Perjalanan RichWorks 2021, Komited Bantu 605,000 Usahawan Bangkit Semula Dari Pandemik | Assalamualaikum. 2 tahun adalah tempoh yang sangat panjang bila kita diberikan ujian pandemik Covid-19 bermula awal tahun 2020. Dalam tempoh ini kita dapat saksikan ramai rakyat terkesan di zaman pandemik ini. Ramai yang kehilangan kerja dan juga ramai peniaga tempatan terutamanya hampir 'gulung tikar' disebabkan pandemik ini dan sesungguhnya ujian dari Allah menunjukkan kasih sayang Allah pada hambaNYA.
Walaupun kita dalam menuju endemik, sekali lagi kita semua diberikan ujian dengan musibah banjir yang teruk pada akhir tahun 2021 yang memberikan kesan yang mendalam kepada yang terlibat. Ramai juga saudara mara dan rakan-rakan alam maya yang terlibat dengan musibah banjir sehingga kehilangan harta benda dan ada juga kehilangan ahli keluarga. Moga sahabat-sahabat yang terkesan dengan pandemik dan juga yang terlibat dengan musibah banjir dapat mulakan tahun 2022 ini dengan lebih baik..insyaAllah.
RichWorks Bantu Rakyat Sebab Faham Situasi
Bila sebut RichWorks, ianya tidak asing lagi dikalangan kita. Ini kerana sepanjang tahun 2021, RichWorks International Sdn. Bhd. telah membantu usahawan untuk bangkit semula dengan pelbagai program percuma.
Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) sendiri, Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya juga pernah dijangkiti COVID-19. Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.
Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya di Richworksacademy.
Kalau korang nak tahu, RichWorks juga terlibat dengan musibah banjir. Banyak harta benda yang tidak dapat diselamatkan namun ianya tidak mematahkan semangat Dr Azizan malah beliau semakin gagah berdiri untuk membantu usahawan yang terkesan di luar sana.
Semangat Juang Dr Azizan Bantu Lebih Ramai Usahawan Bangkit
Bagi Marsha, Dr Azizan seorang yang sangat kuat semangat sebab mampu bertahan melawan virus Covid-19 ini dan terus gagah berdiri berjuang untuk membantu pada usahawan yang terkesan dengan pandemik. Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited pula menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang. Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai terutamanya dalam soal keusahawanan.
Mengapa beliau sanggup bersusah payah untuk bantu usahawan sedangkan beliau boleh berehat?
Pastinya Dr Azizan mahu para usahawan bangkit kembali berjuang dan terus berdiri tanpa kenal putus asa. Hasilnya secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks telah membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks.
Dewan Rakyat Mengiktiraf Keperihatinan Richworks
Paling membanggakan salah satu program yang dianjurkan oleh RichWorks, Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).
"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.
"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.
Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.
Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.
Zero To Million Richworks
Sehingga saat ini, RichWorks masih lagi mendapat perhatian usahawan hasil dari RichWorks Prihatin dan sehingga kini, Richworksacademy yang beroperasi sebagai syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.
Buktinya tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.
Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).
Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.
Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.
Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang diusahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.
Video Perjuangan Richworks 2021
Kisah perjalanan dan perjuangan Richworks telah diabadikan di dalam bentuk video sebagai kenangan dan semestinya Richworks akan gandakan usaha untuk membantu para usahawan yang memerlukan.
Marsha doakan semoga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.
Tentang Richworks
Walaupun Richworks menjadi buah mulut para usahawan, tapi Marsha nak kenalkan korang dengan lebih dekat lagi. Kalau korang nak tahu, Richworks adalah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.
Sejak 2008 lagi, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.
Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
3 Comments
Semoga dgn usaha ini dapat membantu lebih ramai usahawan untuk berani bangkit berniaga
ReplyDeleteTahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.
ReplyDeletesampaikan ilmu ni tak putus2 yeaa...
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)