Eskayvie Lancar Produk Baru Diffenz Junior Khusus Untuk Kanak-Kanak

Eskayvie Lancar Produk Baru Diffenz Junior Khusus Untuk Kanak-Kanak | Assalamualaikum. Jika sebelum ini Marsha pernah kongsikan berkaitan produk Eskayvie Diffenz yang berfungsi untuk meningkatkan sistem imun badan kerana mengandungi bahan kandungan yang baik seperti Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-Camu, Vitamin C dan D. Tapi kali ni mereka telah lancarkan satu produk terbaru yang fungsinya sama tetapi lebih khusus kepada kanak-kanak.

 

Seperti yang kita semua tahu, kanak-kanak merupakan golongan yang mempunyai sistem imun badan yang rendah dan mudah dijangkiti kuman serta virus selain daripada warga emas. Kerajaan dan KKM juga tidak menggalakkan 2 golongan ini berada di tempat awam yang sesak kerana risiko mereka dijangkiti adalah tinggi. Waktu PKP sebelum ni pun banyak kedai dan pusat membeli belah yang tidak membenarkan kanak-kanak bawah 12 tahun masuk.

 

11 Oktober 2021 merupakan tarikh yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia selepas Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob mengumumkan kebenaran rentas negeri bagi mereka yang telah lengkap 2 dos vaksin. Dengan kebenaran ini, ramai rakyat Malaysia mengambil peluang untuk pulang ke kampung dan bercuti. Marsha dan keluarga juga antara yang ambil peluang ini untuk pulang ke kampung dan bercuti bersama keluarga.

 

Walau pun kini kita dah bebas, namun aspek menjaga kebersihan dan penjagaan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dan KKM perlu kita patuti kerana kes harian Covid-19 masih lagi tinggi dan masih belum menunjukkan penurunan dibawah 3 angka jumlah kes harian. Kita juga perlu akur perlu hidup bersama Covid-19 buat selama-lamanya.

 

Jadi sebagai persiapan untuk hidup Bersama Covid-19 ini, kita perlu lengkapkan diri dan keluarga dengan perlindungan tambahan agar terhindar dari jangkitan kuman dan virus ini.

 

Apakah persiapan kita…?

 

Tingkatkan Sistem Imun Badan Kanak-Kanak Dengan Diffenz Junior

 


Baru-baru ini syarikat bumiputera sepenuhnya, Eskayvie Sdn Bhd yang menjadi peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan tempatan mengorak langkah melancarkan produk vitamin terbaharunya, Diffenz Junior di satu majlis yang diadakan di Hotel St Regis, Kuala Lumpur.
Produk berkenaan khusus untuk golongan kanak kanak dan bertepatan dengan situasi pandemik semasa COVID-19 menuju endemik.

 




“Diffenz Junior menjadi inovasi terbaharu kami bagi membantu ibu bapa untuk memberi perlindungan terbaik bagi kanak-kanak di musim pandemik ini.

 

"Dalam keadaan sekarang, sistem imun yang baik adalah sangat penting dan Eskayvie sentiasa berusaha memberikan sokongan diperlukan untuk setiap peringkat umur,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri.


Walaupun Malaysia telah mencapai status vaksinasi lengkap sebanyak 94.6 peratus bagi individu dewasa, anak-anak di bawah usia 12 tahun masih belum mendapat perlindungan sepenuhnya.

 

"Justeru mereka berisiko serta sangat terdedah kepada jangkitan kuman dan virus. Diffenz Junior melengkapi keperluan itu.

 

"Tabiat pemakanan yang tidak seimbang selain kurang melakukan aktiviti riadah di luar rumah disebabkan pandemik, menyebabkan mereka cenderung mengalami sistem imun yang lemah," katanya lagi.

 

Dr Syid Ayob berkata, pihaknya memahami kerisauan ibu bapa tentang keselamatan anak-anak di bawah usia 12 tahun yang masih belum mendapat suntikan vaksin.

 

Perlindungan Terbaik Untuk Kanak-Kanak Dengan Diffenz Junior

 


Diffenz Junior dirumus secara saintifik menggabungkan bahan utama iaitu Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-camu, Kolostrum, Multivitamin, Vitamin C dan Vitamin D.
"Gabungan ramuan kaya antioksidan, vitamin dan flavonoid semulajadi ini mampu memberi perlindungan terbaik kepada kanak-kanak.

 


"Tablet kunyahan perisa oren yang enak ini bukan saja untuk menyokong sistem imun, malah turut membantu tumbesaran anak dan seterusnya menjadikan mereka kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari,” katanya.

 

Eskayvie Sasar Bantu Lebih 50,000 Usahawan

 

Sementara itu, Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed menambah pelbagai aktiviti pemasaran dan jualan telah dirangka sepanjang Oktober dan November ini.

 


"Ia untuk memberi kesedaran kepada pentingnya penjagaan sistem imun untuk seisi keluarga terutamanya kanak-kanak.

 

“Selaras dengan visi Memperkasakan Kesihatan dan Ekonomi Ummah, Eskayvie mensasarkan jualan sebanyak RM300 juta pada tahun 2022. Eskayvie sangat jelas dengan misi untuk membantu lebih 50,000 usahawan Eskayvie Nexus di seluruh Malaysia pada 2022 bagi mencapai matlamat kewangan yang lebih baik,” katanya.

 

Majlis turut diserikan dengan kehadiran duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi.

 


Pada majlis tersebut juga, diadakan penyampaian anugerah bagi menghargai usahawan Eskayvie Nexus di atas pencapaian cemerlang dan luar biasa mereka sepanjang 2021.



 

Lindungi Anak-Anak Dengan Diffenz Junior

 

Apakah tanggungjawab ibu bapa bagi memastikan kesihatan anak-anak sentiasa terjamin? Dikala kita dah bebas kemana-mana sekarang ni, kita wajib persiapkan perlindungan yang terbaik untuk anak-anak ini. Mereka adalah harta yang tiada galang gantinya.

Diffenz Junior ni antara usaha dan ikhtiar kita sebagai ibu bapa untuk pastikan keselamatan anak-anak lebih terjamin daripada terdedah dengan risiko jangkitan kuman dan virus yang berbahaya.


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Diffenz Junior ini, layari laman sesawang www.eskayvie.com atau pautan media sosial berikut.

 

INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia - https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/

Nak cuba Diifenz Junior? Order Sekarang 😍

 




Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

2 Comments

  1. boleh laa beli untuk anak-anak pulak nanti.. tambah pulak ada kak haida jual kat ipoh.. mudah dapat stok..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Jom dapatkan diffenz sekarang boleh pm tiha 0107070522

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us