2 Bahan Utama dalam Eskayvie i-Qids Boleh Bantu Ibu Ayah Uruskan Anak-anak yang Cepat Moody & Tantrum| Assalamualaikum. Pandemik Covid-19 sangat memberi kesan terhadap perkembangan anak-anak. Ini disebabkan sepanjang pandemik Covid-19 anak-anak kita melalui fasa 'lockdown' dan berada dirumah dalam jangkamasa yang lama dan juga terdedah pada gadget terutamanya telefon pintar.
Salah seorang anak Marsha juga tidak terkecuali terkesan dengan pandemik Covid-19 ini. Ini kerana anak Marsha membesar dalam suasana pandemik sejak dari bayi. Jadi anak Marsha hanya bersosial dirumah selama fasa 'lockdown'. Disebabkan kurang bersosial diluar, anak Marsha yang paling kecil mudah moody & tantrum. Jika sekarang bawa keluar ke mall anak Marsha akan mudah tantrum jika tidak dapat apa yang dia mahu. Agak stress juga Marsha sebagai ibu untuk mengatasi masalah ini.
Bukan sahaja anak-anak kecil, kanak-kanak yang bersekolah juga terkesan dengan pandemik Covid-19 ini. Disebabkan pembelajaran secara online (PDPR), anak-anak mula tidak bersemangat ke sekolah disebabkan lama berada dirumah dan punca utama telah terdedah dengan gadget seperti telefon pintar. Ia membuatkan mood anak-anak nak ke sekolah tiada.
Banyak lagi faktor lain yang menjadi punca anak-anak tantrum dan moody contohnya :
⚠️BPA - Makanan Dalam Tin, Mainan
⚠️BPA/PFCs - Bekas Minuman, Kuali Anti Lekat
⚠️Racun Persok - Racun Perosak Agrikultur
⚠️Pthalates - Debu
Sehebat mana kita sebagai ibu bapa berusaha, masih belum mampu melindungi anak-anak kita sepenuhnya dari bahan-bahan berbahaya ini. Kerana ianya berada dalam persekitaran dan banyak lagi. Kesannya, perkembangan otak mereka akan terjejas dan kita sebagai ibu bapa pula akan menjadi bimbang.
2 Bahan Utama dalam Eskayvie i-Qids Boleh Bantu Ibu Ayah Uruskan Anak-anak yang Cepat Moody & Tantrum
Sepanjang pandemik Covid-19 hingga ke hari ini, Marsha sekeluarga memang amalkan produk Eskayvie iaitu Diffenz dan Diffenz Junior untuk kesihatan yang optimum dan meningkatkan imun badan. Bila Eskayvie memperkenalkan produk baru, Eskayvie i-Qids khusus untuk minda anak-anak, Marsha dengan pantas buat pesanan untuk anak-anak Marsha.
Kelebihan Eskayvie i-Qids
- Menggunakan bahan-bahan semula jadi - semua bahan-bahan kandungan Eskayvie i-Qids adalah dari sumber semulajadi. Jadi ibu bapa tak perlu risau.
- Diformulasikan sendiri oleh doktor perubatan, Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan.
- HALAL, selamat dan berkesan - Semestinya Eskayvie i-Qids ini selamat dan berkesan dan ia telah disahkan HALAL oleh JAKIM.
- Sedap dengan rasa coklat.
- Mudah diamalkan - hanya kunyah 1 tablet sehari untuk dapatkan kebaikan Eskayvie i-Qids.
6 Bahan Utama Eskayvie i-Qids
Diformulasi khas oleh doktor perubatan, Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, yang menggabungkan 6 bahan nutrisi utama khusus untuk otak yang sihat dan minda yang cerdas. Gabungan hebat ini terdiri daripada:
# 1 Phosphatidylserine (Serine)
Realiti yang sebenar, masih ramai kanak-kanak Malaysia yang kekurangan dalam pengambilan Phosphatidylserine setiap hari. Untuk membantu fungsi otak yang baik, kanak-kanak amat disarankan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 100mg Phosphatidylserine setiap hari tetapi sayangnya, kanak-kanak kita hanya mengambil sekitar 1/3 sahaja dari jumlah ini.
Menurut kajian, Phosphatidylserine ni bukan sahaja penting untuk bantu sel-sel otak berhubung, tapi juga boleh meningkatkan penghantaran maklumat ke otak. Bila penghantaran maklumat jadi lebih laju, kanak-kanak akan lebih mudah untuk mempelajari sesuatu yang baru atau lebih 'cepat tangkap'. Malah pelbagai kajian yang dibuat di beberapa negara maju juga mendapati dengan corak pemakanan hari ini, ramai individiu terdedah dengan pengambilan Phosphatidylserine yang tidak mencukupi.
Phosphatidylserine boleh didapati daripada makanan harian walaupun kebiasaannya jumlahnya tidak mencukupi. Jadi, sangat penting untuk ambil Phosphatidylserine daripada sumber makanan tambahan.
#2 Alpha Linolenic Acid (ALA)
Marsha pasti semua tahu ikan mengandungi sejenis nutrisi yang dipanggil sebagai Omega 3 dan penting untuk kesihatan otak. Omega 3 boleh dipecahkan kepada EPA dan DHA yang mempunyai tugas tersendiri dalam merangsang sel-sel otak untuk berhubung.
Akibat dari pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan kanak-kanak kekurangan nutrisi ini sehingga mengganggu perkembangan minda mereka. Selain daripada makanan semula jadi, sumber EPA dan DHA juga boleh didapati dalam minyak ikan, namun akibat rasa dan baunya yang kurang menyenangkan ia menjadikan kanak- kanak kurang gemar untuk mengamalkannya.
Sebab itu pengambilan Alpha Linolenic Acid (ALA) amat digalakkan untuk menjadi sumber EPA dan DHA kepada otak si kecil memandangkan rasanya yang lebih lazat.
#3 22 Buahan & Sayuran
Sayur-sayuran dan buah- buahan adalah penting dalam diet harian kita kerana ia merupakan sumber antioksidan utama dalam pemakanan harian kita.
Lebih daripada 90% rakyat Malaysia tidak mengamalkan sayuran dan buahan dalam diet harian secara mencukupi termasuklah kanak-kanak. Tetapi kita tak mampu nak buat apa-apa kalau anak kita jenis tak suka makan sayur dan kurang gemar mengambil buahan? Nak paksa pun akan menyebabkan kesan negatif yang lain. Betul x?
Sebab itu, pengambilan makanan tambahan dalam bentuk ekstrak sayuran dan buahan amat diperlukan buat masa ini untuk memanfaatkan kebaikan antioksidan di dalam sayuran tersebut.
Ekstrak sayuran dan buahan ni bukan saja mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding 5 hidangan buahan dan sayuran, tetapi juga mempunyai penyerapan bahan fenolik dan polifenol yang optima untuk memenuhi keperluan nutrisi kanak-kanak, lebih-lebih lagi yang kurang makan sayur.
#4 Moringa Oleifera
Tumbuhan terkenal di kalangan kaum India ini kebiasaannya turut dikenali sebagai 'daun kelor', 'Murungai' atau 'Rumungai' yang merupakan sejenis Superfood kerana kandungan nutrisinya yang amat hebat.
Khasiat moringa yang korang perlu tahu:
1) 3x zat besi berbanding bayam
2) 4x kalsium berbanding susu
3) 3x potassium berbanding pisang
4) 7x vitamin C berbanding oren
5) Kaya dengan vitamin A, B kompleks, Copper, Manganese dan Zinc.
6) Menyokong kesihatan organ
7) Meningkatkan tenaga dan sistem imun badan
Malah, ia dikaji boleh meningkatkan memori dan pembelajaran kanak-kanak. Tidak dinafikan lagi, manfaat daun moringa ini amat sesuai untuk situasi selepas pandemik di mana banyak kajian mendapati kanak-kanak yang dilahirkan pasca pandemik mengalami impak negatif terhadap perkembangan verbal, motor dan daya pemikiran mereka.
Walaupun khasiat daun Moringa luar biasa hebatnya, ada ibu bapa yang mengalami kesukaran untuk mengajar anak mereka mengamalkan superfood ini. Biasanya Marsha masukkan daun Moringa ini dalam telur dadar tetapi sekarang ni daun Moringa terhad dan susah didapati.
#5 Prebiotik
Prebiotik berfungsi sebagai baja yang menyuburkan kehidupan probiotik atau bakteria-bakteria baik di dalam usus. Apabila kesihatan usus terjaga, ia akan membentuk satu ekosistem usus yang sihat dan meningkatkan penyerapan nutrisi dengan lebih efisien.
Disebabkan bakteria probiotik lebih mudah terjejas dan rosak akibat persekitaran, ramai yang gemar mengamalkan makanan tambahan prebiotik sebagai alternatif untuk memastikan kesihatan usus.
Banyak sebenarnya fungsi prebiotik ni. Kebiasaannya didapati dalam pelbagai bentuk seperti inulin, fructooligosaccharide, galactooligosaccharide dan banyak lagi. Disebabkan rasanya yang sedikit manis, menjadikannya satu nutrisi mudah untuk diamalkan oleh kanak-kanak! Apabila usus anak menjadi sihat, penyerapan nutrisi ke dalam badan juga menjadi lebih mudah.
# 6 Multivitamin & Mineral
Ramai kanak-kanak di Malaysia tidak mempunyai nutrisi yang mencukupi untuk tumbesaran yang sihat. Lebih-lebih lagi sejak pandemik bermula, beberapa siri perintah berkurung telah dilakukan dan ini banyak mengganggu pengambilan nutrisi anak anda.
Pemakanan yang tidak terjaga, banyak terdedah dengan makanan segera, makanan terproses, makanan atas talian, jajan dan pelbagai lagi makanan yang tidak sihat menyebabkan wujudnya jurang nutrisi dalam pemakanan anak-anak.
Sebab itu pengambilan gabungan vitamin dan mineral amat penting untuk melengkap dan mengisi jurang nutrisi harian kanak-kanak.
Ibu bapa harus sentiasa peka dengan pemakanan anak anda. Untuk menjamin tumbesaran yang lebih sempurna, amalan mengambil multivitamin dalam bentuk makanan tambahan semestinya boleh membantu.
Manafaat Eskayvie i-Qids buat Anak Anda
● Merangsang sel-sel otak untuk berhubung.
● Menguatkan memori & daya ingatan.
● Meningkatkan fokus & daya tumpuan.
● Memperbaiki mood dan mengurangkan stres.
● Menyokong prestasi sekolah & pembelajaran.
● Melengkapkan keperluan nutrisi dengan 22 jenis vitamin
dan mineral serta 22 jenis ekstrak buahan dan sayuran.
Phosphatidylserine dan Alpha Linolenic Acid (ALA) 2 Bahan Utama Bantu Ibu Ayah Kawal Emosi Anak-anak
Terdapat 2 bahan utama dalam Eskayvie i-Qids yang boleh bantu ibu ayah uruskan anak-anak yang cepat moody dan tantrum.
Phosphatidylserine terbukti secara saintifik dapat:
- Meningkatkan memori (Schreiber S et al., 2000)
- Mengurangkan stres (Hellhammer ) et al., 2014)
- Mempercepatkan pergerakan signal maklumat (Kim H. Y. et al., 2014)
- Menyokong aktiviti sukan (Parker A. G. et al., 2011)
- Mengurangkan stres & masalah kemurungan (Komori T, 2015)
- Tingkatkan fokus dan penyelesaian masalah (Glade MJ & Smith K, 2015)
- Mengurangkan simptom ADHD (Hiroyama S et al. 2014: Manor tet al. 2013)
Alpha Linolenic Acid (ALA) pula bertindak sebagai bahan asas kepada pembentukan EPA dan DHA untuk merangsang sel-sel otak berhubung.
2 bahan utama ini adalah gabungan terhebat formula Dr Syid sendiri. Ia sangat penting untuk pembangunan struktur asas sel otak. Barulah sel otak anak-anak akan berhubung dengan baik serta mampu menajamkan fikiran mereka!
Cara Pengambilan Eskayvie i-Qids
Cara pengambilan Eskayvie i-Qids amat mudah. Hanya amalkan 2 biji sehari sekurang-kurangnya untuk anak-anak yang berumur 2 hingga 12 tahun.
Eskayvie i-Qids berbentuk tablet kunya berperisa coklat. Memang anak-anak akan suka rasanya. Ikutkan anak Marsha pun tak cukup 2 biji sehari tetapi Marsha terpaksa catu...hihihi
Eskayvie i-Qids Bantu Marsha Kawal Moody & Tantrum Anak
Anak Marsha dah amalkan Eskayvie i-Qids ni secara konsisten dan telah masuk botol ke-2. Marsha perhatikan banyak perubahan positif setelah anak Marsha konsisten amalkan Eskayvie i-Qids ini.
Anak Marsha lebih mudah ditenangkan jika moody dan tantrum. Sekarang kalau bawa ke mall atau makan diluar, anak Marsha dah kurang tanrum. Paling Marsha tak sangka seawal umur 3 tahun anak Marsha lebih cepat bertutur dengan baik dan jelas. Bahasa pelat anak Marsha dah berkurang.
Anak Marsha juga 'cepat tangkap' apa yang kita ajar atau dedahkan. Seawal 3 tahun ini, anak Marsha dah kenal ABC walaupun belum ke tadika lagi. Kalau korang nak tahu, anak Marsha masih bersama pengasuh dan secara fizikal sangat kurang terdedah dengan pembelajaran awal berbanding rakan seusianya yang berada di tadika.
Perubahan yang positif ini sangat-sangat melegakan Marsha dan suami disebabkan kami keduanya berkerja dan sangat kurang masa dengan anak-anak.
Testimoni Pengguna i-Qids Lain
Bukan Marsha sahaja yang mendapat perubahan positif malah ada beberapa lagi pengguna yang berpuas hati dengan kesan positif dari Eskayvie i-Qids ini:
Pengguna Yati Kassim berkongsi perubahan positif anaknya yang ada masalah speech delay dan mild autism selepas mengamalkan Eskayvie i-Qids |
Pengguna Mona gembira bila anak lelakinya pelajar tingkatan 2 semakin rajin buat kerja sekolah selepas mencuba i-Qids. |
Marsha akui setelah melihat perubahan positif anak Marsha, Marsha sangat-sangat mencadangkan Eskayvie i-Qids ini kepada ibu bapa diluar sana yang mempunyai masalah anak-anak yang moody dan tantrum serta anak-anak yang tidak fokus dalam pembelajaran.
Secara realitinya walaupun kita boleh dapatkan zat mineral dan vitamin dari 'raw food', ianya tidak mencukupi. Jadi kita perlu juga memberikan suplemen tambahan untuk keperluan harian anak-anak kita.
Boleh tengok video dibawah pengenalan tentang Eskayvie i-Qids ini:
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Eskayvie i-Qids dan juga jika ingin membuat pembelian boleh rujuk maklumat dibawah. Selamat mencuba!
Website:
Instagram:
Facebook:
#EskayvieiQids #BoosterUntukMindaCerdas
#EskayvieKitaIkhtiar
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
1 Comments
Saya pun bagi anak bongsu I-Qids ni ternyata nampak cerdik semacam berbeza dgn abg2 nya waktu umur 5 tahun. Berbaloi dgn byk khasiat dlm 1 tablet coklat yg sedap. Sgt sesuai utk anak yg picker eater dan kurang mkn sayur dan buahan tau :) Semoga murah rezeki awak juga. Tq 4 the good sharing
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)