Herlia® Ginger Vita: Tablet Kunyah Penuh Dengan Khasiat Halia

Herlia® Ginger Vita: Tablet Kunyah Penuh Dengan Khasiat Halia | Assalamualaikum. Halia dengan kesihatan memang tidak boleh dipisahkan. Ini kerana kita semua sedia maklum yang halia merupakan bahan yang penting untuk kehidupan seharian kita. Bukan sahaja sebagai bahan asas dalam masakan tetapi juga dikenali dengan pelbagai manfaatnya untuk kesihatan seharian.

Marsha ada baca antara sejarah halia ini dipercayai bahawa halia telah digunakan oleh banyak ubat tradisional dan alternatif selama lebih daripada 5000 tahun termasuk 2 daripada amalan perubatan yang paling banyak digunakan iaitu perubatan Ayurveda dan Perubatan Tradisional Cina.

Marsha memang menggunakan halia dalam masakan harian dan juga telah mengamalkan beberapa produk berasaskan halia juga kerana badan Marsha agak berangin dan halia ini banyak membantu badan Marsha mengekuarkan angin dalam badan. Jadi kali ini Marsha nak kongsikan satu produk berasaskan halia iaitu Herlia® Ginger Vita yang mengandungi ekstrak semulajadi halia yang berkualiti tinggi iaitu  Halia dari Bentong yang sememangnya popular dengan khasiatnya.

Herlia® Ginger Vita Tablet Kunyah Halia Pertama Buatan Malaysia

Ini kali pertama Marsha jumpa tablet kunyah halia. Jika sekarang banyak produk vitamin C yang menawarkan tablet kunyah tetapi untuk produk halia ini satu-satunya produk tablet kunyah halia. Biasanya produk yang berasaskan halia ni bebentuk tablet telan ataupun serbuk. 




Kandungan Herlia® Ginger Vita ialah Estrak Halia dari Bentong

Herlia® Naturals Ginger Vita Tablets terdiri daripada 100% Ekstrak Halia Bentong tulen & premium. Ia adalah 100% semulajadi, vegan & Halal yang disahkan oleh Jakim, dan telah membantu mewujudkan gaya hidup yang lebih sihat untuk lebih 10,000+ orang. Setiap tablet mengandungi 125mg esktrak Halia Bentong. 

Halia Bentong (myagri.com)



Halia Bentong memang antara halia yang sangat popular di Malaysia. Ini kerana ia adalah antara halia yang berkualiti tinggi berbanding halia yang lain. Halia Bentong adalah halia bukit tinggi kerana ia ditanam di kawasan cerun tanah tinggi seperti di Janda Baik, Bukit Tinggi dan juga Bentong. 

Halia Bentong boleh dikenalpasti melalui rizomnya yang lebih besar, berwarna kuning cair dan tahap kepedasan yang agak tinggi berbanding halia yang lain. Ia juga mempunyai urat serabut yang lebih halus dan jus yang lebih banyak.

Manafaat Herlia® Ginger Vita




Herlia® berada di sini untuk meningkatkan kualiti hidup wanita zaman moden dengan membantu mereka mencapai matlamat pemakanan dengan cara yang mudah untuk gaya hidup yang mampan sambil memperkasakan mereka di sekeliling mereka. Berikut adalah beberapa manfaat utama produk ini:
  1. Mengurangkan Sakit Haid & Mengawal Kitaran Haid
  2. Memperbaiki Penghadaman & Melegakan Kembung
  3. Meningkatkan Imun
  4. Anti penuaan
  5. Memanaskan Tangan & Kaki yang Sejuk
  6. Membantu dalam Penurunan Berat Badan dan Pengekalan Air

Pengalaman Marsha Dengan Herlia® Ginger Vita

Sebelum mencuba Herlia® Ginger Vita ni Marsha agak 'skeptikal' tentang halia. Ini kerana sebelum ini produk yang Marsha amalkan memang akan rasa halia yang agak kuat. Tapi dengan Herlia® Ginger Vita ini berbeza. Marsha adalah peminat halia, jadi untuk produk yang ada halia memang tiada masalah.




Dengan Herlia® Ginger Vita, kawan-kawan yang tidak minat dengan halia boleh amalkan dengan gembira sebab Herlia® Ginger Vita ini tak terasa kepedasan halia dan rasanya tidak sekuat halia sebenar.

Angin dalam badan pun senang keluar disamping itu juga masalah sembelit Marsha pun nampak lebih baik.

Dapatkan Herlia® Ginger Vita di Herlia Naturals Sekarang !

Satu botol Herlia® Ginger Vita mengandungi 60 tablet boleh kunyah. Maklumat lanjut dan pembelian produk boleh rujuk maklumat dibawah: 

Instagram: 

FB: 

Website: 

Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us