Squid Game, Banyak Pengajaran atau Sekadar Ganas Sahaja?

Squid Game, Banyak Pengajaran atau Sekadar Ganas Sahaja? | Assalamualaikum. Sejak beberapa minggu ni, drama survival thriller korea Squid Game sangat-sangat trending. Sana-sini semua trending tentang drama Squid Game ni sehinggakan dekat tik tok ramai yang buat parodi beberapa 'scene' dalam drama tersebut. 

Marsha pun tidak ketinggalan menonton drama Squid Game sebab walaupun ianya drama, ia hanya ada 9 episod. Jadi rasa mampu nak layan. Kalau drama berpuluh episod memang Marsha akan pikir banyak kali sebab nanti asyik nak tengok je kan....hihi. Nanti tak jadi kerja asyik nak tengok sampai habis...hihi. Jom tengok review squid game ni.


Squid Game, Drama Survival Thriller Korea Telah Trending 


Seperti yang kita tahu, drama Squid Game ni tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak walaupun kedengaran tajuk dia macam mesra kanak-kanak. 



Sinopsis Squid Game





Permainan brutal Squid Game ini diilhamkan dari permainan kanak-kanak tradisional popular dari Korea yang dimainkan di atas padang dan dilukis dalam bentuk sotong. Kalau tak silap lebih kurang galah panjang kita dekat Malaysia. Tapi jelas cara permainan dia berbeza.

Drama Squid Game bermula dengan kisah Seong Gi-Hoon, seorang duda anak satu yang suka berjudi dan hidup dikelilingi bebanan hutang. Malah ibunya yang menyara kehidupannya selama itu dengan berniaga kecil-kecilan. Selepas duitnya di seluk penyeluk saku selepas memenangi wang tunai dari judi lumba kuda yang agak banyak dan juga dikejar pemiutang, dia didatangi oleh seorang lelaki berbaju kot yang mengajaknya bermain ‘ddak ji’ (flipping card game) di tengah-tengah subway. Permainan ‘ddak ji’ ni sangat glamor dalam Running Man.




Disebabkan Gi-Hoon tidak mempunyai duit langsung, jika kalah dia terpaksa ditampar. Walaupun ditampar berkali-kali setiap kali kalah sehingga muka merah, Gi-Hoon sangat teruja bila dapat diberikan wang tunai apabila menang. Sebelum berpisah lelaki itu pun menawarkannya untuk sertai Squid Game untuk menang lebih banyak wang lagi.

Tanpa berfikir panjang, Gi-Hoon terus sertai Squid Game kerana dia dalam keadaan terdesak memerlukan wang dan juga demi untuk mendapatkan hak penjagaan anaknya yang kini berada dalam jagaan bekas isteri yang sudah berkahwin lain. Setibanya di lokasi permainan Squid Game yang tidak ketahui , Gi-Hoon telah siap dipakaikan baju khas untuk permainan berwarna hijau beserta nombor khas, 456. 

Selain Gi-Hoon, rupanya ada 455 orang lagi peserta yang akan menyertai permainan Squid Game ini dari pelbagai latar belakang dan mempunyai masalah yang sama iaitu bebanan hutang yang tinggi. Disini juga Gi-Hoon berjumpa dengan peserta 001, seorang atuk yang dah lanjut usia hanya menanti hari kematian disebabkan penyakit barah otak dan juga kawan baiknya semasa di kolej, Sang-woo bernombor 218.





Bermula Permainan Pertama Yang Diambil Nyawa Secara Kejam

Permainan Squid Game mempunyai 6 permainan dan ia sangat mudah sebab ianya hanya permainan kanak-kanak zaman dulu. Tapi ada taruhan nyawa walaupun ianya permainan yang mudah dan 456 peserta tidak tahu tentang itu sehinggalah permainan pertama, Red Light Green Light bermula. Hampir separuh peserta telah diambil nyawa pada permainan tersebut dan ia memberi kejutan besar pada semua pemain sehingga mereka mengundi untuk berhenti dan dihantar kembali ke lokasi masing-masing.




Banyak Pengajaran Diambil Dari Drama Squid Game ini

Walaupun konsep drama Squid Game ini, drama survival thriller korea namun ianya mempunyai banyak pengajaran yang tersirat dan bukan hanya ganas sahaja. Ada beberapa pengajaran dari drama berepisod ini antaranya ialah:


Kepentingan Simpanan Untuk Masa Depan

Melaui drama Squid Game ini ia jelas memberikan pengajaran bahawa perlunya ada simpanan samada dalam bentuk wang ringgit dan juga insurans. Dalam drama Squid Game ini, watak utama Gi-Hoon masih disara ibunya yang sudah tua sehinggakan nak beli hadiah untuk anaknya pun tak mampu.

Gi-Hoon juga turut membuat keputusan untuk kembali menyertai Squid Game demi untuk membiayai kos perubatan ibunya yang sakit kerana tidak dilindungi sebarang insuran. Sekiranya dilindungi insuran, mungkin Gi-Hoon tak perlu kembali ke permainan yang menakutkan itu.

Elakkan Berhutang

Kita memang sedia maklum, berhutang lebih banyak keburukan dari kebaikan. Dalam drama Squid Game ini, bukan kata kebanyakan tetapi kesemua peserta Squid Game mempunyai masalah yang sama iaitu dibebani hutang yang tak mampu dilunaskan dan juga terdesak memerlukan duit.

Jangan terkejut bila mengetahui peserta Squid Game dari pelbagai latar belakang dari penganggur, banduan, gengster, doktor, cikgu dan juga graduan bisnes yang berjaya. Namun mereka semua ini dibebani hutang keliling pinggang dan terdesak memenangi tawaran wang ringgit yang banyak untuk selesaikan hutang mereka. Jadi mereka sanggup berbunuhan juga untuk menang. Kesan berhutang ni sangat bahaya.


Jangan Percaya Kawan Baik

Sebaik mana pun kawan jangan masuk perut. Itulah pengajaran yang Marsha dapat dari Squid Game ni. Orang luar pula lagi menghargai Gi-Hoon dari kawannya sendiri Sang-Woo yang sanggup cuba membunuh demi untuk menang. Sang-Woo juga sanggup mengkhianati Gi-Hoon walaupun tanpa Gi-Hoon sedar.



Bukan Semua Orang Pentingkan Diri Sendiri


Walaupun peserta Squid Game berlumba-lumba untuk menang dan sanggup berbunuhan. Namun masih ada lagi yang berperikemanusiaan. Jadi kita perlu hargai setiap orang yang berada sekeliling kita dan tak mustahil orang tersebut akan membantu kita dikala kesusahan.




Ini Marsha perhatikan dalam babak Sae-byeok, gadis pelarian Korea Utara, dan Ji-yeong, bekas banduan yang tidak mempunyai keluarga hanya berkenalan selama 30 minit dalam satu permainan. Ji-yeong mengambil keputusan untuk mengorbankan dirinya dengan kalah dengan sengaja kerana Sae-byeok lebih memerlukan duit ganjaran kerana dia masih ada keluarga. Babak ni sangat menyayat hati. marsha nangis...huhuhu

Tak Rugi Berbuat Baik

Sepanjang Marsha menonton semua 9 episod drama Squid Game ni, Marsha dapat simpulkan dengan perbuatan baik, pengakhiran yang baik juga untuk kita. Betul kata pepatah, Buat Balik Dibalas Baik. Perbuatan baik yang ditunjukkan oleh Gi-Hoon sangat dihargai oleh beberapa sahabat Gi-Hoon yang berada dalam team mereka. 




Apa jadi seterusnya dengan peserta Squid Game yang tinggal termasuk Gi-Hoon? Rupanya owner Squid Game pun ada di antara peserta Squid Game. Siapakah dia? Nak tahu korang boleh tengok Drama Survival ni di Netflix.





Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

7 Comments

  1. Rawlins cadang nak tengok weekend nie sebab now tengah habiskan series Maid. Takzabar plak nak layan weekend nie.

    ReplyDelete
  2. not bad jalan cerita dia.. cuma bila tahap permaiu boleh membawa kematian Tu yg seram

    ReplyDelete
  3. Ramai dah tengok cerita ni. Semua kata best dan lain dari yang lain. Ana pernah tgk trailer dia, permainan dia byk dlm running man kan.

    ReplyDelete
  4. betul tu. walaupun jalan cerita nampak keja, tapi banyak pengajaran sebenarnya movie ni

    ReplyDelete
  5. So far ok la citer ni. Seronok jugak layan. Tapi memang layan citer ni tanpa anak² hehehe.

    ReplyDelete
  6. Betul banyak pengajaran kan kak. Saya tengok ni, syok bahagian permainan tradisional. Rasa berdebar-debar kan kak.

    ReplyDelete
  7. Kita memang tengok suku je episod mula, pastu tak tengok smapai ke harini, kalau ada pun, dengar cite dan baca sinopsis pendeknya aj.. entah tak terbuka minda nak tengoknya hahahaha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us