gives the light in which we can observe the reality. This is very nice one and gives indepth information. Thanks for this nice article.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us