Karnival Kerjaya Dan Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM Tawarkan Peluang Pekerjaan Buat Wanita| Assalamualaikum. Di zaman kini Wanita bukan sahaja bergelar surirumah, sebilangan besar surirumah kini mempunyai perniagaan sendiri. Semenjak pandemik Covid-19 yang berlaku sejak 2019, makin ramai wanita terutamanya surirumah menceburkan diri dalam perniagaan tak kira sebagai pemilik perniagaan, stokis dan juga ejen. Asalnya untuk membantu ketua keluarga dan kini mampu berpendapatan sendiri.
Peluang besar untuk para wanita diluar sana kerana Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah telah menganjurkan Karnival Kerjaya Dan Keusahawanan Wanita Bangkit yang telah diadakan pada 27 Ogos 2022 lepas di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Karnival Kerjaya Dan Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM Tawarkan Pekerjaan Buat Wanita
Karnival ini dianjurkan untuk memberi fokus kepada aktiviti penjanaan pendapatan kaum wanita dengan menghubungkan mereka kepada platform yang menawarkan peluang pekerjaan, perniagaan atau keusahawanan.
Platform ini dapat memberi peluang wanita dapat memperkasa ekonomi diri, dan keluarga menerusi peluang-peluang kerjaya, perkongsian ilmu pengetahuan, pengurusan kewangan, kemahiran, dan kepimpinan kendiri bagi meningkatkan kapasiti dan keupayaan.
Menteri KPWKM sedang berucap pada majlis tersebut |
Dalam ucapan oleh Menteri KPWKM, realiti hari ini menunjukkan bahawa kegagalan menguruskan ekonomi bukan sahaja menjadi salah satu faktor kegagalan dan keruntuhan institusi rumah tangga malah ia juga menyumbang kepada pelbagai masalah seperti pengabaian tanggungjawab berkaitan nafkah, pendidikan anak-anak, hutang yang tinggi dan sebagainya. Isu ekonomi keluarga sebagai satu perkara yang perlu diselesaikan, atau sekurang-kurangnya ditambah baik.
Antara para hadirin yang hadir pada karnival tersebut |
Inisiatif Wanita Bangkit@KPWKM diunjurkan ini sangat diharapkan dapat membantu wanita dalam mengatasi cabaran pasca pandemik. Inisiatif ini terbahagi kepada dua kaedah; iaitu menerusi sektor formal dan tidak formal.
Menurut Datuk Seri Rina Mohd Harun,
Melalui sektor formal pelbagai pameran kerjaya dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), TalentCorp Malaysia dan organisasi penempatan pekerjaan lain.
Menerusi Sektor Tidak Formal pula, peserta-peserta dihubungkan kepada pelbagai peluang perniagaan dan keusahawanan daripada Kerajaan seperti Mamacare, program selepas bersalin oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Malaysia, sektor swasta seperti Maxis (penyedia telekomunikasi) untuk penganjuran e-Kelas Usahawan dan NGO.
Selain itu bantuan geran MyKasih Kapital sebanyak RM500 juga disediakan untuk memulakan perniagaan dengan modal kecil dalam bidang e-dagang dan perniagaan kecil-kecilan yang bukan di bawah skim di Kementerian Keusahawan,
kata Beliau.
Menurut Datuk Seri Rina Mohd Harun lagi,
Wanita Bangkit@KPWKM telah berjaya menghubungkan dan memberi peluang pekerjaan kepada 11,055 wanita dalam kedua-dua sektor formal dan informal dan menyediakan 47,000 wanita dengan pengetahuan berterusan khususnya dalam pengurusan kewangan.
Jika, sebelum ini program ini telah berlangsung sempena Sambutan Hari Wanita di KLCC, seterusnya di Alor Setar Kedah bagi Zon Utara, bulan lepas, kini ianya dilangsungkan bagi zon tengah. Bagi program seterusnya, ia akan menjelajah di lokasi-lokasi lain mengikut zon iaitu bagi Zon Sabah di Suria Sabah Shopping Mall pada 23 hingga 25 September 2022 dan Pusat Dagangan Terengganu bagi Zon Pantai Timur pada 6 hingga 8 Oktober 2022.
Jangan Lepaskan Peluang Hadiri Karnival Kerjaya Dan Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM
Bagi Marsha memang rugi kalau lepaskan peluang sebab karnival ini akan ke setiap negeri seluruh Malaysia. Memang bertuah sangat sebab tak perlu ke ibu kota Kuala Lumpur semata-mata untuk mencari peluang pekerjaan dan juga ilmu.
Mana tahu kan rezeki tak akan salah alamat. Berdasarkan dari pengalaman yang lepas, lebih 15 ribu peluang kerjaya dan usahawan ditawarkan kali ini disamping pelbagai peluang seperti mendapatkan tips dan nasihat dari mereka yang telah berjaya menjadi usahawan.
Antara booth yang turut serta dalam karnival ini |
Lebih 30 majikan daripada pelbagai sektor turut dibawa ke karnival dengan kerjasama pihak PERKESO. Lebih kurang 1,000 jawatan kekosongan peringkat eksekutif dan sebanyak 14,000 jawatan kekosongan bukan eksekutif ditawarkan di karnival tersebut.
Moga golongan wanita dapat meningkatkan pendapatan bulanan isi rumah, sekali gus dapat menaikkan tahap sosio-ekonomi masyarakat melalui Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Wanita Bangkit @KPWKM ini,
Antara speaker yang berkongsi tunjuk ajar dalam karnival tersebut |
Dengan program latihan seperti ini wanita secara tak langsung akan menjadi agen perubahan dalam komuniti melalui usaha perubahan sikap. Perubahan sikap dan cara berfikir dalam memperkasakan identiti wanita, boleh dilakukan melalui usaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran atau skil.
Menteri KPWKM juga berharap program ini dapat meningkatkan semangat golongan wanita untuk mengikutinya dan peserta yang telah berjaya mampu untuk membimbing wanita yang lain juga.
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
0 Comments
Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)