Pengalaman Glampsite di Kuak Hill Resort, Lenggong

Pengalaman Glampsite di Kuak Hill Resort, Lenggong | Assalamualaikum. Kali ni Marsha nak share dengan korang salah satu tarikan Lenggong Perak Resort iaitu Kuak Hill Resort. Marsha pasti ramai dah familiar dengan nama Kuak Hill Resort ni kan? Kuak Hill Resort memang popular sebab dulu nak booking terutamanya weeekend memang susah. Asyik full je. Marsha juga pasti ramai dah sampai dan menikmati keindahan kat Kuak Hill Resort ni. Betul x? Apa yang menarik dekat Kuak Hill Resort ni? Jom kita tengok apa yang menarik dekat glampsite atas bukit di Kuak Hill Resort ni.


Pengalaman Family Glampsite di Tanah Tinggi, Kuak Hill Resort

Bila dah boleh merentas daerah, Marsha memang plan nak ke Kuak Hill Resort ni sebab masih belum boleh merentas negeri jadi orang tak ramai lagi. Pada Marsha, ini timing yang cantik sebab mesti ada kekosongan. Tak seperti dulu asyik full je kan. Jadi Marsha terus booking melalui website Kuak Hill Resort. Marsha lebih selesa booking dekat website sebab lebih senang dan kita tahu kekosongan sebab kalau glampsite ni kuota dia tak banyak. Ada lebih kurang 6 glamsite dan yang lain kesemuanya villa.




Sekarang ni pula dah trending aktiviti Glamping atau 'Glamor Camping' ni. Memang ramai yang beralih kepada Glamping sebab mungkin nak kelainan dan lebih dekat dengan nature. Seriously Marsha cakap kos nak Glamping ni ala-ala hotel juga sebenarnya. Tak lari jauh pun. Cuma mungkin Marsha nak kelainan dekat dengan nature, jadi Marsha pilih glampsite di Kuak Hill dari villa yang ada.

Kemudahan di Kuak Hill Resort

Disebabkan penginapan kali ni Marsha memilih Glampsite, jadi Marsha hanya boleh share tentang Glampsite sahaja dulu sebab belum pernah duduk vila. InsyaAllah soon. So, kita go through with glampsite dulu orite! ...hihi

Parking


Kemudahan parking disediakan dibawah bukit. Bermakna kita akan tinggalkan kereta kita dibawah dan akan naik dengan pacuan 4 roda yang disediakan pihak Kuak Hill Resort. Memang jalan dia kecik sangat. Kalau naik sendiri mesti seram...hahaha

Pengalaman kami naik ketas sangat best sebab dapat feeling angin segar...anak-anak pun suka sangat sebab pengalaman baru.


Kafe

Semasa buat tempahan, Marsha dah diberitahu boleh masak dekat glampsite. Tetapi kena bawa perkakasan sendiri. Jadi Marsha bawa juga multipurpose cooker yang kecil hanya utk buat air panas, masak megi dan masakan simple. 




Disebabkan hanya 1 malam, Marsha booking terus buffet makan malam . Untuk sarapan dah sekali dengan booking glampsite. Kalau korang tak nak booking pun takpe sebab masih boleh order ala carte dekat kafe. Masakan dia sedap juga.

Sarapan dengan view superb!



Tandas

Untuk penginap yang menginap di Glampsite macam Marsha, tandas yang disediakan konsep sharing. Untuk vila pula tandas semestinya dalam vila. Tapi boleh je guna tandas di luar. Tetapi untuk penginap glampsite tandas disediakan di luar.


Kolam Renang

Di kuak hill resort ni tak ada sungai tau. Tapi tarikan anak-anak ialah kolam renang yang berada di tengah-tengah antara vila. Seronok tengok anak-anak happy mandi kolam.

Khemah


Untuk 1 tapak Glampsite, disediakan 2 khemah 2 person. Jadi sesuailah untuk Marsha 1 famili. Dekat glampsite ini juga disediakan pelbagai kemudahan lain seperti sleeping pad, kipas kecil, hammock, meja makan, kerusi, sinki, paip dan plugpoint.








Surau







Untuk kemudahan penginap glampsite terutamanya, Kuak Hill menyediakan surau yang cantik dan selesa. Marsha suka konsep surau memang cantik dan selesa.






Aktiviti Dekat Kuak Hill Resort


Mandi Kolam Renang

Kolam renang dah ada, apa nak tengok lagi? Terus terjun...hihi. Ini adalah tarikan utama dekat Kuak Hill Resort ni. Marsha perhatikan anak-anak Marsha dan juga anak-anak pengunjung lain seronok mandi kolam...hihi.




Bermesra dengan Pelbagai Spesis Burung di Santuari Burung

Buat peminat burung, mesti korang happy bila masuk santuari burung dekat Kuak Hill Resort ni. Ada pelbagai spesis tau. Burung Merak pun ada. Burung-burung kat sini sangat peramah dan manja. Memang seronok melayan burung-burung yang ada. Anak-anak Marsha memang suka dengan burung-burung ni. Lama dorang masuk main .




Naik ATV

Kalau berkesempatan, korang boleh merasai naik ATV dengan trek bukit. Tapi dengan bayaran berasingan. Marsha tak sempat nak naik ATV tapi insyaAllah next trip kita naik. Ada juga pengunjung yang naik hanya untuk ATV tetapi tidak menginap.

Bermesra Dengan Arnab

Waktu sekarang ni, rabbit park sudah siap dan boleh bermesra dengan arnab. Masa Marsha kesana, ia masih dalam pembinaan. Jadi tak sempat kami nak bermesra dengan arnab...hihi.

Main Drone

Kalau korang ada dron, jangan lepaskan peluang 'fly' dekat sini. Boleh tengok pemandangan indah dari 'mata burung'. Seronok kan sekali sekala layan dron ni.





Lokasi Kuak Hill Resort

Kalau dari rumah Marsha, jarak perjalanan dalam 1 jam je. Lokasi Kuak Hill Resort ini terletak di Kg. Lata Papan, Kampung Kuak, Lenggong, Perak. Jangan risau, Marsha dah share sesiap map untuk senangkan korang...hihi

 


Jenis Penginapan dan Rate Terkini Kuak Hill Resort

Macam Marsha mention sebelum ni, Kuak Hill Resort menyediakan 2 jenis penginapan iaitu Villa dan Glampsite. Jadi kat bawah ni Marsha kongsikan rate terbaru Kuak Hill Resort:

VILLA

VILLA 1: CLOSED FOR RENOVATION WORK
VILLA 2: RM 349(Sun-Thur) / RM399 (Fri-Sat)
VILLA 3: RM 299 (Sun-Thur) / RM349 (Fri-Sat)
VILLA 4: RM 699 (Sun-Thur) / RM749 (Fri-Sat)
VILLA 5: RM299 (Sun-Thur)/ RM349 (Fri-Sat)
VILLA 6: RM349 (Sun-Thur) / RM399 (Fri-Sat)
VILLA 7: RM349 (Sun-Thur) / RM399 (Fri-Sat)
VILLA 8: RM349 (Sun-Thur) / RM399 (Fri-Sat)

GLAMPING SITE:

Hidden Spot = RM299
Glampsite 1 = RM289
Glampsite 2 = RM269
Glampsite 3 = RM249
Glampsite 4 = RM229
Glampsite 5 = RM199


*Harga mengikut kedudukan, ketinggian dan view*
*Paling atas lebih mahal*
*Beza RM20 between each level*
InysaAllah masih mampu milik dan kekal eksklusif .


Korang boleh check availability di: https://kuakhillresort.checkfront.com/reserve/

atau

Call/WA HOTLINE RASMI Kuak Hill Resort di: 0138705101


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

1 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us