Kulit Lebih Anjal, Lembut dan Cerah Hanya 7 Hari Konsisten Cosmoderm Glow-C | Assalamualaikum. Secara umumnya ramai yang dah tahu bila umur semakin meningkat, kolagen dalam badan akan berkurangan. Kolagen mula berkurangan bila kita mencecah umur 25 tahun dan seterusnya. Jadi, setiap peningkatan umur, kita akan mengalami perubahan pada kulit contohnya garis halus dan kedutan mula kelihatan, pori besar, kulit kurang anjal, kulit sensitif, pigmentasi dan bintik hitam mula kelihatan serta banyak lagi masalah kulit.
Untuk mencegah dan juga merawat masalah kulit ini, kita perlu mengamalkan diet yang sihat, makan supplemen dan juga menggunakan 'skincare' yang sesuai supaya masalah kulit yang kita hadapi dapat dirawat dengan cara yang selamat dan semulajadi. Ramai yang mampu amalkan diet yang sihat tetapi tak ramai yang mampu konsisten dengan 'skincare' jika banyak produk yang perlu dipakai dalam satu masa. Mungkin awalnya konsisten tapi bila lama-lama akhirnya kecundang. Marsha pun macam tu...hihi. Akhirnya, Marsha memilih untuk mencuba produk baru dari Cosmoderm iaitu Cosmoderm Glow C sebab ia hanya 4 langkah. Lebih simple dan tak renyah bagi Marsha.
Kulit Lebih Anjal, Lembut dan Cerah Hanya 4 Langkah Dengan Cosmoderm Glow-C
Bila mencecah akhir 30-an ini, Marsha dapati kulit Marsha lebih sensitif , jeragat mula kelihatan, kulit kusam, garis halus dan kedutan mula kelihatan. Bila masalah kulit mula timbul, Marsha rasa kurang yakin pada diri. Marsha seorang guru, jadi Marsha perlu jaga kesihatan kulit supaya nampak lebih bertenaga di depan pelajar. Marsha ada juga amalkan pemakanan sihat dan makan supplemen tapi ia untuk kecantikan dalaman. Untuk luaran, tetap kena cari skincare yang sesuai dengan kulit Marsha. Oleh sebab itu, Marsha memilih untuk mencuba Cosmoderm Glow C supaya dapat membantu Marsha merawat masalah kulit yang Marsha alami.
Cosmoderm Glow-C Kaya Dengan Vitamin C
Bila tahu Cosmoderm Glow-C kaya dengan vitamin C, Marsha terus ingin mencuba sebab Marsha tahu Vitamin C mempunyai sangat banyak kebaikan untuk kulit dan muka. Terdapat pelbagai fungsi manfaat Vitamin C yang boleh diperolehi daripada rangkaian Cosmoderm Glow-C ni tau.
Antara kebaikannya ialah anti-oksidan yang tinggi, pelindung foto, merangsang penghasilan kolagen dalam badan untuk kelihatan awet muda, menggalakkan pertumbuhan sel, membantu membaiki kerosakan sel dan juga mencerahkan kulit.
Secara purata, 1,000mg bersamaan dengan 2kg oren. Kalau Marsha tak mampu nak makan 2kg oren sehari. Tetapi dengan rangkaian Cosmoderm Glow-C, Marsha tidak perlu makan 2kg oren setiap hari tetapi hanya menggunakan keseluruhan rangkaian Glow-C ke atas kulit wajah Marsha.
Setiap produk Cosmoderm Glow-C mengandungi Vitamin C tetapi 5,000mg adalah dos tertinggi Vitamin C yang boleh didapati dalam Cosmoderm Glow-C Super Boosting Serum yang membantu mencerahkan bintik hitam dengan berkesan dan memperbaiki kulit keanjalan dengan merangsang pengeluaran kolagen.
Kebaikan Vitamin C Dalam Cosmoderm Glow-C
- Mencerahkan kulit
- Sekatakan Tona Kulit
- Melawan radikal bebas
- Merangsang penghasilan kolagen dalam badan
- Reverse Oxidative Damage
- Membantu mengurangkan kedutan dan garis halus
- Kulit lebih anjal dan gebu
- Membantu melembapkan dan menyerikan kulit
Kenali Cosmoderm Glow-C
Cosmoderm Glow-C (Vitamin C) ialah rangkaian penjagaan kulit BARU yang kaya dengan antioksidan di mana ia membantu melindungi sel kulit daripada dirosakkan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan UV.
Vitamin C memberikan pelbagai manfaat anti-penuaan seperti meningkatkan pengeluaran kolagen kepada mengekalkan kulit yang anjal dan lembut. Ia juga menghalang pengeluaran melanin dalam kulit yang membantu mencerahkan pigmentasi dan bintik-bintik coklat, sekatakan tona kulit dan menjadikan kulit lebih berseri. Semakin tinggi dos Vitamin C, semakin berkesan ia terhadap kulit.
4 Langkah Cosmoderm Glow-C Untuk Kulit Lebih Cerah, Anjal dan
Pemilihan skincare yang sesuai amat penting untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sekarang ini pula banyak produk yang menggunakan bahan kimia yang mungkin akan merosakkan kulit kita. Tetapi tidak dengan Cosmoderm Glow C kerana ianya BEBAS PARABEN, BEBAS PEWANGI dan BEBAS SLS/SLES. Paling best step yang perlu diamalkan untuk rangkaian Cosmoderm Glow C ini hanya 4 step sahaja.
#1 Glow-C Detox Cleansing Gel (120ml)
Rutin penjagaan kulit muka setiap pagi pastinya kita akan mencuci muka dulu. Jadi Glow C Detox Cleansing ini akan mencuci muka kita dengan lembut tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi kulit. Dalam masa yang sama ia membantu detoks kulit daripada radikal bebas yang berbahaya. Paling best baunya macam oren sebab ia mengandungi minyak pati oren. Ia membantu menyegarkan mood kita dengan minyak oren yang diperoleh secara semula jadi.
Cara Penggunaan:
- Picitkan ke tangan dan sapukan pada kulit yang lembap.
- Bilas hingga bersih.
#2 Glow-C Radiance Toning Essence (100 ml )
Glow C Radiance Toning Essence mengandungi 500mg vitamin C dan juga mengandungi minyak pati oren. Kelebihan Glow C Radiance Toning Essence:
- Membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit
- Membantu meningkatkan keupayaan penyerapan kulit
- Membantu meminimumkan penampilan garis-garis halus
- Membantu membangunkan & mengaktifkan sel yang tidur
- Membantu merangsang penghasilan serat protien kulit
- Melembutkan dan melembapkan kulit
Cara Penggunaan
- Tuangkan Glow Radiance Toning Essence ke tapak tangan.
- Tepuk perlahan pada muka
#3 Glow-C Super Boosting Serum ( 30 ml )
Glow C Super Boosting Serum adalah 'HERO' untuk rangkaian Cosmoderm Glow C ini. Ia sesuai untuk kulit kusam, letih & moody. Kenapa ia dikategorikan sebagai HERO rangkaian Cosmoderm Glow C? Sebab ia mengandungi paling banyak vitamin C iaitu 5000mg. Seperti produk rangkaian Cosmoderm Glow C yang lain juga, ia mengandungi minyak pati oren. Kelebihan Glow C Super Boosting Serum ialah:
- Membantu mencerahkan hiperpigmentasi & bintik gelap dengan berkesan
- Melindungi kulit dari kerosakan foto & radikal bebas.
- Membantu meminimumkan penampilan garis-garis halus
- Membantu sekatakan tona kulit dengan berkesan
- Melembutkan dan melembapkan kulit
- Menjadikan kulit lebih berseri & anjal
Cara Penggunaan:
Sapukan serum pada muka dan urut perlahan-lahan sehingga menyerap selepas menggunakan toner.
#4 Glow-C Brightening Moisture Solution ( 50ml )
Glow C Brightening Moisture Solution juga dirumuskan untuk kulit kusam, letih & moody. Ia mengandungi 1000mg vitamin C. Seperti rangkaian produk Cosmoderm Glow C yang lain, ia juga mengandungi pati minyak oren. Memang syok bau dia...bau oren yang menenangkan. Jom kita tengok kebaikan Glow C Brightening Moisture Solution:
- Membantu merangsang penghasilan serat protien kulit
- Membantu meningkatkan pertumbuhan semula kulit
- Membantu meminimumkan penampilan garis-garis halus
- Melindungi kulit dari kerosakan foto & radikal bebas.
- Membantu mengelakkan kulit daripada rosak mikro akibat pendedahan harian tekanan persekitaran
- Melembutkan dan melembapkan kulit
- Menjadikan kulit lebih berseri & anjal
Cara penggunaan:
Sapu rata ke seluruh muka & leher. Sesuai untuk siang & malam
Nak Kulit Lebih Berseri, Bintik Hitam Lebih Cerah & Garis Halus Berkurang? Jom cuba!
Setelah mencuba 4 produk rangkaian Cosmoderm Glow-C dalam masa 7 hari, Marsha dapat rasakan perubahan pada kulit wajah Marsha. Kulit wajah lebih anjal toing-toing dan tampak lebih berseri dari sebelum ini. Paling best bintik hitam lebih cerah dan garis halus pun berkurang. Rasanya lepas ni tak tukar lain dah...hihi
Korang boleh dapatkan rangkaian Cosmoderm Glow-C ini di semua cawangan Watsons dengan harga yang sangat-sangat mampu milik. Jom kita tengok harga setiap produk rangkaian Cosmoderm Glow C ini:
- Glow C Detox Cleansing Gel (120ml) - RM 25.90
- Glow C Radiance Toning Essence (100 ml ) - RM29.90
- Glow C Super Boosting Serum ( 30 ml ) - RM 45.90
- Glow C Brightening Moisture Solution ( 50ml ) - RM39.90
Korang juga boleh dapatkan rangkaian Cosmoderm Glow-C ini secara online di : https://bit.ly/3d3APZi
Instagram: https://bit.ly/3d3APZi
Facebook: https://bit.ly/3D0o0JS
TikTok: https://bit.ly/3sI4PkN
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
3 Comments
jenama ni dh lama! mmg ramai org pakai. ye lah bahan2 dia guna kira tahap bagus la kan. harga pun takde la mahal mana. still mampu nk beli kalau nk pakai kata orang. nice sharing. tq
ReplyDeletesuka dengan jenama cosmoderm sejak dulu lagi.. sebab dia gunakan bahan selamat dan kesan ketara pulak tu..
ReplyDeleteBanyak jenis set Cosmoderm ni ada. Set ni macam menarik, bestnya kulit glowing, nampak fresh gitu. Mujurlah harga tu tak mahal mana Marsha. Boleh la try, nanti nak belek-belek dekat Watsons.
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)