Cyberwira Didik Anak Digital Lebih Yakin Melayari Dunia Siber Dengan Lebih Selamat dan Berpengetahuan | Assalamualaikum. Pada era zaman kini, semuanya berada dihujung jari. Apa saja maklumat yang anak kita perlukan sewaku pembelajaran atau pun nak siapkan tugasan yang diberikan oleh guru boleh dapatkan dengan cepat sebab ianya dihujung jari sahaja. Tambahan pula waktu pandemik wabak Covid-19 masih berleluasa internet adalah satu keperluan. Tapi adakah ia selamat untuk anak-anak kita? Ianya masih menjadi tanda tanya.
Cyberwira Didik Anak Digital Dedahkan Anak-anak Dengan Dunia Siber Sebenar
Cyberwira Didik Anak Digital adalah satu program dibawah LeapEd Services, sebuah syarikat sosial yang tak asing lagi dan telah ditubuhkan pada September 2010 oleh Khazanah Malaysia. LeapEd Services telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Yayasan AMIR, Yayasan Hasanah, Institut Pendidikan Guru (IPG), UNESCO, PETRONAS, Yayasan UEM dan juga Tenaga Nasional Berhad dalam program transformasi pendidikan yang mendukung sistem, pemimpin sekolah, guru, pelajar, ibu bapa, dan komuniti yang lebih meluas.
LeapEd Services juga merupakan syarikat sosial yang telah banyak memenangi anugerah dan merupakan Penyedia Perkhidmatan Pendidikan yang pertama di Malaysia. Kegiatan transformasi pendidikan mereka berkait rapat dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 (MEB) dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) United Nation dan sehingga kini LeapEd telah bekerjasama dengan 164 sekolah kebangsaan, yang telah mengubah pengalaman sekolah untuk kira-kira 166,000 pelajar di seluruh negara.
Mengapa Cyberwira Sangat Diperlukan Oleh Anak-anak?
Sebagai ibubapa, kita rasa kita dah pantau sepenuhnya gadget anak-anak. Tetapi kita sebenar-benarnya tidak mampu nak mengawasi anak-anak 24 jam bersama internet. Tambahan sekarang ni semua adalah secara online. Nak tak nak kita kena benarkan anak-anak melayari internet untuk menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru terutamanya. Dengan silibus matapelajaran yang makin tinggi, amat sukar bagi ibu bapa untuk mengikuti perkembangan dalam talian atau mengajar anak-anak amalan terbaik.
Bila anak-anak bersama internet, banyak perkara yang kemungkinan boleh berlaku jika anak-anak tidak memahami isu keselamatan yang perlu ditikberatkan jika tidak didedahkan dengan lebih awal. Terutamanya data peribadi. Ramai anak-anak remaja tak tahu sebenarnya data peribadi adalah komoditi paling berharga abad ke-21. Ia mesti dilindungi. Jika didedahkan ia akan membahayakan anak-anak remaja kita dan juga keluarga.
Anak-anak remaja kita juga perlu dilindungi dari individu yang mengambil kesempatan. Contohnya kes sebelum ini yang viral di mana usahawan produk yang agak terkenal dengan kes menukar jantina telah dikecam hebat kerana buat IG LIVE dengan budak lelaki yang berusia 14 dan 15 tahun pada jam 1.50 pagi dan berpakaian amat mencolok mata. Memang tidak patut! Ia menjadi kemarahan satu Malaysia.
Penggunaan teknologi ternyata tidak dapat dielakkan. Kita mesti mendidik anak-anak remaja kita untuk hidup dengan bertanggungjawab. Oleh itu, anak-anak juga perlu didedahkan cara bagaimana nak mengelakkan diri dari scammer contohnya belian dalam talian dan juga tidak terpengaruh dengan isu-isu remaja yang boleh menyebabkan anak-anak mula memberontak dan sebagainya. Paling takut jika anak-anak menjadi mangsa buli siber. Kalau tidak dirawat dengan awal boleh menyebabkan kemurungan. Jika ianya dibendung dari awal, Cyberwira akan membantu remaja mengelakkan masalah dalam talian yang boleh menjejaskan peluang masa depan mereka.
Buli siber adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian meningkat. Insiden sebenar kejadian buli siber masih belum diketahui kerana ramai mangsa buli siber tidak tampil untuk mendapatkan bantuan. Kalau korang nak tahu, buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet.
Paling mengejutkan Malaysia berada di tangga ke 6 tertinggi di 28 negara di dunia dan ke 2 tertinggi di Asia pada tahun 2018. Memang sangat serius! Gejala buli siber ini mempunyai kesan segera dan meluas memandangkan serangan pembuli boleh berlaku dalam masa 24 jam sehari dan dengan kapasiti yang sangat luas. Kesan dari buli siber sangat ekstrem sehingga boleh menyebabkan individu kemurungan yang teruk jika tidak dicegah dari awal.
Sebagai ibu bapa dan semestinya model terdekat anak-anak, macamana kita nak bantu anak-anak kita dari terjebak dengan kes buli siber ni? Program CyberWira adalah pilihan selain menasihati dan juga memantau penggunaan media sosial anak-anak dan seterusnya menjadi sebahagian daripada Warga Digital CyberWira .
Apa itu Cyberwira?
CyberWira adalah satu program kewarganegaraan digital (Digital Citizenship) yang membantu anak-anak yang berumur 13-18 tahun "hidup, bermain dan belajar dalam talian dengan lebih selamat."
Kursus ini mengandungi 8 modul iaitu:
- Digital Footprint & Reputation - We are the product, our data is for sale, workforce readiness, social media awareness .
- Digital Etiquette - Viral spread of fake news, erosion of trust, engage through rage, cyberbullying
- Digital Security - Unhealthy digital behaviours, phishing, identity theft, lack of online financial scam awareness.
- Digital Literacy - Unreliable information sources, erosion of trust, critical thinking, workforce, social media awareness.
- Digital Communication - Workforce readiness, viral spread of fake news, cyberbullying
- Digital Health & Wellness - Unhealthy digital behaviours, addictive technologies, attention economy.
- Digital Commerce - Lack of entrepreneurial skills, workforce readiness, lack of basic financial literacy.
- Digital Rights and Responsibilities - Social media giants not held responsible, digital creativity, empowerment, plagiarism & copyright.
Kelebihan Selepas Menyertai Program Cyberwira
Seiring dengan fokus utama Kempen Cyberwira Didik Anak Digital untuk memupuk kesihatan mental dan emosi dalam talian, dapatkan pengetahuan dengan selamat dalam talian dan juga memaksimumkan produktiviti dalam talian, Marsha telah mendapatkan 'feedback' dari anak Marsha sendiri, Anith selepas usai menghabiskan kelapan-lapan modul Cyberwira.
Ternyata, ia memberikan kesedaran kepada Anith cara untuk menggunakan teknologi dengan yakin, selamat, bertanggungjawab dan kreatif untuk membina reputasi dalam talian terbaik. Anith mula faham berkomunikasi dengan berkesan dan berfikir untuk mempromosikan tingkah laku yang baik semasa dalam talian tidak kira bersama rakan ataupun keluarga.
Paling penting Anith juga boleh membezakan apa yang tidak boleh dikongsi dan apa yang boleh dikongsi supaya keselamatan diri dan keluarga terjaga. Ini kerana ia mungkin akan dieksploitasi oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Anith juga memahami ancaman terkini di dalam talian seperti berita palsu, penipuan dan buli siber di dunia digital. Anith juga mampu menjaga kesihatan mental dan fizikal semasa melayari internet.
Apa yang menarik minat Marsha tentang program Cyberwira ni, modul program yang disusun sangat mudah difahami dan mesra oleh anak-anak seawal usia 13 tahun seperti Anith yang baru meningkat remaja. Malah Marsha sendiri sebagai ibu, mudah faham topik-topik yang ada dalam kelapan-lapan modul ini. Juga banyak aktiviti-aktiviti menjawab yang membuatkan Anith 'enjoy' semasa membuat modul Cyberwira Anak Digital ini.
Alhamdulillah lepas ni Marsha dah tak perlu risau dan rasa lebih yakin bila anak-anak melayari internet. Marsha lebih yakin Anith telah ada pendedahan yang cukup dan dapat bezakan baik dan buruk ketika melayari internet.
Sebagai guru sekolah pula, Marsha sangat-sangat bersetuju jika program Cyberwira ini dimasukkan dalam silibus persekolahan kerana ia sangat membantu pelajar-pelajar menerokai alam siber dengan lebih selamat dan berpengetahuan. Ia boleh dijadikan sebahagian daripada kurikulum utama dan kaitkan dengan dunia digital atau kerja rumah, juga sebagai sebahagian daripada aktiviti kelab komputer. Mesti menarik!
Nak Menangi Program CyberWira secara PERCUMA?
Leaped Services juga telah menganjurkan peraduan kepada semua diluar sana yang ingin memiliki program Cyberwira ini dengan PERCUMA untuk anak-anak. Caranya senang je seperti langkah dibawah:
Langkah 1 : Like/Follow LeapEd Services di IG/FB
Langkah 2 : Muat naik gambar atau video anda/anak dan kongsikan mengapa anda ingin memenangi Program CyberWira secara PERCUMA. Tag IG Marsha, @marshalizadotcom dan juga @leapedservices. Juga jangan lupa hashtag #didikanakdigital #cyberwira
Peraduan bermula sekarang dan pemenang akan diumumkan pada 30 Ogos 2021 di Instagram dan Facebook LeapEd Services.
Jika korang nak mengetahui keterangan lanjut mengenai program boleh layari:
Website:
Facebook:
Instagram:
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
11 Comments
WAH TQ.. GOOD SHARING NI DALAM ZAMAM ANAK2 YANG SENTIASA DENGAN INTERNET
ReplyDeleteOh wow...this is a good app for kids during this pandemic season. But is it only for teenagers? Sesuai x utk kanak2 sekolah rendah. If yes, nak suggest kat cousin.
ReplyDeleteBetul... Zaman sekarang anak2 kecil perlu didedahkan dengan penggunaan Internet.. jika tidak mereka akan ketinggalan.. memang menjadi kerisauan para ibu bapa untuk membiarkan anak2 melayari internet tanpa pengawasan.. hope ini adalah satu langkah yang baik dlm membantu para ibu bapa utk mengawasi anak2 mereka
ReplyDeleteYes. Dalam keadaan anak-anak lebih mudah terdedah kepada alam siber now, Cyberwira memang perlu diserapkan dalam pendidikan sekarang.
ReplyDeleteSelain dari bantuan dari Cyberwira, suka ruby berkongsi bahawa peranan ibu bapa kena selalu memantau anak-anak semasa mereka melayari internet. Walaupun nampak menonton video, bermain game dalam talian atau membaca article. Kena pantau. Butiran perbadi jangan mudah sangat exposed, kita faham keseronokan melayari internet tu. Segala borang pop up nak isi. Hahah.
ReplyDeleteBagus ni, untuk mengelakkan dan mendedahkan anak-anak lebih meluas dalam dunia siber sekaligus supaya tidak menjadi buli siber.. dan sekarang pun banyak kena control kan, kalau di biar, lain plak nanti..
ReplyDeleteBagus perkongsian ini, sememangnya teknologi tidak dapat dielakkan dan kita yg harus membuat sesuatu untuk mendidik yang kecil supaya cyber-smart
ReplyDeletemenarikkan prog ni.. bg pendedahan kepada anak2 terutama tentang risiko mereka bila berada di alam siber
ReplyDeleteMenarik ni Program Cyberwira. First time dengar mengenai program Program Cyberwira ni. Memang bagus sangat untuk kanak kanak.
ReplyDeleteBagus , kalau dapat diajar disekolah pun bagus sebab dah memang ini zaman anak2 hidup dengan teknologi dihujung jari. Tapi kalau ada program macam ni rasa selamat sikit sebab dah bagi garis panduan yang betul pada anak2.
ReplyDeleteprivacy dan data peribadi memang sangat penting. anak anak kena aware pasal benda ni. takut terlepas ke tangan org luar
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)