Hadiahkan Suami Pek Anugerah Untuk Penjagaan Kesihatan

Hadiahkan Suami Pek Anugerah Untuk Penjagaan Kesihatan | Assalamualaikum. Bila umur semakin meningkat, kadang tu sampai dah 'blur' nak hadiahkan apa dekat encik suami tersayang. Asyik benda yang sama je kan. Rasa boring pula sehinggalah Marsha godek-godek website RoyalePharma dan terjumpa Pek Anugerah. Pakaging pun cantik, memang sesuai umur-umur yang semakin meningkat ini Marsha hadiahkan supplemen untuk penjagaan kesihatan. Sebab kesihatan memang sangat penting.



Pek Anugerah dari Pharmaniaga Sangat Berbaloi Dimiliki

Disebabkan kekangan masa untuk walk-in di farmasi berdekatan, Marsha terus je order online di website RoyalePharma. Pengeposan sampai depan pintu rumah dengan lancar. Alhamdulillah. "Kerana Kesihatan Adalah Sebuah Anugerah..." Pek Anugerah yang didatangkan khusus buat penjagaan kesihatan sepanjang hari buat suami Marsha agar kekal terpelihara kesihatan encik suami..insyaAllah.

Apa ada dalam Pek Anugerah ini?

Pek Anugerah mengandungi makanan sunnah habbatussauda & madu kelulut iaitu dua (2) pek besar Baraka Habbatus Sauda dan satu (1) botol kecil Arnia Madu Kelulut. Kalau korang nak tahu, Pek Anugerah sememangnya anugerah alam semula jadi yang diketahui ramai akan manfaat serta khasiatnya. Sesuai untuk dikongsi dengan yang tersayang, Pek Anugerah ini juga sangat disyorkan sebagai paket hadiah kepada ibu bapa, keluarga, sanak-saudara dan juga sahabat handai yang jauh mahupun dekat di hati ❤️. Jadi Marsha hadiahkan buat encik suami. Alhamdulillah seronok sangat encik suami bila dapat hadiah Pek Anugerah ini. Gabungan Habbatus Sauda dan Madu memang sangat bagus untuk kesihatan yang optimum.



Kenapa Marsha memilih produk di website RoyalePharma?

Sebab ia adalah produk yang dipercayai dari Pharmaniaga. Sebelum ni pun Marsha ada cosume beberapa produk dari Pharmaniaga. Jadi itulah sebab Marsha masih setia dengan produk dari Pharmaniaga ini. Selain dari itu juga, packaging Pek Anugerah ini sangat cantik yang boleh dijadikan hadiah kepada saudara mara dan sahabat handai. Tak perlu nak balut dah.





So, buat korang yang nak dapatkan Pek Anugerah hari ini untuk yang tersayang, korang boleh terus ke website RoyalePharma di www.royalepharma.com.my atau boleh juga dapati secara wak-in di Farmasi RoyalePharma Bangi serta farmasi-farmasi berdekatan anda! Stok terhad tau jadi dapatkan Pek Anugerah ni sementara stok masih ada ok!




Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

2 Comments

  1. wow... untung laa encik suami..huhu.. wife sayang... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah umur makin meningkat ni kita hadiahkan supplemen untuk kesihatan..Aaaminnn

      Delete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us