Nikmati Hari Minggu dengan Dimsum Halal Ipoh di Travelodge Ipoh

Nikmati Hari Minggu dengan Dimsum Halal Ipoh di Travelodge Ipoh | Assalamualaikum. Dimsum sebenarnya adalah salah satu sajian masyarakat cina. Disediakan dalam pelbagai perisa dan bentuk. Tapi kini bukan sahaja masyarakat cina, malah ia juga digemari oleh pelbagai bangsa termasuk Melayu dan India. 

Hari minggu ni korang dah ada plan belum? Apa kata korang spend weekend korang dengan menikmati Dimsum? Kalau korang nak tahu, Marsha antara peminat dimsum tau. Susah betul nak dapatkan dimsum halal di Ipoh. Tak semua kedai dimsum halal. Jadi bila tengok Travelodge Hotel ada buat dah tambah menu dorang dekat The Lodge, iaitu Dimsum. Jadi peminat Dimsum boleh cuba Dimsum dekat Travelodge Ipoh.

Nikmati Hari Minggu dengan Dimsum Halal Ipoh di Travelodge Ipoh


Buat korang yang nak turun Ipoh, jangan lupa masukkan Travelodge Ipoh dalam list restoran korang untuk makan Dimsum tau! Kalau ke Ipoh tak lengkap rasanya tak makan Dimsum. Marsha yang menetap di Ipoh pun akan makan Dimsum sekurangnya 2-3 minggu sekali. Sekali-sekala pelbagaikan menu apa salahnya kan...hihi



Dimsum Halal Ipoh di Travelodge Ipoh

Kalau dulu, susah nak dapatkan Dimsum halal. Tapi kini dekat Ipoh dah boleh dapatkan Dimsum halal terutama skali di Travelodge Hotel. Travelodge Hotel telah mendapat sijil HALAL JAKIM. Jadi korang tak perlu ragu-ragu makan di sini.

Pelbagai jenis Dimsum ada dekat Travelodge Hotel. Paling popular ialah chicken siew mai. Korang boleh order dan pilih mana-mana pilihan Dimsum korang di menu yang disediakan. Semua segar dan sedap.

Jika bab harga pula bagi Marsha harganya setaraf kedai Dimsum diluar. Biasanya kalau hotel, kita sedia maklum yang harga makanan mungkin akan agak tinggi dari luar tapi Marsha terkejut sebab harganya setaraf dengan kedai Dimsum diluar. Jadi sangat berpatutan.




Selain Dimsum, ada beberapa menu yang lain juga seperti pau, chee cheong fun dan banyak lagi. Korang boleh tengok menu dekat bawah . Harganya juga sangat berpatutan.





Marsha cuba kue teow goreng dan juga Chee Cheong Fun memang sedap! Marsha kongsikan gambar yang pasti buat korang semua terliur...hihi.




Hanya Ditawarkan Pada Hari Minggu Sahaja

Kalau korang nak cuba Dimsum dan juga menu-menu yang lain seperti chee cheong fun khususnya, korang datang hari Sabtu dan ahad sahaja tau. Dari jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang.




Jadi kalau korang datang ke Ipoh ataupun korang memang warga Ipoh memang wajib masukkan Travelodge Ipoh dalam list JJCM korang ok!

Dapatkan Juga Halal Mooncake di Travelodge Ipoh





Tak lupa juga kepada peminat mooncake, alang-alang makan Dimsum tu korang juga boleh dapatkan HALAL Mooncake di sana. Tetapi limited time tau! Ianya sempena Mid-Autum Festival.




Available sekarang sehingga 10 September 2022. Ada pelbagai perisa. Memang sedap! Pakaging dia pun cantik tetapi harga berpatutan.







Untuk tempahan dan juga pertanyaan lanjut korang boleh hubungi  052428888 atau terus klik wa.link/4pqlyd






Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us