Susah Nak Menyimpan Duit Waktu Pandemik? Ikut Tips Ni Confirm Menjadi | Assalamualaikum. Walaupun kita sudah melepasi pandemik Covid-19, namun ianya sedikit sebanyak merubah situasi kewangan kita. Kos sara hidup makin meningkat ekoran barang yang makin meningkat. Bayaran pinjaman pula makin meningkat disebabkan peratusan BLR semakin meningkat dari masa kesemasa.
Marsha pasti semua golongan tak terlepas dari terkesan dengan situasi kewangan sekarang ini. Malah ianya bukan hanya berlaku di negara kita malah seluruh dunia terkesan dengan situasi kewangan yang agak membebankan ini.
Walaupun Marsha dan suami adalah penjawat awam dan pastinya dapat gaji setiap bulan berbanding yang bekerja sendiri atau di syarikat, tetapi kami juga sama-sama terkesan dengan situasi kewangan sekarang. Perbelanjaan makin meningkat ekoran kenaikan harga barang-barang keperluan seperti minyak masak, telur dan banyak lagi.
Apa solusi yang perlu kita fikirkan untuk mengatasinya? Marsha dapat fikirkan salah satu solusinya ialah dengan kita menyimpan. Dengan menyimpan, sekurangnya kita akan dapat memperbaiki sikit demi sedikit masalah kewangan kita.
Kali ini, Marsha nak kongsikan beberapa tips menyimpan yang confirm menjadi terutamanya buat individu yang susah menyimpan. Ini pengalaman sendiri tau! Sebab Marsha memang jenis susah menyimpan. Kalau ada cash kat tangan tu memang akan habis dan baki dalam bank pun berkurang dengan agak laju disebabkan pembelian secara online.
Susah Nak Menyimpan Duit Waktu Pandemik? Ikut Tips Ni Confirm Menjadi
Marsha tahu, tak semua orang boleh disiplin menyimpan. Marsha juga akui Marsha ni dalam kategori orang yang susah nak menyimpan. Ianya sangat membimbangkan Marsha. Jadi Marsha cuba beberapa tips menyimpan dan alhamdulillah ianya berjaya. Jadi Marsha nak kongsikan pula dekat korang. Mana boleh simpan sorang-sorang kan? Sharing is caring...hihihi
#1 Buat Bajet Bulanan
Setiap bulan sebelum gaji mendarat di akaun bank, Marsha akan buat bajet bulanan terlebih dahulu. Marsha akan masukkan komitmen bulanan seperti bayaran rumah dan juga hutang personal. Kemudian tengok berapa baki yang tinggal.
sumber: Google |
Melalui bajet tersebut, Marsha akan dapat target baki dan peratus untuk simpanan. Marsha juga boleh hadkan perbelajaan yang kurang penting melalui bajet bulanan tersebut. Mudah je. Marsha guna saving calculator online untuk buat bajet simpanan juga selain bajet bulanan.
#2 Asingkan Duit Simpanan dalam Bank Lain
Setiap kali gaji bulanan masuk, Marsha akan asingkan beberapa jumlah ke dalam bank lain yang agak sendu penggunaannya. Sendunya bukan apa, bank itu Marsha tak buat kad dan tak buat perbankan internet. Seeloknya bukan bank gaji. Jadi ia lebih selamat. Begitu juga dengan wang belanja yang diberikan suami, Marsha akan ambil sebahagian untuk simpan.
sumber: Google |
Jangan biarkan dalam akaun bank kita yang aktif kerana ia agak bahaya sebab pengaruh shopping online itu sangatlah tinggi..hihi. Ada je yang nak add to cart nanti. Memang bahaya...hihihi
#3 Langsaikan Hutang
Langsaikan hutang bulanan adalah langkah kedua selepas Marsha asingkan beberapa jumlah untuk simpanan. Suami juga buat yang sama selesaikan hutang bulanan dan juga bil-bil yang ada. Ini tidak menjadi masalah kerana kami keduanya bekerja dan akan langsaikan hutang bulanan masing-masing.
sumber: Google |
#4 Guna Sistem Goal atau Tabung di Aplikasi Perbankan
Sekarang ni semua orang mesti ada perbankan internet dan juga aplikasi perbankan di smartphone kan? Lebih mudah untuk kita ketahui baki akaun, memindahkan wang dan pelbagai lagi transaksi secara online hanya dihujung jari sahaja.
Korang tahu tak kita juga boleh menyimpan melalui perbankan internet dan juga aplikasi perbankan di smartphone? Sebagai contoh, Marsha mempunyai akaun bank Maybank dan Marsha menggunakan kaedah Goal dalam perbankan internet untuk tujuan menyimpan. Setiap bulan, amaun yang ditetapkan akan ditolak masuk dalam Goal dan Marsha boleh menyimpan tanpa risau.
Marsha create goal dengan nama anak untuk yuran pengajian anak nanti |
Jika di aplikasi perbankan di smartphone pula, kita boleh guna kaedah 'tabung' dan sebenarnya ia juga konsep yang sama dengan Goal. Marsha pasti bank lain juga dah ada Goal ni kan? Jadi simpanan kita confirm menjadi.
Tabung menggunakan aplikasi perbankan di smartphone |
#5 Bekukan Duit Dengan Emas
Jika korang memang susah nak menyimpan duit macam Marsha, korang boleh guna kaedah bekukan duit dengan emas. Marsha sangat tidak percaya. Marsha boleh memiliki emas hampir 100g dengan cara bekukan duit dengan emas.
sumber: Google |
Sedangkan Marsha tak mampu pun nak menyimpan RM100 sebulan berbentuk duit. Dengan cara bekukan duit dengan emas, Marsha kini lebih lega sebab tahu Marsha ada simpanan. Jika memerlukan 'fast cash', emas boleh dipajak buat sementara. Tapi ianya untuk kecemasan sahaja ok!
#6 Jana Pendapatan Sampingan
Walaupun bergaji tetap, masih terasa juga untuk menyimpan disebabkan komitmen makin bertambah. Tetapi Marsha bersyukur sebab Marsha memang ada pendapatan sampingan melalui blog dan juga sosial media lain.
Marsha juga jadi agen jualan dan juga buat affiliate dan pendapatan sampingan dari semua ini Marsha akan simpan separuh dalam bank untuk kecemasan. Selebihnya Marsha akan buat bayaran simpanan SSPNi untuk anak-anak. Marsha juga gunakan hasil dari pendapatan sampingan untuk 'reward diri' setelah penat bekerja.
Marsha juga jadi agen jualan dan juga buat affiliate dan pendapatan sampingan dari semua ini Marsha akan simpan separuh dalam bank untuk kecemasan. Selebihnya Marsha akan buat bayaran simpanan SSPNi untuk anak-anak. Marsha juga gunakan hasil dari pendapatan sampingan untuk 'reward diri' setelah penat bekerja.
Itulah serba sedikit tips yang dapat Marsha kongsikan dari pengalaman Marsha sendiri menabung dan menyimpan duit. Moga tips-tips yang Marsha kongsikan ini bermanafaat buat semua. Marsha pasti jika kita disiplin kan diri dan konsisten insyaAllah kita akan dapat menyimpan duit dan menabung dengan baik dan confirm jadi!
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
2 Comments
Waa nice sharing kak.. kalau boleh hutang tu yg kita nak langsaikan secepatnya kan kak.. kurang hutang, kuranglah juga beban dan bolehlah menyimpan lebih
ReplyDeleteTq Sii Nurul...wah otai datang melawat ni..hihi. Betul kalau hutang langsai cepat lagi heaven..hihi
DeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)