Pengalaman Staycation Waktu Pandemik di Travelodge Georgetown

Pengalaman Staycation Waktu Pandemik di Travelodge Georgetown | Assalamualaikum. Pandemik Covid-19 masih setia bersama kita dan pada 1 April nanti kerajaan akan mengumumkan fasa Endemik pula. Kalau perasan, lately ramai yang kecundang dengan varian Omicron. Marsha pun kecundang 3 minggu lepas tapi sekarang ni alhamdulillah dah sihat. Nanti Marsha story lebih lanjut dekat next post ok! 

Pulau Pinang, adalah salah satu antara negeri di Malaysia yang mempunyai pelbagai tarikan dari segi tempat menarik dan juga makanan. Memang tak heranlah setiap kali hari minggu, cuti perayaan atau cuti sekolah Pulau Pinang akan dibanjiri pengunjung-pengunjung dari dalam dan luar negara. Marsha pun tak terkecuali bercuti ke Pulau Pinang 2 minggu lepas. Bawa anak-anak tengok dunia luar setelah kuarantin selama 7 hari dirumah.

Travelodge Georgetown Lokasi Tengah Bandar Jadi Pilihan

Mostly kalau ke Pulau Pinang, ramai yang suka menginap di tepi pantai. Tapi sebenarnya hotel di dalam bandar tak kurang hebatnya. Sebelum ini, Marsha memang suka menginap di hotel tepi pantai sebab nak bawa anak-anak main pantai. Kali ni Marsha ubah angin untuk menginap di tengah bandar sebab utamanya 'walking distance'. Kalau menginap di tepi pantai, kita kena drive kalau nak kemana-mana.

Pemandangan malam di Travelodge Hotel Georgetown



Hotel Travelodge Georgetown Pulau Pinang terletak di Jalan Macalister yang terkenal. Korang yang selalu ke Pulau Pinang mesti tau jalan besar di Georgetown yang bersejarah di Pulau Pinang yang terkenal sebagai syurga makanan. Kepelbagaian etnik, budaya dan agama Pulau Pinang telah menghasilkan kepelbagaian makanan jalanan ikonik yang menyelerakan. Khususnya Georgetown menawarkan pelbagai menu penjaja yang sedap dan asli.

Travelodge menawarkan hotel Pulau Pinang yang sempurna di Georgetown untuk semua keperluan penginapan korang seiring dengan penyenaraian Warisan Dunia UNESCO, seni bina yang menawan, seni jalanan yang unik dan sudah tentu makanan jalanan yang menggiurkan serta menarik minat pelancong dalam dan luar negara.

Lokasi Travelodge Georgetown Strategik


Lokasi Travelodge Georgetown sangat strategik. Terletak berdekatan dengan beberapa perhentian bas dan juga tarikan tempat-tempat menarik. Menginap di Travelodge Georgetown membuatkan perjalanan ke destinasi yang korang inginkan akan menjadi cepat dan mudah. Hanya 140m dari hotel adalah perhentian bas "Sin Chew Daily, Jalan Macalister", yang mengambil masa 2 minit untuk sampai ke sana dengan berjalan kaki. Penang Times Square pun tak jauh hanya akan mengambil masa 8 minit berjalan kaki sejauh 600m untuk ke sana. Di sekitar  hotel juga terdapat pelbagai jenis kafe dan kedai makan yang menarik, klinik, drugstore dan juga masjid jadi memang lokasi sangat-sangat strategik.





Kemudahan Di Travelodge Georgetown


Travelodge Georgetown juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk memastikan penginapan korang di hotel adalah memuaskan. Antaa kemudahan yang disediakan di Travelodge Georgetown ialah:

  1. 24-jam Fitness Centre
  2. Sarapan Yang Dipek ( ketika Pandemik Covid-19)
  3. Stesen Komputer
  4. Parking Percuma (for in-house guests)
  5. Wi-Fi Percuma
  6. Perkhidmatan simpanan bagasi
  7. Bilik mesyuarat
  8. Hotel bebas rokok
  9. Kolam renang (7AM-7PM)
  10. Kawasan merokok disediakan
  11. Lif


Lif

Lobi yang luas

Kolam Renang



Jenis Bilik di Travelodge Georgetown

Travelodge Georgetown menawarkan 4 jenis bilik mengikut kesesuaian dan bajet kita. Jom kita tengok

#1 Standard Room



#2 Superior Room







#3 Deluxe Double Room







#4 Family Room




Tempat Menarik Di Sekitar Travelodge Georgetown

1. Menara KOMTAR (The TOP Penang)


Pada ketinggian 816 kaki, Menara KOMTAR (juga dikenali sebagai The TOP) memegang gelaran sebagai bangunan tertinggi yang telah dibina di Pulau Pinang. Menara yang indah ini terserlah di tengah-tengah kehidupan bandar yang sibuk dan menarik aliran pengunjung yang berterusan setiap tahun. Dengan pelbagai tarikan yang terletak di dalam bangunan, menara KOMTAR adalah tempat yang sesuai untuk masa yang menyeronokkan.


Di The TOP Penang korang boleh merasai pengalaman yang mendebarkan dan menggembirakan di Rainbow Skywalk yang terletak di titik tertinggi KOMTAR, korang boleh menikmati pemandangan panorama 360-panoramik yang menakjubkan di seluruh bandar dan memang cantik sangat!  

2. 1st Avenue Mall


Jarak dari hotel hanya dalam 700-meter boleh sampai hanya dengan berjalan kaki. Mempunyai ketinggian 7 tingkat. Pusat beli-belah ini juga mempunyai pelbagai pilihan makanan untuk korang yang nak berehat selepas shopping. 1st Avenue Mall juga menyediakan anda dengan pemandangan panoramik bandar yang menakjubkan dari tingkat 8, menjadikannya lokasi yang sempurna untuk mengambil beberapa gambar fotogenik yang indah.

3. Tech Dome Penang


Tech Dome Penang merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mewujudkan hab pembelajaran teknologi dan pertukaran idea. Ia akan menjadi wadah untuk meningkatkan literasi saintifik dan keupayaan teknologi di Malaysia.

Terletak di kubah 'geodesic' KOMTAR hanya bersebelahan dengan Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town di Pulau Pinang, korang  akan menemui dunia teknologi yang menarik dan cara mereka bekerja dengan menerokai pameran bertaraf dunia di galerinya. Program tetap akan dijalankan untuk sekolah, kolej dan keluarga yang direka khas untuk memupuk semangat inkuiri dan mengajar kanak-kanak dan remaja kemahiran yang diperlukan untuk berkembang maju dalam teknologi tinggi, masa depan berasaskan pengetahuan.

Ada banyak lagi tempat menarik yang berdekatan sebenarnya. Tapi Marsha kongsikan beberapa yang wajib korang lawati.


Pengalaman Marsha Staycation di Travelodge Georgetown


My small family



Masa nak booking memang Marsha dah plan nak pilih bilik yang besar dan selesa untuk anak-anak. Memandangkan kami sekeluarga berlima, jadi terus je booking family room. Sebelum ni kami pernah menginap di Travelodge Ipoh jadi boleh agak dah keluasan bilik macamana. Memang kami nak  anak-anak sangat selesa dalam bilik nanti .

Travelodge Georgetown Sangat-sangat Mementingkan SOP

Travelodge Georgetown sangat mementingkan SOP dan membuatkan kami sekeluarga rasa lebih selamat. Di pintu masuk hotel kami perlu scan My Sejahtera dan sanitizer juga disediakan. Laluan keluar masuk juga ditentukan dengan baik. Proses check-in pula sangat lancar dengan staff yang sangat peramah dan membantu. Beg-beg kami dibawa sampai ke bilik.




Bilik Family Room Yang Sangat Luas & Selesa

Kami semua terkesima masa kali pertama masuk bilik. Sangat luas biliknya dan anak-anak suka. Bilik Family Room disedia 1 katil Queen dan 2 katil single. Bilik ini adalah non-smoking room tau. Memang sesuai untuk kami sekeluarga sebab suami Marsha bukan perokok.

Besar kan bilik Family Room?



Kemudahan yang disediakan di Travelodge Georgetown pun sangat selesa. Di Travelodge Georgetown disediakan mesin air ala-ala 'cuckoo' yang kita sedia boleh ambil air sejuk, suhu bilik dan juga air panas. Jadi tiada risiko dari kita masak air dekat bilik. Jadi pemanas air yang disediakan dalam bilik tu kami tak guna. Juga disediakan mini fridge untuk kemudahan kita.




Konsep almari di Travelodge Georgetown sama juga dengan Travelodge Ipoh iaitu open space. Nampak minimalist dan kemas. Tak lupa juga disediakan sofa, meja kopi, televisyen, penyaman udara dan juga complimentary selipar bilik, alatan mandian,  teh, kopi, krimer dan gula.

Almari konsep open space

Keetle, Gelas, Kopi, Teh, Krimer dan Gula


Cara Nak Booking Bilik di Travelodge Georgetown

Senang je nak booking bilik di Travelodge Georgetown ni. Korang terus je klik booking bilik Travelodge Hotel dan terus buat pilihan bilik. Senang kan? Memang sangat senang sebab semua dah dihujung jari. Semestinya harga bilik antara hotel murah penang.

Maklumat Lanjut


Alamat:
101 Jalan Macalister 10400 Georgetown, Penang

Telephone Number: 
+60 4-2260084

Email: 

Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us