Sunscreen SPF50 Terbaik Pilihan Marsha: Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature

Sunscreen SPF50 Terbaik Pilihan Marsha: Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature | Assalamualaikum. Dalam penjagaan kulit, sunscreen adalah salah satu produk yang wajib dan paling penting dalam list sekarang ni . Kerana kita bukan sahaja terdedah dengan cahaya matahari diluar (UVA), malah kita juga terdedah dengan sinar UVB yang terhasil dari telefon pintar, televisyen dan juga komputer atau laptop. Jadi even bekerja di dalam pejabat ber 'aircond', kulit kita tetap terdedah dengan sinar UV. 

Sebelum ini, rutin penjagaan kulit wajah harian Marsha simple je hanya pencuci, penyegar dan juga pelembap. Tetapi sekarang ini, Marsha telah 'consider' dengan sunscreen disebabkan kulit wajah Marsha mudah keradangan walaupun di bawah matahari dalam masa yang singkat. Bila kulit keradangan memang sangat menyakitkan dan mengurangkan keyakinan Marsha untuk berdepan dengan anak-anak murid. Sebenarnya dah pelbagai jenama juga yang Marsha cuba tapi Marsha kurang selesa disebabkan kebanyakannya rasa melekit walaupun 'water based'. 

Disebabkan Marsha menjadi pengguna setia guna salah satu produk Hansaegee iaitu Aqua Whitening Cream, bila dapat tahu Hansaegee juga keluarkan produk baru iaitu Aloe Vera Sunscreen dan ianya Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ dengan pantas Marsha terus order dekat website Hansaegee.


Sunscreen SPF50 Terbaik Pilihan Marsha : Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature

Nampaknya Marsha jatuh cinta lagi dengan produk Hansaegee Nature. Jika sebelum ni Marsha adalah pengguna Aqua Whitening Cream, kerana ia sangat serasi dengan kulit Marsha yang agak sensitif. Kali ini Marsha tanpa berfikir panjang terus mencuba Aloe Vera Sunscreen juga dari Hansaegee Nature kerana Marsha tahu produk Hansaegee serasi dengan kulit Marsha. Pemilihan sunscreen juga bukan main pilih je tau sekurangnya kita perlu memilih sunscreen yang mempunyai SPF 50 PA dan Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ bermakna ia memang terbaik.




Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature

Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature adalah sunscreen yang berwarna putih sedikit kehijauan. Ia mengandungi Aloe Vera, dan beberapa ekstrak tumbuhan seperti Ekstrak Centella Asiatica, Ekstrak Kulit Morus Alba, Ekstrak Orkid & juga mempunyai kandungan Sodium Hyaluronic, Gliserin, & Allantoin.






Mengapa Marsha Memilih Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ dari Hansaegee Nature?

Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature mempunyai beberapa kelebihan yang kulit Marsha perlukan. 

Kelebihan Aloe Vera Sunscreen



  1. Perlindungan Matahari (UVA & UVB) - Dengan SPF50+ PA +++ membantu melindungi kulit dari 'sunburn' dan punca kepada masalah kulit.
  2. Melegakan Kulit (Calming Skin) - Aloe Vera membantu mengurangkan keradangan dan iritasi pada kulit yang sentitif dan membantu kulit lebih sihat
  3. Melembabkan Kulit - Mengandungi Glycerin dan Aloe Vera yang dapat membantu kulit jadi lebih lembut, lembap dan dapat juga mencerahkan kulit
  4. Bebas Minyak dan Ringan - Tidak melekit, tidak berminyak, mudah menyerap dalam kulit. Mudah diblend dengan mengunakan jari sahaja dan kulit wajah nampak lebih segar.
  5. Sebagai Based Make up - Unik kan? Dah tak perlu beli produk based make-up dah sebab ia boleh dijadikan sebagai based make up. Terus boleh make-up.
  6. Tidak Bercapuk - Biasanya kalau pakai sunscreen, kulit akan nampak agak bercapuk tetapi dengan Aloe Vera Sunscreen kulit lebih nampak natural dan tidak bercapuk.


Sunscreen Sesuai untuk Semua Jenis Kulit

Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Rasa bersyukur sangat bila jumpa sunscreen yang serasi dengan kulit Marsha yang agak sensitif. Jadi kalau korang mempunyai kulit sensitif, korang tak perlu risau sebab ianya sangat bagus untuk kulit sensitif.



Tekstur Ringan

Marsha memang agak cerewet dalam pemilhan krim muka terutamanya sunscreen. Jika Marsha rasa kulit wajah jadi berat selepas pemakaian sunscreen, Marsha terus tak boleh pakai sebab ia sangat tidak selesa dan menganggu mood seharian.





Pakaging Mudah Dibawa Kemana Sahaja

Sebagai seorang individu yang simple, Marsha memang akan mencari skincare yang simple dan paling penting mudah bawa semasa travel. Saiz dan packaging Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature ini nipis dan mudah muat dalam handbag Marsha je. Jadi Marsha boleh bawa travel tanpa risau.



Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature juga datang dengan penutup 'twist lock' berfungsi mengelakkan krim tertumpah bila berada dalam beg semasa travel. Jadi tak risau beg kotor dah.




Nampak Semulajadi Selepas Blend di Kulit

Walaupun Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature mempunyai warna putih kehijauan, bila di blend ke atas kulit ianya nampak natural dan tidak bercapuk. Memang best sangat!

Walaupun selepas di lap dengan tisu basah, tiada kesan warna langsung dan tidak kotor.





Review Marsha setelah Sebulan Amalkan Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature


Jujurnya Marsha memang kurang gemar memakai sunscreen disebabkan hasilnya kulit Marsha akan nampak berminyak dan juga tak selesa mungkin tekstur sunscreen tersebut 'agak berat'. Disebabkan kulit Marsha mudah 'sunburn' dan radang selepas berjemur dibawah Matahari walaupun sekejap, Marsha terus survey sunscreen yang sesuai untuk kulit sensitif. Bila baca review, sebab itulah Marsha memilih Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature untuk cuba.

Nampaknya, percubaan kali pertama dengan Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature ini, memberikan impak yang positif sebabnya ianya senang blend, tidak berminyak dan tekstur yang ringan. Tak rasa pun pakai sunscreen seperti sebelum ni. 




Marsha juga sudah gantikan foundation harian dengan Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature. Jadi Marsha lebih selesa seharian bekerja. Paling best dari pagi sampai petang tak berminyak dan melekit langsung. Kulit pun nampak sihat dan segar je.

6.30 pagi

3.30 petang masih segar kulit wajah dengan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature


Setelah sebulan Marsha amalkan Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature ni secara konsisten, Marsha dapati kulit lebih lembap dan masalah keradangan kulit pun dah hilang. Memang gembira sangat dengan perubahan ini. Berjemur tengah matahari lama pun tak mudah 'sunburn' dah. Ianya memang pilihan terbaik bagi Marsha. 

Bebas Alkohol,Bebas Paraben,Bebas Silikon,Bebas Sulfat,Bebas Alergen




Korang boleh dapatkan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini secara terus melalui website Hansaegee Nature .

Kalau korang nak tengok testimoni dan juga maklumat produk-produk Hansaegee Nature korang boleh rujuk maklumat dibawah ok!










Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us