Bufet Ramadhan 2022 The Haven Resort Ipoh Kekalkan Tema "Nostalgia Balik Kampung" | Assalamualaikum. Beberapa hari lagi kita nak 'check in' bulan mulia iaitu Ramadhan. Tak lama lagi status pandemik Covid-19 akan bertukar kepada endemik. Jadi Marsha pasti kesemua hotel sibuk buat persiapan untuk bufet Ramadhan masing-masing.
The Haven Resort Ipoh juga tidak terkecuali. Minggu lepas, Marsha berpeluang ke Preview Ramadhan Bufet the Haven Resort. Paling best bila dapat tahu The Haven Resort mengekalkan tema Bufet Ramadhan mereka iaitu Nostalgia Balik Kampung. Jadi menu istimewa iaitu Sup Gear Box dan Itik Salai Masak Lemak Cili Padi 'confirm' ada. Tapi bezanya tahun ini ada sentuhan istimewa dari chef. Itu yang 'suprise' sikit...hihihi.
Bufet Ramadhan "Nostalgia Balik Kampung" The Haven Resort 2022 Lebih Menyengat
Sempena Ramadhan tahun 2022 ini, The Haven All Suite Resort, Ipoh (The Haven) menawarkan lebih 50 juadah dari menu utama sehinggalah pencuci mulut untuk berbuka puasa sepanjang bulan puasa (Ramadhan) bermula pada 4 hingga 29 April 2022.
50 menu dari menu utama sehingga pencuci mulut. Banyak kan? Memang sangat meriah menu yang disediakan di Bufet Ramadhan 'Nostalgia Balik Kampung' The Haven ni. Antara menu yang bakal memikat selera pengunjung ialah Gulai Ikan Masin, Nangka Muda Masak Lemak, Kari Kepala Ikan Bendi, Kambing Peratal, Ayam Masak Merah, Daging Panggang Air Asam, Sotong Tumis Saleri, Udang Sambal Petai, Nasi Hujan Panas, Bubur Lambuk, Bubur Pulut Hitam dan banyak lagi.
Sebahagian dari Menu Utama |
Pelbagai kerabu, ulaman dan banyak lagi. Semestinya ada kurma untuk berbuka puasa. |
Supaya tidak akan buat pengunjung boring dengan menu yang sama setiap hari, menu bufet Ramadhan akan berubah pada setiap hari selain menampilkan lima gerai juadah iaitu Gerai Makanan Arab, Gerai Bakar, Gerai Sup, Gerai Mi dan Gerai Gorengan. Turut disajikan lebih daripada 25 jenis hidangan utama dan 30 jenis pembuka selera serta pemanis mulut.
Pelbagai pilihan pencuci mulut |
Wajib Cuba Menu Istimewa, Sup Gear Box dan Itik Salai Masak Lemak Cili Padi
Paling reccomended yang Marsha wajibkan korang cuba adalah menu Itik Salai Masak Lemak Cili Padi dan Sup Gearbox. 2 menu ni nampaknya diberikan sentuhan istimewa oleh Chef Shamsul tahun 2022 ni kerana rasanya berbeza kali ni. Lebih padu dan lebih kick berbanding tahun lepas. Memang wajib cuba gais!! Berbaloiiii...seketul Gear Bos tu Marsha boleh habiskan berdua je dengan suami...hihi
Itik Salai Masak Lemak Cili Padi |
Menu pertama yang Marsha ambil pastinya ialah Sup Gear Box kegemaran Marsha sekeluarga. Kalau dulu balik kampung di Kelantan kami memang akan cari Sup Gear Box. Tapi sekarang tak perlu nak pergi jauh. Dekat The Haven boleh mengubat rindu Sup Gear Box.
Sup Gear Box |
Semua Hidangan Menggunakan Bahan-Bahan Segar Diyakini Bebas MSG dan HALAL
Marsha suka makan di The Cuisine, The Haven Resort kerana setiap sajian yang dihidangkan dari bahan-bahan yang segar dan diyakini bebas MSG. Jadi memang sedap sajian yang dihidangkan bukan dari penambah perasa atau MSG malah ianya resepi original dari Chef Shamsul sendiri.
Wajib try ni....NO MSG |
The Cuisine, The Haven Resort juga telah mendapat sijil HALAL mereka jadi jangan risau ok! SOP dekat sini pun sangat baik.
Surau dan Solat Terawih Disediakan
Jangan risau tertinggal solat terawih kalau berbuka di The Haven Resort, Ipoh sebab seperti tahun lepas The Haven Resort telah menyediakan surau dan juga menjemput Imam khas untuk solat terawih. Jadi korang boleh terus solat terawikh bersama imam. Lepas terawikh boleh la sambung makan balik....hihi
Harga Sangat Berbaloi dengan Lebih 50 Sajian Yang Dihidangkan
Korang boleh menikmati Bufet Ramadhan 2022 The Haven Resort "Nostalgia Balik Kampung" dengan harga
Dewasa
RM105++ (RM121.80 bersih) atau RM85++ (RM98.60 bersih) (Tempahan Awal) seorang
Kanak-kanak yang berusia enam hingga 12 tahun serta warga emas
RM85++ (RM98.60 bersih) atau RM70++ (RM81.20 bersih) (Tempahan Awal) seorang
Kanak-kanak bawah 6 tahun boleh menikmati hidangan bufet secara percuma, tertakluk kepada dua orang kanak-kanak ditemani oleh dua orang individu dewasa.
Menikmati Hidangan Sambil Melihat Pemandangan Indah Bukit Batu Kapur
Selain sajian yang sedap, korang juga boleh merasai pengalaman berbuka puasa di resort mewah terkenal di Ipoh dengan pemandangan tasik semula jadi yang dikelilingi kehijauan dan kedamaian hutan hujan. Korang juga boleh menikmati keindahan bukit batu kapur berusia 280 juta tahun yang merupakan simbol kemegahan The Haven. Ada replika dinasor yang berhampiran yang menjadi simbolik usia bukit batu kapur tersebut.
Menginap di The Haven Resort dan Dapatkan Harga Istimewa Bufet Ramadhan Potongan Sebanyak 50%
Kalau korang nak merasai suasana indah di The Haven Resort. Marsha suggestkan korang menginap di The Haven sepanjang bulan Ramadhan ini. Bukan sahaja korang akan dapat keselesaan di Bulan Ramadan malah korang akan dapat harga istimewa bufet Ramadhan The Haven Resort dengan potongan sebanyak 50% dengan Pakej Penginapan.
Pakej penginapan ini termasuk :
- Sahur/sarapan disedikan
- Bufet Ramadhan dengan potongan harga 50%
- Solat Terawih bersama imam
- Minibar & WIFI percuma
- Pilihan Tempahan yang fleksibel
- Waktu 'checkout' lewat sehingga 2 petang.
Jadi jom cepat-cepat buat tempahan bufet Ramadan melalui talian 05-540 0010 manakala sebarang pertanyaan dan tempahan bagi Pakej Penginapan dan Makan Malam, korang boleh hubungi di talian 05- 540 0000 / 05-540 0005 atau korang boleh layari laman web www.thehavenresorts.com/offers.
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
2 Comments
yum2 mmg sdp menu2 dia. berbaloi
ReplyDeleteSuka tengok view kat The Haven Resort ni. Cantik dapat tengok view kehijauan dari bilik dengan batu kapur tu. Harga bufet Ramadhan kat sini ni berpatutan juga harganya. Banyak pilihan.
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)