Pengalaman Family Camping di Outworld Rafting & Basecamp, Gopeng Perak.

Pengalaman Family Camping di Outworld Rafting & Basecamp, Gopeng Perak | Entri ni dah berminggu dalam draf tapi belum sempat nak publish. Kali ni jadiii....hihihi. Semua tahu kita semua dah lama berkurung dirumah. Lepas je pengumuman negeri fasa 2 dan boleh merentas daerah untuk yang vaksin lengkap, Marsha terus cari port nak 'camping'. Marsha kesian kan anak-anak yang lama duduk dalam rumah. Jadi Marsha pikir 'nature is the best for them' . Sebab kes pun masih agak tinggi jadi baik marsha pergi ke tempat yang kurang orang. Buat 1st timer mom nak bawak anak-anak camping ni banyak benda kena study. Anak-anak pun bawah 5 tahun. Kalau dah besar tu lain cerita pula. Marsha ada anak sulung 13 tahun tapi dia pun 1st time juga...hihi.

Plan nak camping ni dah lama terdetik cuma belum sempat laksanakan lagi. Jadi bila berpeluang ni, Marsha terus usha-usha group camping tengok tempat perkhemahan menarik di perak. Akhirnya Marsha jumpa port best untuk 'family camping'. Buat 1st timer macam Marsha ni memang sesuai. Tak perlu nak sediakan khemah bagai, sebab buat 1st timer ni nak sediakan barang-barang camping tu menanah juga mas kahwin nya...hihi. Takpe slow-slow kita tambah...gituhhhh.

Pengalaman Kali Pertama Camping Bersama Anak-anak


Tanpa buang masa, Marsha terus ja booking satu malam di Outworld Rafting & Basecamp di Gopeng, Perak. Nak cuba tengok anak-anak serasi ke tak untuk tido dalam khemah. Kalau serasi kita boleh asah bakat dorang berkhemah...esok-esok senang. Betul tak?...hihi. Marsha dengan suami memang dari zaman sekolah kami jenis lasak. Sekurangnya kami boleh biasakan anak-anak dengan nature pun dah ok. Ingat lagi masa Tufael 3 bulan, Marsha bawak satu famili naik houseboat ke Belum Forest. Sebenarnya program sekolah tapi memang seronok!

Berbalik pada aktiviti camping kami ni, untuk permulaan Marsha booking untuk 2H1M sahaja di Outworld Rafting & Basecamp ni. Untuk anak-anak biasakan diri dengan nature. Lepas dah booking baru lah nak pikir apa nak bawak dan sebagainya. Dalam hati agak gusar juga sebab sampai hari kami check in, owner bagitau hanya kami sekeluarga je hari tu. Esoknya baru ada yang masuk.





Persediaan Kali Pertama Camping

Persediaan kami sebelum 'check in' Outworld Rafting & Basecamp ni biasa-biasa je sebab kebanyakan keperluan dah lengkap. Pihak  Outworld Rafting & Basecamp dah sediakan kemudahan-kemudahan berikut:

  • Khemah
  • 2 Tilam
  • 2 Katil
  • Kipas
  • 4 Bantal
  • 4 Selimut
  • Plugpoint
  • Tempat makan beserta plugpoint
  • Air Cuckoo
  • Tandas ( 1 tent, 1 tandas & 1 bilik air )
  • Freezer
  • Peti ais
  • Tempat basuh pinggan
  • Basikal
  • BBQ Pit

Jadi Marsha hanya sediakan beberapa keperluan penting yang lain seperti

  • Dapur elektrik
  • Periuk Nasi Elektrik
  • Kuali
  • Pinggan/Mangkuk
  • Gelas
  • Makanan kering
  • Makanan basah ( ayam, sayur )
  • Bekas air boleh lipat
  • Barangan peribadi
  • Tuala
  • Snek
  • Wayar extension
  • Lampu
  • Krim nyamuk
Tak seperti kita nak buat persediaan untuk 'camping' sebenar sebab dengan bayaran RM150 semuanya telah disediakan. Lebih senang Marsha sebagai mak nak setelkan hal masak-masak...hihi. 

Review 2Hari 1Malam di Outworld Rafting & Basecamp

Korang ingat tak tadi Marsha ada bgtau Marsha risau sebab satu-satunya famili yang akan bermalam kat situ. Bila sampai, semua kerisauan tu hilang sebab kawasan dia luas sangat dan kiri kanan ada kampung. Mula-mula risau juga ingat jauh ke dalam hutan dengan anak-anak kecil. Sangat-sangat lega. Owner pun ada sama standby waktu malam di bilik yang khas. Jadi kami tahu ada yang standby jika apa-apa.



Tent/Khemah

Tent dia sangat besar dan selesa. Disebabkan kami je family yang bermalam pada hari tu. Kami request 1 lagi kipas. Anak-anak memang seronoklah 1st time nak tido dalam tent. Memang selesa sangat sampai anak-anak pun boleh lepak2 selesa dalam tent. Kemudahan dalam tent seperti 2 tilam, 2 katil camping, 4 bantal, 4 selimut, kipas dan plugpoint.





Tandas & Bilik Mandi

Tandas dan bilik mandi pula dah ditentukan dan kita tak risau berkongsi. Jadi boleh nak tinggal alat mandi kita sebab tak berkongsi.




Tempat Makan & Pantri

Tempat makan kami pula bersebelahan tent tido. Jadi boleh masak dekat sana. Boleh BBQ juga. Hari tu Marsha beli satay yang dijual disana dan bakar ayam untuk makan malam. Berselera anak-anak makan.









Esoknya pagi pula menu kami nasi goreng sardin dan sebelum checkout kami sempat lunch nasi lemak ayam.




Pantri pun ada boleh masak dekat sana tapi Marsha hanya masak nasi je kat sana dan ambil air minuman. Marsha juga letak bahan basah dekat dalam freezer dan juga peti ais. Dekat pantri ada mesin kopi tau! Boleh minum bila-bila masa..hihi

Tempat Basuh Pinggan Mangkuk / Sinki

Outworld Rafting & Basecamp juga sediakan tempat basuh pinggan mangkuk. Jadi korang tak perlu risau. Nak basuh beras boleh basuh dekat pantri sebab ada air bertapis.



Kemudahan Parking

Jangan tak tahu, dekat Outworld Rafting & Basecamp kita boleh park kereta sebelah tent je. Jadi tak susah kami nak amik barang. Memang memudahkan. Kita pun tak risau keselamatan kereta sebab dah parking sebelah tent.



Aktiviti Yang Boleh Dibuat

  1. Mandi sungai
  2. Berbasikal
  3. Aktiviti bebas
Kawasan Outworld Rafting & Basecamp ni sangat luas. Kami main bola, naik basikal dan juga Marsha ambil peluang untuk fly drone...hihi





Secara peribadi, Marsha  dan suami sangat selesa even kami je yang ada kat situ. Sebab kami bebas tanpa risaukan contact di masa pandemik ini. Owner sangat-sangat sporting.

Ada Juga Hut


Kalau nak try tido dalam hut atau rumah buluh pun ada dekat  Outworld Rafting & Basecamp ni. Nampak best.




Pakej Rafting 

Sebenarnya di Outworld Rafting & Basecamp ada pakej bermalam termasuk rafting. Masa Marsha pergi tu aktiviti rafting belum open lagi. Tapi sekarang ni dah open pakej rafting sekali. Boleh rafting family bersama anak-anak. Mesti seronok!

InsyaAllah Marsha akan repeat lagi dekat Outworld Rafting & Basecamp ni. Kita set date..hihi.

Macamana Nak Booking Tent di Outworld Rafting & Basecamp?


Korang plan nak ke Outworld Rafting & Basecamp ni? Korang boleh terus booking dekat sini
  

https://rippleavana.page.link/zu2J

Pilih pakej pilihan korang terus buat bayaran je. Senang kan? Kami sekeluarga memang seronok dan puas hati.








Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger



15 Comments

  1. Woww nice lah dapat camping macam ni. Pastu complete dan selesa pulak tu memang anak anak suka kalau pengalaman best macam ni

    ReplyDelete
  2. Best juga sekali sekala bawa anak2 merasa berkhemah ni kan. Tgk dkt sini selesa tempat dia. Kemudahan pun lengkap. Sesuai utk yg ada anak2 kecik.

    ReplyDelete
  3. Bila cerita pasal ni teringat sis Glamping dengan family adik beradik kat Janda Baik. Idak la ada aktiviti water rafting tu tapi hiking hutan dan mandi sungai tu ada. Makanan semua dah sedia. Jadi ala2 dok hotel tapi ni glamping yang dah siap semua. Unik sungguh sebab pengalaman pertama kalinya.

    ReplyDelete
  4. wah bestnya marsya..betul, selepas sekian lama berkurung dapat bercuti macam ni memang besttt sangat...tempat ni pun lawa.tent nampak selesa. boleh cuba bagi cadangan kat en husben saya, bila dah boleh rentas negeri nanti. hehe..

    ReplyDelete
  5. Bestnya kak, lengkap semua ada ye. Kita bawak yang perlu je. Syok ni. Anak-anak mestila happy dapat tidur dalam tent yang lengkap semua

    ReplyDelete
  6. Bestnya , confirm nanti kalau dah boleh rentas negeri akan pergi sini. Suka konsep glamping sebab lebih selesa dari camping.

    ReplyDelete
  7. Seronoknya kak dapat bercuti dah... Tempatnya pon menarik bawak anak2 ke sini suka mereka kan?

    ReplyDelete
  8. Seronoknya bercamping camni. Elok lak tu xde orang haha..harga pon berpatutan sangat kan semua benda ada.

    ReplyDelete
  9. Rasa nak menangis pula tengok semua ni. Best gila kakkkkk! Nak pergi camping ni bila la boleh kan. Selangor cepat sikit boleh merentas negeri. I nak pergi camping, berkelah dan mandi sungai ni. Hahaha. Balik kampung kat Tapah bleh la plan ke Outworld ni. Wuwuwuwuw

    ReplyDelete
  10. Lamanya tak kuar bercuti atau camping macam ni. Actuay seronok kalo dengan family..utk anak pula memang pengalaman yg best la utk mereka

    ReplyDelete
  11. bestnya... antara aktiviti yang sangat kita lakukan bersama keluarga.. kat sini yg lagi best semua fasiliti ada..mmg menarik

    ReplyDelete
  12. Menarik la, teringin sangat nak camping macam ni.. Ni pun baru jer plan ngan member2 untuk g camping, tapi day trip jer la kali ni... baru beli khemah besar muat 8 orang :P next time boleh rentas ke Gopeng nak try yang ni la.. (Y)

    ReplyDelete
  13. lama betul tak camping sebab di Johor agak sukar nak cari tempat camping yang lapang macamni.. kalau banyak pokok macam hutan sangat, bimbang plak kan.. next time bolehla pi jauh sikit ke sini bercamping.. reramai seronok ni kann..

    ReplyDelete
  14. wah, seronok. selesa la bila semua keperluan utama camping tu disediakan.
    bwh apa yg kita perlu aje.
    aida google for camping stories, landing sini. tq for sharing pengalaman.
    next weekend gonna be my 1st camping experience tau.
    in shaa Allah. moga cuaca elok dan nyaman.
    ni masih sedang prepare brg utk camping. 75% dah siap beli dah.
    sedang tunggu flysheet je. lambat beli sebab baru ada stok kat shopee hu hu hu...
    moga sempat la terima before jumaat depan, marsha...

    ReplyDelete
  15. best kan.. kami dah tempah hut hujung tahun ni. Gopeng mmg tpt best utk camping dan main air.. sungai dia mmg terbaik.. main rafting masa hujan lebat dan air tgh naik mmg best sgt... harap dpt bawa budak2 pula main rafting nanti...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us