Tepuk Amai-Amai Pocket Sound Book Cara Terbaik Marsha Dedahkan Anak-anak Kecil Dengan Lagu Klasik Rakyat | Assalamualaikum. Anak-anak zaman sekarang dah kurang terdedah dengan lagu-lagu klasik rakyat. Kalau tak dedahkan, nanti esok-esok lagu-lagu klasik ini akan terkubur macam tu sahaja. Marsha faham sangat sekarang ni anak-anak seawal 2-3 tahun pun dah tahu lagu-lagu kpop seperti kumpulan BTS. Sebab ianya secara tak langsung telah didedahkan. Macam Marsha kecik-kecik dulu suka tengok TV1 yang banyak kartun dan lagu-lagu klasik rakyat.
Marsha sangat suka lagu-lagu klasik rakyat sebab ia penuh dengan mesej dan juga nasihat. Dari situlah pembentukan sahsiah anak-anak akan terbentuk. Dalam masa yang sama, anak-anak juga akan mengenal dan menghargai budaya, agama dan bangsa kita. Sambil dengar lagu, sambil anak-anak belajar. Betul tak? Siaran televisyen sekarang pun dah makin maju dan banyak kartun-kartun moden disiarkan. Jadi, pendedahan anak-anak terhadap lagu klasik rakyat amat sedikit.
Tepuk Amai-Amai Pocket Sound Book Lebih Kecil, Lebih Ringan & Mudah Alih
Marsha pasti, readers yang selalu follow Marsha, memang tahu Marsha suka sangat dedahkan anak-anak dengan buku-buku keluaran Baba baa. Anak-anak Marsha ni mudah tertarik dengan lagu-lagu. Senang cakap dorang memang suka lagu. Jadi lebih mudah Marsha dedahkan anak-anak dengan lagu-lagu klasik rakyat dengan buku-buku dari Baba baa ni. Sebelum ni pun Marsha ada kongsikan Tepuk Amai-Amai Sing-and-Record Fun Book dari Baba Baa dan kali ini ia versi poket.
Kenapa tidak guna gadget? Bagi Marsha, Marsha nak biasakan anak-anak dengan buku. Jadi dalam masa yang sama Marsha dapat elakkan anak-anak dari ketagihan gadget dan juga boleh 'secure' mata anak-anak dari mengadap gadget secara berlebihan. Jadi Marsha lebih suka guna cara 'manual'...hihi. Anak-anak pun ada pengalaman nak selak buku dan juga nak pegang buku.
Bila keluar je produk terbaru Bababaa, Tepuk Amai-Amai Pocket Sound Book terus Marsha dapatkan tanpa berpikir panjang sebab ia pastinya pelaburan yang berbaloi. Buku ni sangat interaktif dan ia mempunyai 10 butang suara. Mereka terdiri daripada 5 lagu kanak-kanak Nusantara klasik dan sajak kanak-kanak dengan 5 kesan bunyi yang sepadan. Paling best ia lebih kecil , ringan dan mudah alih, kta boleh bawak travel, boleh bawa balik kampung dan layan anak-anak anda bila-bila masa di mana berada! Ilustrasi dalam buku-buku keluaran Baba Baa juga menarik!
Dalam Tepuk Amai-Amai Pocket Book ni mengandungi 5 lagu yang rasanya sangat familiar bagi mak-mak seusia Marsha iaitu:
💗Tepuk Amai-Amai
💗Bintang Kecil
💗Dua Mata Saya
💗Enjit-enjit Semut
💗Suriram
Korang boleh tengok video
Bila dengar lagu-lagu dalam Tepuk Amai-Amai Pocket Book ni, Marsha terus teringat masa zaman kanak-kanak Marsha. Suka sangat tengok TV1 masa tu banyak kartun-kartun dengan lagu-lagu klasik rakyat. Rindunya nak ke zaman itu semula...😍😍
Tepuk Amai-Amai Pocket Sound Book ni bukan hanya lagu je tau. Juga disediakan lirik sekali supaya anak-anak memahami dan boleh menyanyi sama lagu-lagu klasik rakyat ni. Butang lagu pula mudah ditekan dan kita hanya perlukan bateri 3AAA sahaja. Tak renyah kan? Dah habis bateri, kita boleh je dapatkan bateri dekat kedai-kedai diluar sana. Juga ada butang ON dan OFF supaya bateri boleh jimat..hihi.
Jadi Pemenang Setiap Bulan Baba Baa Dengan Pocket Book Coloring Contest
Cara nak sertai senang sahaja:
- Beli Pocket Series Book Baba Baa, Tepuk Amai-Amai Pocket Sound Book ATAU Rasa Sayang Pocket Sound Book
- Warnakan lembaran dengan menggunakan pensel warna, warna air atau krayon cantik-cantik.
- Muatnaik halaman yang diwarnakan dan kongsikan di social media seperti Facebook dan/atau Instagram.
Senang je kan?
PALING PENTING!! Jangan lupa juga:
- Follow Facebook dan Instagram @bababaa.my
- Tag 3 kawan
- Tag @bababaa.my dan letak hashtag #magicaladventurewithbababaa dan #coloringcontest
Pemenang bulanan akan diumumkan. Apa tunggu lagi? Jom cepat-cepat dapatkan Pocket Series Sound Book Baba Baa, Tepuk Amai-Amai Pocket Sound Book ATAU Rasa Sayang Pocket Sound Book!
Dimana Nak Dapatkan Pocket Series Book Baba Baa?
Korang boleh dapatkan Pocket Series Book Baba Baa, Tepuk Amai-Amai Pocket Book ni untuk anak-anak secara online di laman web Baba Baa, juga boleh rujuk maklumat dibawah
Website: bababaa.com
Instagram: @bababaa.my
Facebook: Baba baa Malaysia
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
13 Comments
Boleh beli utk ank sedara ni, depa bukn kenal pun dgn lagu2 klasik zamn dulu2 ni..
ReplyDeleteThis article gives the light in which we can observe the reality. This is very nice one and gives indepth information. Thanks for this nice article.
ReplyDeleteOk. Nie boleh beli dan hadiahkan pada my friends ni sebab anak dia nak bestday tak lama lagi dan budak bijak tu memang suka menyanyi.
ReplyDeleteOlolo......comel nyer sound book nie. This is good! This sound book is good for babies yang baru nak kenal dunia. Thank you for sharing.
ReplyDeleteBagus initiatif ni sebab kanak-kanak zaman sekarang lebih tertarik dengan audio atau video kerana penggunaan telefon bimbit. Audio book seperti ini mampu menarik minat mereka untuk membaca.
ReplyDeleteAnak-anak sekarang abis terdedah dengan tiktok la. Nak tengok lagu kanak-kanak jauh sekali. Ada buku macam ni boleh tarik perhatian diorang sebab boleh sentuh dan colorful
ReplyDeleteMenarik juga ni. Tak tau plak ada buku camni. Boleh cuba beli untuk anak 1. Siap ada contest coloring lagi tu.
ReplyDeleteTringat zaman anak-anak Sis kecil, Sis suka nyanyikan lagu klasik time menudirkan mereka, now Sis buat plak kat anak sedara hehehee
ReplyDeleteSuka dengan buku ni.. senang dan praktikal utk anak2 nak baca dan pahamkan. Sambil tu ada muzik tu yg sgt menarik
ReplyDeleteNice to let the kids read books in box set. so many fun moments reading together kan
ReplyDeleteWow this Tepuk Amai-Amai Pocket Sound Book is so fun for child's learning process.
ReplyDeletebest yer buku interaktif ni, tambah minat anak2 membaca. mujur anak2 huda semua dah besar.. kalau nak jugak beli satu
ReplyDeletewhat a fun and exciting little books. i am sure the children will love them
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)