Sehari di A-Day AEON Kinta City Penuh dengan Aktiviti yang Menarik!

Sehari di A-Day AEON Kinta City Penuh dengan Aktiviti yang Menarik! | Assalamualaikum. Kalau sebut AEON Mall, pastinya semua orang tahu betul tak? AEON Mall adalah antara mall yang yang paling banyak cawangan seluruh negara dan menjadi pilihan ramai pelanggan seluruh Malaysia . Kalau korang nak tahu Marsha adalah salah satu pelanggan yang setia dengan AEON Mall tau!

Dari anak sulung Marsha kecil lagi, Marsha tak akan lepaskan peluang sertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh AEON Mall. Tapi setelah pandemik Covid-19, aktiviti terpaksa ditangguh dahulu sehingga sampai satu masa yang sesuai.

A-Day ( dahulu dikenali sebagai AEON Member Day) Kembali Setelah 2 Tahun dengan Pelbagai Aktiviti Menarik


Happy 38th Anniversary AEON!

Tahun 2022 ini sebenarnya tahun ulangtahun AEON Mall yang ke 38 tahun. Setelah 2 tahun AEON Mall tidak menyambut hari ulangtahun disebabkan pandemik Covid-19, tahun 2022 ini sambutan ulangtahun AEON Mall disambut dengan meriah dengan pelbagai tawaran dan juga aktiviti untuk menghargai para pelanggan mereka.




Bukan sahaja AEON, malah business partner mereka juga berkolaborasi Bersama AEON untuk menghargai pelanggan mereka sepanjang bulan Oktober hingga November 2022 ini dan ianya dipecahkan kepada 4 kategori:

  • Awe-some F&B (1 hingga 15 Oktober 2022)
  • Amazing Fashion & Accessories (16 hingga 31 Oktober 2022)
  • Absolute Health & Beauty (1 hingga 15 November 2022)
  • Astounding Specialty, Service & Entertainment (16 hingga 30 November 2022)


A-Day (AEON Member Day)

Kalau dulu ia dikenali sebagai AEON Member Day. Kini setelah 2 tahun, ia dikenali sebagai A-Day dan ia adalah antara hari yang Marsha tunggu-tunggu sebab banyak hadiah menarik yang kita boleh rebut melalui aktiviti yang kita join pada hari tersebut. Bukan itu sahaja, kita juga boleh rebut sale yang kaw kaw punya yang ditawarkan oleh AEON pada hari tersebut. Memang tak rugi join A-Day ini sebab korang berpeluang untuk:

  1. Diskaun sehingga 80%
  2. Mata tambahan (AEON Member Plus) dengan pembelian minimum RM80
  3. Pulangan tunai RM10 dengan pembelian minimum RM100
  4. Sepasang tiket Legoland dengan pembelian di bussiness partner brand dengan pembelian minima RM38 dalam 1 resit atau boleh gabung maksima 2 resit.
  5. 3 jam parking PERCUMA kecuali AEON Bukit Tinggi
  6. Pelbagai hadiah misteri dan giveaway.


Buat yang belum jadi AEON Member, korang akan dapat sebiji bantal secara PERCUMA bila korang daftar jadi AEON Member. Menarik kan?



Pelbagai Aktiviti di A-Day di AEON Mall

Memang banyak sangat aktiviti yang menarik pada A-Day ni korang. Aktiviti penuh seharian dari pagi hingga petang. Ianya terbuka kepada semua pengunjung AEON tak kira member atau tidak. Marsha berpeluang join pelbagai aktiviti yang diajurkan pada A-Day ini.


Bermula dengan aktiviti Zumba pada waktu pagi dan diteruskan dengan aktiviti yang sangat menarik seperti:


Cosplay Walkabout

Buat peminat anime, korang jangan lepaskan peluang untuk berjumpa dan bergambar dengan watak-watak anime. Ada macam-macam watak. Marsha ada jumpa watak anime kegemaran Marsha masa sekolah dulu iaitu Naruto dan Sasuke. 

Cosplay walkabout ni sangat menyeronokkan bagi anak Marsha yang sulung sebab dia memang peminat anime. Memang seronok dia bergambar dengan watak-watak anime yang dia minat. Marsha pun tumpang sekaki...hihi.






Ballon Drop

Ini pun aktiviti yang Marsha suka sebab Marsha boleh grab pelbagai baucer yang ada dalam belon-belon yang dijatuhkan. Kalau korang nak tahu, sebanyak 3800 belon yang telah dijatuhkan dalam 2 sesi iaitu pada jam 12 tengahari dan 3 petang. Kalau tak sempat sesi pertama, korang boleh join sesi kedua atau boleh join kedua-dua sesi. Best kan?

Belon sebelum dijatuhkan



Meriah bila dijatuhkan



Banyak juga baucer yang Marsha dapat hasil dari kerjasama Marsha dan juga suami. Seronok pula bila main rebut-rebut ni memang sangat meriah. Bila dapat je belon tu terus je pecahkan untuk dapatkan baucer dalam belon-belon tersebut. Semua belon ada baucer tau.

Antara baucer yang dapat




A-Day Malls

Bukan untuk orang Ipoh je. A-Day juga akan diadakan di AEON Mall terpilih di seluruh Malaysia. Cuma AEON Kinta City menjadi lokasi pertama untuk A-Day 2022 ini. Korang yang berada di luar Ipoh masih berpeluang untuk sertai A-Day di lokasi berikut:

  •     AEON MALL Kinta City (1 Oktober 2022)
  •     AEON MALL Bukit Tinggi, Klang (6 Oktober 2022)
  •     AEON MALL Cheras Selatan (7 Oktober 2022)
  •     AEON MALL Bandaraya Melaka (7 Oktober 2022)
  •     AEON MALL Tebrau City, Johor (28 Oktober 2022)
  •     AEON MALL Shah Alam (29 Oktober 2022)
 Kalau korang jauh dengan lokasi terpilih ni, korang masih juga berpeluang sertai tawaran menarik oleh AEON Mall berdekatan korang ok!

Acara 'Ballon Drop' akan diadakan di setiap lokasi A-Day Malls yang terpilih. Hanya pada 12 tengahari & 3 petang sahaja

Lebih 100 business partner brand telah berkolaborasi dengan AEON untuk kempen Ulangtahun ke 38 bermula 1 Oktober hingga 30 November 2022.


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger


0 Comments

Subscribe Us