Richworks Anjurkan Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman

Richworks Anjurkan Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman | Assalamualaikum. Tahun 2022 semakin pantas berlalu. Pejam celik dah menghampiri minggu ketiga Februari. Semua maklum, awal 2020 kita diduga dengan pandemik Covid-19 yang masih ada sehingga hari ini. Dalam masa pandemik, kita dapat lihat ada bisnes yang jatuh dan ada juga sampai gulung tikar. Kebanyakannya bisnes-bisnes kecil tempatan yang sangat terkesan. 

Pandemik Covid-19 Beri Kesan Mendalam Kepada Usahawan dan Peniaga Kecil


Walaupun Marsha dalam golongan pengguna, tetapi Marsha dapat rasakan kesan yang mendalam pandemik ini kepada usahawan melalui penutupan premis dan sebagainya. Ada yang terpaksa kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang untuk meneruskan kehidupan. Cabaran bisnes di zaman pandemik berubah 360 darjah dan sangat-sangat mencabar. 

Tahun 2022 ini, usahawan masih perlu berkerja keras untuk mempertahankan dan meningkatkan bisnes kerana di tahun 2022 ini pastinya cabaran makin hebat.


Tentang Richworks


Richworks, memang tidak asing lagi dan sinonim dengan golongan usahawan. Bila sebut Richworks je mesti kita terbayangkan mentor usahawan yang terkenal iaitu Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Beliau adalah pengasas Richworks International dan telah membantu bangsa usahawan untuk berjuang kembali memajukan bisnes masing-masing dengan ilmu yang betul sejak tahun 2008 dan beliau masih lagi membantu usahawan sehingga hari ini.




Mungkin juga ada yang belum tahu apa dia Richworks ni kan? Meh Marsha share serba sedikit tentang Richworks. Richworks International adalah sebuah syarikat multinasional yang merupakan penganjur seminar keusahawan terbesar Asia Tenggara. 

Kepakaran Richworks International adalah dalam industri Latihan Keusahawanan merangkumi pemasaran, jualan, perakaunan, percukaian, pematuhan, operasi perniagaan, pengurusan sumber manusia dan kepimpinan.

Richworks ditubuhkan pada 2008. Semenjak ditubuhkan, Richworks telah mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan memecah rekod dalam menghasilkan paling ramai usahawan Berjaya di Malaysia. Antara rekod terbaik adalah pada tahun 2020, seramai 777 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari dalam dan luar negara berjaya mencipta rekod apabila menjana jualan lebih RM2 bilion melalui Program Mentoring SPIRE & TITANIUM.

Richworks bermula dari permulaan yang sederhana oleh Dr Azizan Osman, Jurulatih Perkembangan Peribadi & Mentor Kejayaan No. 1 Malaysia. Beliau sendiri pernah melalui kehidupan yang mencabar dalam membangunkan perniagaan beliau sendiri dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan dan ini merupakan satu peluang untuk beliau cuba bantu lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik.

Dalam masa beberapa tahun sahaja, Richworks telah berjaya menjadi syarikat pembangunan peribadi dan kejurulatihan & Latihan profesional terbesar di Malaysia. Hebat kan?


Richworks Bukan Hanya Bantu Usahawan Malah Membantu Masyarakat Yang Memerlukan

Bukan hanya membantu usahawan memajukan bisnes mereka dengan ilmu yang betul, Richworks juga banyak membantu masyarakat kita yang memerlukan. Bau-baru ini, Richworks juga tak ketinggalan dalam menyumbang kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

Datuk Wira Dr Azizan Osman menubuhkan RichWell dan melalui Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, beliau dan Richworks berjaya bantu lebih 2,000 keluarga.

Jom Kita Kenal Dengan Lebih Dekat Datuk Wira Dr Azizan Osman


Datuk Wira Dr Azizan Osman dan Richworks sudah mula melatih dan membimbing usahawan sejak 2008. Lebih tepat lagi, sudah 13 tahun dalam industri ini dan sudah memenangi beberapa Richworks Award. Sebelum tertubuhnya Richworks, beliau mempunyai pengalaman meluas dalam marketing dan sales hingga mengetuai syarikatnya dengan client-client korporat besar, seperti TM-Streamyx, HSBC dan lain-lain.




Walaupun Datuk Wira Dr Azizan Osman sangat dikenali mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini, beliau tetap tak jemu upgrade diri dan masih belajar dengan mentor antarabangsa serta melakukan kajian dan research apa yang relevan dengan bisnes sekarang.

Difahamkan juga, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah pergi ke SILICON VALLEY pada tahun 2017 untuk menimba ilmu dan belajar bersama pakar-pakar di sana tentang digitalisasi. Malah sekembalinya Datuk Wira Dr Azizan Osman terus berkongsikan tentang transformasi digitalisasi dan kepentingannya sebelum ada Covid-19 ini lagi.

Paling Marsha kagum dengan beliau adalah beliau mempunyai passion nak lihat anak bangsa usahawan ini berjaya bisnes dari rumah. Walaupun banyak orang skeptikal dan fikir negatif namun dia tetap lakukan apa yang boleh beliau lakukan dan memberikan sumbangan ilmu, semangat dan juga tenaga buat usahawan-usahawan yang nak berjaya. Dan sememangnya beliau berjaya!

Live Session Bersama Datuk Wira Dr. Azizan Osman


Seperti yang Marsha sebut sebelum ini, tahun 2022 ini sebenarnya makin mencabar. Jangan fikir tahun 2022 ini bisnes semakin mudah! Datuk Wira Dr. Azizan sendiri telah kenalpasti 10 cabaran kritikal perniagaan sekarang!




Dalam Live Session, Mentor Usahawan terkenal, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini dan juga setiap ahad sepanjang Februari, pukul 8 pagi.

Ini adalah peluang keemasan untuk usahawan yang ada bisnes tak kira kecil atau besar menimba ilmu penting dari Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan mendapatkan tips yang akan membantu dalam bisnes masing-masing.


Datuk Wira Dr. Azizan Osman ada berkongsi serba sedikit tentang cabaran bisnes di tahun 2022 ini. Ini apa yang Dr Azizan kongsikan pagi tadi :


"Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi. Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini."


Menurut beliau, pentingnya untuk kita maklum tentang cabaran ini sebab sekarang adalah tahap kritikalnya untuk kita semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana pastinya bukan mudah pada tahun ini. Korang pun mesti terkesan dengan kenaikan harga barang secara mendadak kan? Marsha pun sama. 

Kalau korang perasan, kebelakangan ini kenaikan harga barang telah menjadi tajuk besar akhbar dan isi-isu yang berkaitan. Kebimbangan rakyat pun makin menebal dengan isu ini. Marsha pun tak terkecuali.









"Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.


Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.


Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?


Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa." Menurut beliau lagi.


Datuk Wira Dr Azizan Osman mula sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'! Ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini. Orang ramai masih berjaga-jaga untuk berbelanja memandangkan kenaikan harga barang yang ada mendadak.


Menurut beliau lagi, jika usahawan masih kekal dengan usaha normal, usahawan akan mati dan jika kekal kecil bukan sahaja akan jatuh malah akan pupus.




Beliau juga berpesan kepada Titanium di bawah bimbingan beliau,  jika mereka tak buat betul-betul untuk berkembang maka mereka tidak bersyukur. Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.


Datuk Wira Dr Azizan Osman bertegas, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.


"Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'. Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.


Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?


Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.


Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.


Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini."


Sokong Datuk Wira Dr Azizan Osman

Marsha sangat bersetuju dengan apa yang dikongsikan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman sebab Marsha nampak bukan senang nak tempuhi cabaran bisnes di zaman kini yang makin mencabar tanpa ilmu yang betul.

Kalau kita tengok usahawan-usahawan yang berjaya sekarang, mereka mengambil masa yang agak lama untuk brandingkan brand mereka sendiri dan ianya bukan usaha 1-2 minggu. Bukan itu sahaja, dalam tempoh itu juga mereka telah berkorban masa, wang ringgit dan segalanya untuk berjaya. 

Sebagai usahawan, mahu tak mahu usahawan perlu menerima perubahan dengan lapang dada untuk terus kekal dalam perniagaan yang serba mencabar ini.

Sertai Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman




Memandangkan cabaran bisnes tahun 2022 ini semakin mencabar, Marsha sangat sarankan korang sertai Live Session bersama dengan Datuk Wira pada hari ahad ini jam 8 pagi. Korang pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan? Jom sertai Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman dan Marsha pasti korang tak akan rugi. 

Korang boleh klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official sekarang tau!


Facebook: RichworksGroup



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

2 Comments

  1. Perkongsian yg bukan calang-calang dari dr azizan. dah le free saja. rugi kalau x rebut peluang ni kan

    ReplyDelete
  2. moga syarikat ini terus berkembang maju dan terus membantu para usahawan.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us