' Guru Tunjang Sekolah Sejahtera ' McDonald’s Malaysia Iktiraf Guru Luar Biasa melalui Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022

‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera' McDonald’s Malaysia Iktiraf Guru Luar Biasa melalui  Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 | Assalamualaikum. Setiap tahun McDonald’s Malaysia tidak pernah ketinggalan mengiktiraf guru-guru 'luar biasa' di seluruh Malaysia melalui Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022.

25 Orang Guru Diiktiraf Guru Luar Biasa melalui Anugerah   Guru Inspirasi McDonald’s 2022

14 Mei yang lalu, McDonald’s Malaysia telah mengumumkan 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022. Anugerah ini adalah bertujuan untuk menghargai para guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang “luar biasa” atas jasa mereka meningkatkan kecemerlangan akademik dan mewujudkan akses kepada pendidikan demi kemenjadian anak murid.


Pejam celik rupanya Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 telah memasuki tahun keenam penganjurannya semenjak bermula pada tahun 2017. Anugerah ini telah menerima lebih daripada 5,600 pencalonan mulai 10 Mac hingga 2 April 2022. Daripada keseluruhan pencalonan yang diterima, 25 pemenang telah dipilih berdasarkan komitmen ‘luar biasa’ mereka dalam mendidik anak-anak bangsa negara.


Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 dijadikan sebagai Anugerah Tahunan  Menghargai Usaha Murni Para Guru


McDonald’s Malaysia umumkan penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 di Universiti Malaysia Kelantan pada 14 Mei 2022, yang disempurnakan oleh Menteri Kanan Pendidikan YB Datuk Dr Radzi Jidin.


“McDonald’s telah memperkenalkan anugerah tahunan ini sebagai salah satu inisiatif dan komitmennya dalam menyumbang kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya dengan mengiktiraf guru ”luar biasa” yang memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan negara melalui pendidikan. Marsha percaya setiap guru adalah unik dan dapat memberi inspirasi secara tersendiri. Amat mengejutkan, Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 ini amat disokong oleh semua sehingga mencatatkan peningkatan jumlah pencalonan sebanyak lebih 1,200 berbanding tahun lalu. 

Kisah luar biasa yang diterima adalah tanda komitmen tidak berbelah bahagi para guru dalam melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik murid-murid secara menyeluruh,” kata Puan Hajah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.

Puan Hajah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia menerangkan kepentingan peranan guru dalam pembentukan masa depan negara dan megucapkan terima kasih kepada para guru atas komitmen mereka.



“Semua murid mampu berkembang sebagai individu yang seimbang dan memenuhi potensi diri mereka dengan didikan dan asuhan guru. Dua tahun kebelakangan ini kita menghadapi situasi sukar, dengan sekatan pandemik yang memberi kesan kepada pengalaman pembelajaran normal murid. Namun, kisah yang kami perolehi hasil pembacaan berdasarkan pencalonan diterima sejak bermulanya pandemik menunjukkan betapa kukuhnya semangat kemanusiaan dan para guru yang menjadi pemacu utama sistem pendidikan negara. Semasa memasuki fasa peralihan endemik ini, janganlah kita lupa semangat serba boleh yang terpahat dalam diri kita semua, penyesuaian yang dilakukan dan daya tahan yang ditunjukkan para guru dalam menjalankan tanggungjawab mereka, terutamanya ketika melalui masa-masa yang tidak menentu. Inilah yang perlu dibanggakan,” tambah Puan Hajah Melati.


YB Datuk Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan yang merupakan tetamu kehormat majlis, telah menyampaikan anugerah ini sendiri kepada 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022. Setiap pemenang menerima wang tunai RM5,000 dan sebuah trofi.


En. Chan Chin Ho dan En. Rohaidee Bin Mustafa merupakan antara dua dariapada 25 pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 yang dipilih berdasarkan komitmen “luar biasa” mereka dalam mendidik anak-anak bangsa negara.


Sejak pertama kali dilaksanakan pada tahun 2017, Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s telah disampaikan kepada 131 guru yang menjalankan tanggungjawab melebihi tugas hakiki dalam mendidik, memotivasi dan memberi inspirasi kepada generasi masa hadapan negara.


Para penerima anugerah ini telah dipilih oleh panel juri yang terdiri daripada wakil McDonald’s, pegawai KPM dan pihak media.


Tidak lupa kepada pencalon untuk pemenang anugerah ini turut menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan.


Senarai penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 tahun ini adalah seperti berikut, Tahniah Cikgu!



Bil.

Nama Guru

Sekolah

1

Encik Chan Chin Ho

SMK Durian Tunggal

2

Mdm Tan Wei Kuan

SJKC Chong Cheng

3

Puan Siti Ainulmursyida binti Shamsudin

SMK Orkid Desa

4

Encik Muhammad Suffi bin Yusof

SK Pangkalan TLDM

5

Encik Mohammad Noor Azlan bin Idris

SMK Syed Abu Bakar

6

Encik Tiew Feilix

SJKC Kwang Hwa

7

Puan Nur Afizan binti Mohd Zainon

SMK Dato' Bijaya Setia

8

Encik Awang Mohammad bin Awang Yahya

SK Semayan Pulau Banggi

9

Encik Norhailmi bin Abdul Mutalib

SMK Jerlun

10

Encik Rohaidee bin Mustafa

SK Tun Syed Ahmad Shahabudin

11

Puan Angela binti Joseph

SMK Mutiara

12

Encik Noreriffin Bin Norazaman

SMK Lailatul Shahreen

13

Puan Jasleen binti Mohamed Razali

SK Gong Nangka

14

Encik Ishak bin Hassan

SK Bandar Raub

15

Encik Lerry David

KV Keningau

16

Encik Hafizi Fazli bin Bakar

SMK Kemabong

17

Encik Mohana Ram a/l Murugiah

Methodist Girl's School

18

Encik HJ Khairu Rasid bin Mohamad

SMK Tan Sri Jaafar Albar

19

Encik Zulbaseri bin Husain

SK Parang Putting

20

Encik Maheswaran a/l Muniandy

SK Putrajaya Presint 9(1)

21

Encik Huzaire bin Haji Ahmad

SK (F) Mempaga 2

22

Encik Kelimin anak Lidam

SK Long Moh

23

Mohamad Zain bin Md Sevan

SK (F) Pasir Besar

24

Puan Aznida binti Abdul Aziz

Kolej Tingkatan Enam, Petaling Jaya

25

Puan Siti Rahimah binti Hamat @ Mamat

IPG Dato' Razali Ismail


Nak ketahui kisah-kisah guru yang dicalonkan oleh rakyat Malaysia untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's tahun ini? Korang boleh diikuti pada pautan berikut:


Sambutan Hari Guru oleh McDonald’s Malaysia


Untuk menghargai para guru di seluruh Malaysia, semua 318 restoran McDonald’s di seluruh negara akan menganjurkan parti Hari Guru pada bulan Mei dan Jun ini. Kru restoran McDonald’s bakal meraikan para guru dengan aktiviti permainan, sesi bergambar dan lain-lain lagi.


McDonald’s Malaysia juga telah mengedar baucar hidangan Percuma McDonald’s kepada 500,000 para guru di seluruh Malaysia sebagai tanda penghargaan segala jasa mereka demi mendidik anak bangsa. Mereka boleh menebus sama ada “Spicy Sesame McChicken” dengan minuman atau “Sausage McMuffin with Egg” dan kopi Americano. Baucar-baucar ini boleh digunakan dari 16 Mei 2022 sehingga 30 Jun 2022.



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us