Durioo+ - Platform Penstriman Khas Buat Kanak-Kanak Muslim Di Seluruh Dunia Yang Menekankan Nilai-Nilai Islamik

Durioo+ - Platform Penstriman Khas Buat Kanak-Kanak Muslim Di Seluruh Dunia Yang Menekankan Nilai-Nilai Islamik | Assalamualaikum. Nampaknya ada berita gembira untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil yang berusia 7 tahun kebawah. Bermula Februari lalu, satu platform penstriman global pertama yang lebih dikenali sebagai Durioo+ telah dilancarkan. Menarik betul! Jadi anak-anak Marsha makin happy lah sebab ada platform islamik macam ni.

Marsha sebagai ibu pula rasa sangat happy dan lega sebab anak-anak boleh lah Marsha fokuskan ke Durioo+ sebab kandungan Youtube yang mereka tengok sekarang ni sangat tidak selamat. Risau je takut keluar yang pelik-pelik. Tapi dengan Durioo+ ni Marsha tak perlu bimbang dah. Ajom lah kita ber Durioo+!!

Durioo+ Khas Buat Kanak-Kanak Muslim Di Seluruh Dunia






Durioo+ telah ditubuhkan oleh pengasas serta individu-individu kreatif yang menghasilkan siri animasi Omar & Hana dan Didi & Friends (Digital Durian) dimana animasi tersebut telah meraih kejayaan global dan memperoleh lebih daripada 13 juta pengikut di saluran-saluran YouTube mereka. Jadi kalau anak-anak memang peminat setia Omar & Hana dan Didi & Friends memang sangat sesuai. 




Menariknya, Durioo+ adalah satu platform yang berasaskan langganan bertujuan untuk menyediakan kandungan Islamik yang berkualiti tinggi dan bermanfaat untuk kanak-kanak di seluruh dunia. Buat masa ini, Durioo+ tersedia dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tapi next akan datang dalam Bahasa Mandarin, Bahasa Urdu dan juga Bahasa Arab. Jadi Baihaqi, boleh la mantapkan skill Bahasa Mandarin dengan Durioo+ juga. Baihaqi sekarang belajar di tadika cina dan tengah belajar Bahasa Mandarin. Kanak-kanak diluar negara juga boleh menikmati Durioo+ ni nanti..yeayy!!

Dari Digital Durian ke Durioo 

Januari lalu, Durioo telah dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa. Sinan Ismail, pengasas Durioo juga berkata pelancaran Durioo+ adalah langkah pertama dalam merealisasikan aspirasi mereka untuk menjadi platform penstriman pilihan utama bagi kanak-kanak Muslim di dalam dan di luar Malaysia. 



"Kami mahu menyediakan platform yang selamat bagi membantu membina asas Islam yang kukuh untuk penonton kami dengan menyampaikan kandungan pendidikan yang mengajar tentang nilai asas dan kebaikan dalam Islam," 

Dengan Durioo+, Sinan berharap dapat mendekati kanak-kanak Islam di seluruh dunia supaya mereka bukan sahaja dapat menonton dan berhibur tetapi juga mempelajari tentang keindahan agama Islam sejak dari kecil lagi.

Rancangan-rancangan Yang Disediakan Dalam Durioo+

Sempena pelancarannya, pelanggan Durioo+ boleh menjangkakan lebih daripada 100 episod yang terdiri daripada animasi dan bukan animasi berteraskan nilai dan prinsip pegangan dalam Islam. Ia juga merancang untuk menampilkan 30 kandungan baharu setiap minggu bagi memberikan pengguna lebih banyak pilihan kandungan untuk ditonton. Durioo juga akan membawa lebih daripada 12 rancangan baharu di bawah jenama Durioo Originals. Antaranya ialah Mina Mila, Little Ammar, Abibi, dan banyak lagi.






Pelanggan Durioo+ mempunyai akses khas untuk menonton kandungan yang dihasilkan oleh tim kreatif Durioo dan juga rancangan-rancangan menarik melalui kerjasama dengan studio produksi lain seperti:

  1. Bubu Lala – produksi bersama dengan Yeah Yeah Yeah Studio
  2. Polytako – animasi yang dihasilkan bersama dengan Kanaloa Malaysia
  3. Zehni – pengeluaran bersama Philandure.



Nak Langgan Durioo+? Berbaloi!

Macamana nak langgan Durioo+? Senang je. Korang hanya layari laman web https://duriooplus.com/ atau untuk akses yang lebih mudah, korang boleh memuat turun aplikasi Durioo+ yang boleh didapati di kedua-dua gedung aplikasi iOS dan Android termasuk Apple TV dan Android TV. 

Durioo+ menawarkan langganan dengan kos bulanan hanya RM12.90 atau langganan tahunan pada harga RM129.90 sahaja. Durioo+ juga menawarkan percubaan percuma selama 7 hari.

Selain itu, berita baik untuk korang di luar sana! Korang boleh menggunakan promo kod “MARSHADURIOO” untuk menikmati diskaun sebanyak 30% bagi langganan Durioo+ bulan pertama. Rebut peluang ini untuk melanggan Durioo+ hari ini juga.





Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us